Ikhlas Tours
  • Home
  • Tours
    • North Island
    • South Island
    • Combo Island
  • Rentals
  • Contact
    • About Us

Auckland

4 SEBAB ANDA WAJIB LAWAT AUCKLAND

28/4/2019

0 Comments

 
​Auckland, juga dikenali sebagai “City of Sails” merupakan sebuah bandar yang terletak di “North Island” dan merupakan bandar paling sibuk dan moden di New Zealand.
 
1) It’s a City of Sails

Sesuai dengan jolokan namanya “City of Sails” bandar ini, terletak di tengah - tengah antara Perlabuhan Manukau Lautan Tasman dan Perlabuhan Pasifik Lautan Waitemata. Anda boleh lihat banyak bot, kapal layar, ferry dan kapal kontena lalu lalang dan berlabuh. Walaupun banyak  kenderaan laut, air lautnya yang bersih, hijau kebiruan itu memukau sesiapa sahaja yang berada di sini.​


Picture
Tak kira siang atau malam, bandar Auckland menyajikan anda pemandangan yang sangat indah dan menarik. Angin perlabuhan yang sepoi sepoi Bahasa, bunyi burung camar yang menghiburkan dan jangan lepaskan peluang melihat kemodenan habour bridge. Kalau nak tau ke mana anda mesti lawat di Auckland City, click link di sini.
2) New Auckland Winter Festival
​

Ha…. Ini benda baru nak habaq mai.  Buat julung2 kalinya New Zealand akan lakukan Auckland Winter Festival yang berlansung dari 1 – 31 July tahun ni. Kami pun belum lagi ada detail lagi sebab ini yang pertama kali kan. Still kami nak war war kan juga maklumat awal ni supaya pada yang nak bercuti di New Zealand musim winter ni untuk masukkan Auckland sebagai salah satu destinasi dalam itenary anda.
 
Setakat ini, yang admin dapat risik2 ialah akan ada pertunjukan lampu (luminous event) di sekitar bandar Auckland seperti Waterfronts, Parks dan tempat2 umum yang lain. Wow… mesti cantikkan. So stay tune….
 
3) Sambut Ramadhan di Auckland
 
Macamana agaknya berpuasa di perantauan? Mesti ada yang pernah tertanya Tanya kan keadaan berpuasa di perantauan. Buat pengetahuan anda, New Zealand menyambut Ramadhan pada musim Winter. New Zealand merupakan negara kedua puasa terpendek iaitu selama 12 jam selepas Argentina selama 11 jam 30 minit. Menarikkan? Pukul 5 petang dah berbuka puasa. Selain berpuasa, anda juga boleh memilih untuk lakukan teraweh di mana2 masjid atau Islamic centre berdekatan. Boleh check link senarai masjid di sini.


Picture
4) Place to adjust body temperature
​

Sebab keempat tapi tak kurang pentingnya ialah Auckland adalah tempat untuk anda adjust body temperature anda. Selain City of Sails, Auckland juga dikenali sebagai subtropical weather sebab suhunya yang tak berapa sejuk seperti Christchurch dan tak sepanas Malaysia. Lebih kurang 12 – 18C la.
 
Bayangkan setelah penat perjalanan dari Malaysia/ Singapura / Brunei dalam 10 jam atau 13 jam pada yang transit, kemudian anda nak kejarkan pula itenary anda untuk memandu caravan ( kenderaan yang anda tak pernah bawa sebelum ni)? Mungkin anda sayangkan duit anda dan fikir boleh jimat, daripada spend duit bermalam pula di Auckland kan. Tapi…..sanggup kah risiko kan nyawa anda?
Okey…, done celoteh ye setakat ini. Hopefully dapat beri sedikit idea pada yang plan bercuti ke New Zealand supaya jangan lepaskan peluang untuk lawati Auckland. Untuk lebih maklumat, jangan segan jangan silu, contact team ikhlas tour. 
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    June 2019
    April 2019
    June 2016
    December 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Services  |  ​FAQ  |  Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT

© 2025 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.

Picture
WhatsApp:
+6422 184 1601
+6421 209 1079 (Suhaimi, Managing Director)
+6420 4047 2102 (Nadia, Operations Manager)


Email: [email protected]
​TikTok: ikhlastours
42A Kelwyn Road, Kelston
Auckland, New Zealand
  • Home
  • Tours
    • North Island
    • South Island
    • Combo Island
  • Rentals
  • Contact
    • About Us