Hi Traveler lovers, Kali ni Mira nak kongsi topik tentang di mana anda nak dapatkan makanan halal apabila berada di Auckland. Team kami pernah kongsi tempat-tempat ini dahulu, cume kali ini Mira nak share specific topik tempat makan sahaja supaya memudahkan research bakal bakal traveller semua. My favourite topic of course! Jangan risau kalau xsempat nak masak ke atau memang tak mahu masak (memasak pun kenalah cuti kan). (lots more in the list which Ikhlas Tours will share with you when you use their service) 1. Uncle Man's Malaysian Restaurant & Takeaway…another Malaysian Restaurant…where we layan fresh roti canai…tebar punya hokayyy. Terdapat 3 branches Uncle Man di Auckland iaitu Uncle Man's Malaysian Restaurant & Takeaway(K Road), Uncle Man’s Express (Queen St) dan Uncle Man (Eastridge Mall) 2. Chamate – Jika anda nak makan masakan cina, boleh lah ke Chamate Restaurant. terletak di tengah Auckland City.Foodnya sedap, memang antara favourite place Mira, tempatnya yang cozy dan bersih. Cumenya, tempat limited, so make sure uols buat tempahan dulu. Gambar dipetik dari website Chamate 3. Paradise Indian Food masih di Auckland…lebih kurang 15 minutes drive dari city ke Sandringham...seperti nama restaurantnya, so anda boleh try pelbagai jenis Indian food seperti biryani,nan,dhall. 4. Bawarchi Indian Restaurant – Terletak sebaris dengan Paradise , juga menyediakan juadah Indian Food yang sedap. Jika anda nak tau, Sandringhamjuga terkenal dengan jolokan nama Mecca of NZ. Jika anda nak beli daging/ayam mentah pun boleh ke butcher halal berdekatan. 5. Ayutthaya Halal Thai Food – Muak food berlemak atau bersantan, ce try Thai food di KRoad , Tomyam semua sedap masam2 pedas. Kalau suka pedas, jangan lupabagi tau nak okay. 6. Chicking…since KFC is not halal here…so ini option yang boleh dipilih. Ayam goreng kan, takkan lah xsedap. 7. Burger Fuel…when you order just request for “Halal” menu and they will cook separately for us…double check your receipt it will state “HALAL” there…to make sure they hear your order.
8. Nandos...same menu worldwide. Yang ni mira wajib beritahu. Restaurant Nandos bukan Restaurant Halal. Cumanya, via official website Nandos New Zealand memaparkan ayamnya source daripada supplier yang 100% halal. Hopefully ialah jelas. 9. Legianz Bali (Victoria Street) – Top 9 pilihan Mira ialah Legianz Bali. Boleh nampak cop halal di kedainya. Suasana macam warung dan menyediakan makanan Bali seperti Nasi Padang, Oseng, Bakmie dan yang penting, harganya berpatutan. Itu dia antara tempat restaurant halal top yang ada di Auckland. Cube bagitau kami, yang mana anda dah cube? Apa pula pilihan anda? Nak plan bercuti ? Jom Jelajah New Zealand bersama Ikhlas Tour
1 Comment
|
Archives
June 2019
Categories |
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |