Jelajah New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • 5D/4N - Mini
      • 6D/5N - Popular
      • 7D/6N - Extra
      • 8D/7N - Super
    • South Island >
      • 7D/6N - Mini
      • 8D/7N - Popular
      • 9D/8N - Extra
      • 10D/9N - Super
    • Combo >
      • 10D/9N - Mini
      • 11D/10N - Popular
      • 12D/11N - Extra
      • 13D/12N - Super
    • You & Me >
      • North Island - 6D/5N
      • South Island - 7D/6N
    • Customised Tour
  • Motorhome
    • Campervan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact





​                                 Christchurch

Visit Christchurch City Tour

26/5/2019

0 Comments

 
Picture
Tepat jam 8:00 pagi , 31 December 2018 Mira sekeluarga sampai di Christchurch Airport. Pesawat mendarat dengan lancar, Alhamdulillah. Christchurch Airport merupakan tempat permulaan bagi kebanyakan traveller yang memilih untuk tours ke Pulau Selatan (South Island), New Zealand. Airport ini telah mula dibuka pada 18 May 1940 dan merupakan Airport kedua paling sibuk di New Zealand.
 
Hanya perlu ambil kereta sewa, kemudian Mira dah ready nak tour South Island! Ikuti panduan ‘self driving’ di link ini.

Memandangkan waktu check in tempat penginapan kami dibenarkan seawal 12.30 tengahari, kami terus ke Christchurch City Centre atau lebih dikenali sebagai Quake City yang terletak kira-kira  15 minit, 10 km dari Airport.

Jom tengok antara tempat2 menarik yang Mira sekeluarga pergi. ​
Canterbury Museum

Destinasi pertama kami di City Centre ialah ke Canterbury Museum yang terletak di Rolleston Avenue. Silap ye kalau anda fikir tempat ni bosan. Tak seperti Museum2 di tempat lain di mana anda hanya tengok dari luar cermin. Apa yang menariknya di Canterbury Museum ni, bermula dari 15 December 2018 hingga 3 June 2019 (sempat lagi kalau nak plan), anda boleh lihat pameran Kura Pounamu ( Maori Treasure Green Stone). Rupanya seperti batu Jed Cina tetapi warnanya lebih gelap dan teksturnya lebih padu. Anda boleh sentuh sendiri green stone tu. Menarik! Selain itu terdapat juga pelbagai pameran lain seperti Tunnel, Dogs in Antartica (hati hati ada anjing tunggu), Discovery, Fred and Myrtle’s Paua Shell house dan macam macam lagi. Musim cuti sekolah ini pula, terdapat pertandingan mencari Santa tersembunyi di dalam museum terbuka untuk kanak –kanak berumur 12 tahun ke bawah. Semangat sungguh budak budak pusing satu Museum nak cari patung Santa. Satu daya inisiatif yang kreatif dari pihak museum untuk menarik minat anak anak kecil ke Museum. Yang paling best, masuk adalah PERCUMA! ​( Sumbangan adalah dialu – alukan)
Picture
Maori Dance Performance

Keluar sahaja daripada museum, terdapat persembahan nyanyian dan tarian tradisi kaum Maori. Mereka melakukan persembahan tersebut bagi mempromosikan He Tangata, iaitu sebuah tempat untuk mempelajari dan menikmati Budaya Kaum Maori di South Island yang baru dibuka pada tahun 2018. Terhibur sebentar  melihat tarian kebudayaan mereka. Datang New Zealand mesti la kena tengok kaum Maori. Tahu tak anda ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan Bahasa Melayu? Contoh : Lima, Taringa (Telinga), Rua (Dua). Anda boleh check tour package di web www.hetangata.nz atau Call je Abang Suhaimi atau Kak Zakiah dari Ikhlas Tour untuk arrangekan untuk anda.
Picture
Christchurch Botanic Garden
​

Seterusnya, Mira ke Christchurch Botanic Garden. Terletak di sebelah Museum, kami berjalan menuju ke Christchurch Botanic Garden. Luas Garden ini ialah 21 hektar dan bersambung dengan Sungai Avon dan Hagley Park. Jenuh jugaklah kaki ni nak berjalan kalau nak cover semua. Ada public skuter disediakan tapi Mira takut! Hahaha. Mira lihat, landskap Gardennya sangat cantik dan terdapat pelbagai pokok2 native New Zealand juga. Nyaman…. sangat rasanya di sini. Bentang sahaja tikar kemudian baring. Layan!
Picture
Bersantai di Tebing Sungai Avon 

Masih di Christchurch Botanic Garden, kami duduk bersantai di tebing Sungai Avon, melihat boat tour dan sekawan itik bermain main. Jinak – jinak itik - itik di sini, Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti, menaiki boat, berkayak, berlari, berjalan, berbasikal dan pelbagai aktiviti riadah yang lain.
Picture
Christchurch  Tramway
​

Anda nak merasa naik Tramway? Ini antara yang rare Mira lihat di sini. Tramway ni akan bawa anda pusing-pusing melihat heritage dan sejarah Christchurch melalui 17 perhentian. Anda boleh dapatkan tiketnya  di link ini: ​https://www.christchurchattractions.nz/christchurch-tram/

