Canterbury Museum Destinasi pertama kami di City Centre ialah ke Canterbury Museum yang terletak di Rolleston Avenue. Silap ye kalau anda fikir tempat ni bosan. Tak seperti Museum2 di tempat lain di mana anda hanya tengok dari luar cermin. Apa yang menariknya di Canterbury Museum ni, bermula dari 15 December 2018 hingga 3 June 2019 (sempat lagi kalau nak plan), anda boleh lihat pameran Kura Pounamu ( Maori Treasure Green Stone). Rupanya seperti batu Jed Cina tetapi warnanya lebih gelap dan teksturnya lebih padu. Anda boleh sentuh sendiri green stone tu. Menarik! Selain itu terdapat juga pelbagai pameran lain seperti Tunnel, Dogs in Antartica (hati hati ada anjing tunggu), Discovery, Fred and Myrtle’s Paua Shell house dan macam macam lagi. Musim cuti sekolah ini pula, terdapat pertandingan mencari Santa tersembunyi di dalam museum terbuka untuk kanak –kanak berumur 12 tahun ke bawah. Semangat sungguh budak budak pusing satu Museum nak cari patung Santa. Satu daya inisiatif yang kreatif dari pihak museum untuk menarik minat anak anak kecil ke Museum. Yang paling best, masuk adalah PERCUMA! ( Sumbangan adalah dialu – alukan) Maori Dance Performance Keluar sahaja daripada museum, terdapat persembahan nyanyian dan tarian tradisi kaum Maori. Mereka melakukan persembahan tersebut bagi mempromosikan He Tangata, iaitu sebuah tempat untuk mempelajari dan menikmati Budaya Kaum Maori di South Island yang baru dibuka pada tahun 2018. Terhibur sebentar melihat tarian kebudayaan mereka. Datang New Zealand mesti la kena tengok kaum Maori. Tahu tak anda ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan Bahasa Melayu? Contoh : Lima, Taringa (Telinga), Rua (Dua). Anda boleh check tour package di web www.hetangata.nz atau Call je Abang Suhaimi atau Kak Zakiah dari Ikhlas Tour untuk arrangekan untuk anda. Christchurch Botanic Garden Seterusnya, Mira ke Christchurch Botanic Garden. Terletak di sebelah Museum, kami berjalan menuju ke Christchurch Botanic Garden. Luas Garden ini ialah 21 hektar dan bersambung dengan Sungai Avon dan Hagley Park. Jenuh jugaklah kaki ni nak berjalan kalau nak cover semua. Ada public skuter disediakan tapi Mira takut! Hahaha. Mira lihat, landskap Gardennya sangat cantik dan terdapat pelbagai pokok2 native New Zealand juga. Nyaman…. sangat rasanya di sini. Bentang sahaja tikar kemudian baring. Layan! Bersantai di Tebing Sungai Avon Masih di Christchurch Botanic Garden, kami duduk bersantai di tebing Sungai Avon, melihat boat tour dan sekawan itik bermain main. Jinak – jinak itik - itik di sini, Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti, menaiki boat, berkayak, berlari, berjalan, berbasikal dan pelbagai aktiviti riadah yang lain. Christchurch Tramway Anda nak merasa naik Tramway? Ini antara yang rare Mira lihat di sini. Tramway ni akan bawa anda pusing-pusing melihat heritage dan sejarah Christchurch melalui 17 perhentian. Anda boleh dapatkan tiketnya di link ini: https://www.christchurchattractions.nz/christchurch-tram/ Tour Christchurch dengan Bas Tramway terlalu perlahan? Nak yang murah? Anda juga boleh tour bandar Christchurch menggunakan Bas 2 tingkat. Terdapat 2 jenis tour, Central Tour yang akan melalui pusat bandar atay Discover Tour yang akan melalui suburbs Christchurch. Menarikkan? Garden Tour Lutut anda longgar nak jalan kaki 21 hektar Botanic Garden? Hehehe. Naik lah Garden Tour. Pilihan tour yang sangat santai, tenang sambil menikmati permandangan Garden yang cantik berserta menghirup udara segar. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Puas berjalan –jalan di sekitar bandar Christchurch, Banyak seni dan budaya rakyat New Zealand boleh dilihat di sini. Tak sedar, jam dah pukul 2:00 petang. Kami singah makan tengahari di Nandos, Christchurch kemudian ke terus ke Rosewood Court Motel lebih kurang pukul 3:00 petang dan berehat sepanjang malam. Esok, nak jalan jalan lagi . So kita rehat dulu, nak ketatkan balik skru lutut yang longgar.hehehe.
Ke mana Mira pergi esok? Apa tunggu lagi, bagi lah Team Ikhlas Tour sibuk melayan call, whatsapp atau email anda. Keep them busy because busy is Good.
1 Comment
|
ArchivesCategories |
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |