Pakej Jelajah New Zealand - Harga Menarik
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Contact

Auckland

Jet Boating di Viaduct Harbour Auckland

11/6/2019

0 Comments

 
Picture
Kia Ora Travel lovers!

Adakah melihat permandangan gunung, haiwan, taman bunga membuatkan anda rasa mengantuk atau membosankan? Memang betul New Zealand ni memang terkenal dengan permandangan yang cantik. Selalunya travel lover akan mengembara samada drive sendiri ,menaiki motorhome, Hop on Bus atau tour guide kan. Ok, Kali ni Mira nak share pengalaman Jelajah New Zealand menggunakan Jet Boating!

Mula2 sekali nak bagitau ianya adalah Jet boating bukan cruise ship. Cruise tu yang naik kapal perlahan sambal makan/minum macam ala2 rancangan  Romantika tu.Jet boat ni adalah bot kelajuan tinggi yang menaikkan adrenalin anda dan confirm BASAH!
 

Baru baru ni Alhamdulillah, Mira dan officemates berpeluang naik Jet Boat. Lepas dari waktu pejabat, tak jauh dari tempat berkerja, kami semua berjalan ke Viaduct Harbour Auckland. Kebetulan angin tengah kencang, kencang juga lah degupan jantung kami membayangkan apakah keputusan kami nak pergi naik Jet Boat ni betul ke tidak. Rata2 ini pengalaman pertama kami.Dup dap dap….dalam 15 minit berjalan, sampai lah kami di Viaduct Harbour Auckland. Tempatnya berdekatan dengan Auckland Ferry Terminal dan anda boleh ke sini melalui Bus atau Train di Britomart.
 
Sebelum ke Viaduct ada teman yang nasihatkan kami untuk bawa baju sejuk. Tapi jangan risau…, di tempat Jet Boating tersebut ada disediakan fasiliti di bawah:
  • Waterproof Jaket Free Size.
  • Locker untuk letak barang peribadi. Telefon bimbit pun jangan bawa tau. BASAH nanti
  • Life Jacket
Kami sape mesra oleh Jet Boat agen di quayside dan diberikan taklimat keselamatan tentang aktiviti yang akan kami lakukan sekejap lagi. Dan dan last minit Si Sarah (bukan nama sebenar) nak pull off plak. Cuak plak dia tetiba. Selepas kami pujuk2 dia join balik.Ish ish bikin drama betul si Sarah ni. Semasa taklimat, anda akan diberikan life vest, waterproof poncho (tapi kome akan basah juge….).Satu Mira nak kabo, bawalah sekali cermin mata supaya mate kome, tak masuk ayor laut.pedeh wei… ayor masen masuk mate.nak pakai goggle ke sukati kome.Kalau kome yang pakai tudung tu, ikat kuat2 takut tudung melayang kat laut tu jangan salahkan kami tau.heheheh.
 
Laju ke idok? Tak le laju sangat… dalam 50km/j. Tapi ada juga lah rasa nak melambung. Pegangla palang tu kuat2 ye.Hehehe. Pemandu bot tu bukannya bawa lurus ke jalan yang benar. Bot tu di bawa macam orang mabuk, kejap ke kiri, kejap ke kanan kejap pusing 360 darjah. Ha ha ha. Iye sungguh!. Dari Viaduct Habour, pemandu bawa kami ke beberapa tempat menarik seperti Chelsea Sugar Refinery, The Harbour Bridge, Rangitoto Island to newly built Rugby World Cup stadium 'The Cloud' on Queens Wharf. Seronoknye dengar cerita tentag tempat2 yang menarik. Jangan risau memandunya berpengalaman! Lebih kurang 45 minit la keseluruhan aktiviti Jet Boat. Pengalaman yang Mira rasa rare , tak le lasak sangat macam bungy jumping, basah, dan seronok! Paling best dapat lihat permandangan Bandar Auckland dari laut.selalu kita di city dan memandang laut kan.
​
Asalkan anda berani dan berumur lebih dari 6 tahun semua boleh try Jet Bot. Kalau umur 14 tahun ke bawah kena ada orang dewasa yang teman. Pada yang ada kondisi kesihatan tu, Tanya nasihat doktor dahulu .pasal kami bukan doktor.
 
Bila best nak naik Jet Boat?
Sebenarnya tak kesah…pasalnya kome akan basah. Bulan Januari adalah bulan paling panas di New Zealand dengan cuaca purata 20°C dan Julai bulan yang paling sejuk dengan purata 11°C. Bulan paling banyak hujan ialah bulan Julai juga dengan purata 60mm hujan.
 
Jomlah plan naik Jet Boating. Team Ikhlas Tour boleh uruskan untuk anda. Call us now!
Dikesempatan ni, Mira nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua travel lovers dan follower Jelajah New Zealand. Sambil2 kome2 makan ketupat dan rending tu…, ingat2 le kami di perantauan ni.

 
 
 
 

0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    June 2019
    April 2019
    June 2016
    December 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Services  |  ​FAQ  |  Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT

© 2025 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.

Picture
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected]
​
42A Kelwyn Road, Kelston
Auckland, New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Contact