​
Tour Christchurch dengan Bas

Tramway terlalu perlahan? Nak yang murah? Anda juga boleh tour bandar Christchurch menggunakan Bas 2 tingkat. Terdapat 2 jenis tour, Central Tour yang akan melalui pusat bandar atay Discover Tour yang akan melalui suburbs Christchurch. Menarikkan?
Picture
​Garden Tour

Lutut anda longgar nak jalan kaki 21 hektar Botanic Garden? Hehehe. Naik lah Garden Tour. Pilihan tour yang sangat santai, tenang sambil menikmati permandangan Garden yang cantik berserta menghirup udara segar. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
Picture
Puas berjalan –jalan di sekitar bandar Christchurch, Banyak seni dan budaya rakyat New Zealand boleh dilihat di sini. Tak sedar, jam dah pukul 2:00 petang. Kami singah makan tengahari di Nandos, Christchurch kemudian  ke terus ke Rosewood Court Motel lebih kurang pukul 3:00 petang dan berehat sepanjang malam. Esok, nak jalan jalan lagi . So kita rehat dulu, nak ketatkan balik skru lutut yang longgar.hehehe.
 
Ke mana Mira pergi esok? 
 
Apa tunggu lagi, bagi lah Team Ikhlas Tour sibuk melayan call, whatsapp atau email anda. Keep them busy because busy is Good.
0 Comments

10 Sebab New Zealand Destinasi Percutian Utama Di Dunia

22/4/2016

0 Comments

 
KIA ORA !
 
Apa macam last topic? Hehe…harap dapat membantu dalam memilihpenerbangan yang bersesuaian…dah ready nak cuti di New Zealand? hehe
 
Minggu ni special skit…sebab baru2 ni New Zealand telah dipilih sekali lagi sebagai “World’s Best Country” oleh The Telegraph travel readers…Bila baca headlines ni terus bersyukur sangat sekarang Dira masih berpeluang…berpijak di Bumi Kiwi…
 
Bukan itu saja…New Zealand juga adalah destinasi percutian yang “TOP” di dunia…


 
10 sebab kenapa New Zealand adalah antara destinasi percutian terbaik di dunia

1. Keunikan landskap dan keindahan semulajadi

​
Bayangkan kembara percutian uols berlatar belakangkan pemandangan alam semulajadi macam dalam poskad…percaya atau tidak…meh ler lihat sendiri…

North Island atau South Island ada kecantikkan yang tersendiri...Setiap musim jugak cantik dengan cara yang tersendiri. Kalau belum baca, sila baca blog Dira tentang musim di New Zealand.
  • Spring penuh dengan bunga
  • Autum daun-daun bewarna kuning
  • Winter seperti snow wonderland

Antara tempat2 yang orang suka sangat sebab tersangat la cantiknya adalah…banyakkk sebenarnya penuh page nanti…haha…tapi Dira share yang rugi kalau tak pegi sebab sangat unik dan kecantikkan yang tak boleh diungkap dengan kata2…hehe :
​
  • Milford Sound (South Island)
  • Te Anau
  • Wanaka
  • Lake Tekapo
  • Queenstown
  • Rotorua (North Island)
  • Taupo
  • Mount Taranaki
  • Mount Tongariro

Picture
2. Road Trip

Seriously…top aktiviti wajib bila cuti kat New Zealand ni… Bila dah cerita pasal keindahan di atas…mesti la kena kembara atau road trip kan…Dira lebih suka pandu sendiri, baru merasa betapa unik New Zealand ni, sampai tempat cantik-cantik, Dira berhenti, bukan berselfie sahaja, tapi melayan fikiran mengagumi kebesaran dan ciptaaaNya

Nak lawat apa, season apa yang sesuai, jenis kenderaan yang sesuai size kumpulan dsb, pada Dira lebih mudah contact Ikhlas Tours, mereka boleh merancang kembara secara details. Perancangan rapi amat mustahak supaya tak terlepas tempat-tempat awesome yang sesuai masa kita kembara tu.
Picture
Picture
3. Lokasi pengambaran filem-filem terkenal di dunia

Kaki2 wayang…peminat2 filem Antarabangsa…yang tak berapa minat pun boleh tau la…dah kata terkenal di dunia…mesti la orang bercerita…
 
Bukan calang2 filem yang jadikan New Zealand antara lokasi pengambaran filem diorang…Filem2 yang bertaraf Grammy Awards…Oscar…So bila dah tengok dalam movie mesti teringin nak sampai kan…macam Dira jugak…hehe…Antara nya….


  • Lord Of The Rings
          Hobbiton Movie Set, Matamata (North Island)
          Kaitoke Regional Park, North Wellington (North Island)
  • The Hobbit Trilogies
           Hobbiton Movie Set
           Paradise, Glenorchy Queenstown (South Island)
           Kaitoke Regional Park
  • Chronicles Of Narnia
          Catheral Cove,Coromandel (North Island)
           Flock Hill, Christchurch (South Island)
  •  Vertical Limit
           Aoraki, Mount Cook (South Island)
  •  The Last Samurai
           Mount Taranaki (North Island)
  •  Wolverine
           Paradise, Glenorchy Queenstown (South Island)
  •  The Piano
           Karekare Beach, Auckland (North Island)
  •  King Kong
           Lyall Bay, Wellington (North Island)
Picture
Picture
4. National Geographic “World Best Hike-Dream Trails”

Bercuti style Kiwi…hehe…kenapa orang suka bercuti di sini? Haaaa...antara sebabnya yang ni la…”Outdoor lover” ni la playground anda ya…Hikers/Trampers bucketlist pasti ada New Zealand dalam list mereka...Hiking Trails di New Zealand berada dalam top list “World’s Best Hike” oleh National Geographic…Antara track yang ada dalam list:
  • Tongariro Alpine Crossing (North Island)
  • Queen Charlotte Track (South Island)
  • Routeburn Track (South Island)
  • Fjordland (South Island)
Picture
5. Negara asal aktiviti “Bungy Jump - World famous extreme adventure”

Kalau sebut je Bungy Jump mesti orang tau nak pegi mana kan??? “From the ORIGINAL”… aktiviti extreme bermula di bumi kiwi ni la…”Jump and NO turning back!”…haha.. Kat mana nak buat di sini…ada beberapa tempat:
  • Kawarau Bridge, Queenstown – 43 meter
  • Agroventures, Rotorua – 43 meter
  • Taupo – 47 meter
Picture
Picture
6. Antara aktiviti lasak terkenal di dunia
​
  • Water Rafting – maybe dengar macam biasa je…sebab tempat lain pun ada…but view lainnnnn….
  • Pernah cuba “Black water rafting?” Haaa…yang ni agak rare…lain dari yang lain sebab dalam Waitomo Cave boleh layan Glowworms sekali
  • SkyDiving – ada beberapa tempat boleh buat…paling best view Queenstown atau Wanaka, South Island ​
Picture
7. Pasukan Rugby terbaik di dunia

Peminat Rugby…sapa tak tau ALL BLACK !!!! Boleh la layan live match dekat sini…ada All Black Rugby Museum jugak…terletak di Palmerston North, North Island…kalau amik kembara North Island boleh la singgah…hehe

​
Picture
Picture
8. “Scenic Raiway” antara yang terindah di dunia

​The TranzAlpine Rail Journey dari Christchurch ke Greymouth antara “top six train journeys in the world.
Picture
9. Lokasi Festival Mountain Biking terbesar di dunia

Mountain bikers…boleh masuk dalam bucket list…hehe… Baru je bulan lepas jadi tuan rumah untuk world event…trails pun World la…
  • Crankworx Festival - Rotorua Skyline dah 3 tahun berturut jadi tuan rumah untuk “World Cup” Mountain Bike event…World Class biker berkumpul kat sini tuuu…
Picture
10. Unik nya budaya dan ramah

Sepanjang Dira  dekat sini…dari pengalaman sendiri dan jugak cerita2 orang yang dah lama migrate ke sini…orang2 sini sangat friendly…peramah…baik plak tu….

Maori atau Kiwi ”They really give you a warm welcome” Uniknya Maori yang terkenal dengan budaya pahlawan diorang…tengok aje la tarian Haka…punya semangatttt…Budaya Maori masih kuat di sini…mana2 masih ada signboard dalam bahasa Maori…even dekat sekolah pun masih di ajar bahasa Maori ni….Anak Dira dekat pre-school pun belajar…hehe
Picture
Picture
Picture
Dari pengalaman sendiri...cerita2 yang dikongsi oleh orang yang pernah sampai di New Zealand...memang tak dinafikan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi...penduduk yang sangat sedikit tapi sangat friendly...bila dapat title "WORLD'S BEST COUNTRY"....NEW ZEALAND "YOU DESERVED IT!"

Jadiii...jangan lepaskan peluang untuk melawat destinasi percutian yang terbaik ni...mula lah planning ya...hubungi jugak Ikhlas Tours jangan lupa tu...hehe

Kita sambung minggu depan ya...have a good weekend travel lovers!
Picture
0 Comments

    Archives

    May 2019
    April 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Picture

Services  |  ​FAQ  |  Term & Conditions | OUR GUESTS | CONTACT

© 2019 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
・ Webmaster ・

Picture
Call:: +64 2120 91079 / +64 2239 8109
Email: info@ikhlastours.co.nz
​
12 Ventura Street, Mangere,
Auckland, New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • 5D/4N - Mini
      • 6D/5N - Popular
      • 7D/6N - Extra
      • 8D/7N - Super
    • South Island >
      • 7D/6N - Mini
      • 8D/7N - Popular
      • 9D/8N - Extra
      • 10D/9N - Super
    • Combo >
      • 10D/9N - Mini
      • 11D/10N - Popular
      • 12D/11N - Extra
      • 13D/12N - Super
    • You & Me >
      • North Island - 6D/5N
      • South Island - 7D/6N
    • Customised Tour
  • Motorhome
    • Campervan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact