Dah masuk hari ketiga Cuti- Cuti New Zealand South Island, Selamat Datang ke Dunedin! Kali ini Mira dan family nak jelajah Dunedin City. Ramai yang bertanya worth it ke nak ke Dunedin? Alang2 dah menetap di NZ ni bolehlah Mira kongsi2 cerita apa yang menarik untuk traveller di luar sana yang mempunyai impian / planning nak bercuti di New Zealand pada masa akan datang. Memandangkan dulu Mira tak pandai sangat subjek sejarah (alasan nak berjalan), untuk tour New Zealand kali ini, Mira nak fokus jelajah ke Dunedin City melihat tinggalan sejarah 100 tahun dahulu.
Dunedin merupakan bandar kedua terbesar South Island yang terletak di selatan South Island, Berbangga dengan panggilan “City of First” bandar ini mempunyai Scottish History yang dapat dilihat daripada seni binaan bangunan2 di sini. Korang minat nak tengok architecture / seni binaan sejarah ? Nah Mira share 10 tempat di Dunedin City yang boleh korang lawati seperti berikut: 1. Dunedin Railway – Kalau di Dunedin railway station ni merupakan #mustvisitnz .Tempat ini juga terkenal dengan jolokan nama ”New Zealand most famous photograph” dan "outstanding monument". Kalau xde gambar di sini serupa macam belum sampai NZ. Ukirannya sangat cantik dan unik. 2. Larnach Castle – Satu satunya istana yang ada di New Zealand yang mempunyai hasil seni yang sangat tinggi dan mempunyai taman bunga bertaraf International. Ada kos untuk bayaran masuk di sini sebab Castle ni milik persendirian. 3. Olveston Historic Home – rumah agam yang mewah dengan barang2 antik menarik dan masih mengekalkan isi kandungan asal rumah sejak tahun 1966. 4. Municipal Chambers – Bangunan yang direka oleh R A Lawson, dan siap dibina pada tahun 1880 dan merupakan Dunedin City Council. 5. First Church of Otago – Nak tengok church dengan seni ukiran ‘gothic’ ? Singgah la ke Church ini melihat hasil seni binaan yang dibina menggunakan batu Oamaru dan juga direka oleh R A Lawson. 6. Otago Museum – Dari tengah simpang lagi dah nampak Otago Museum ni. Memang lain lah bentuk bangunannya. Satu lagi tempat bersejarah untuk dinikmati.Masuk Percuma! 7. St Paul’s Cathedral – Dah nama pun western country, memang banyak church kat sini. Besar2 dan cantik2. Bagi korang yang suka seni tu, jangan lepaskan peluang melihat tempat ni. Terletak di puncak Octagon, bangunan yang siap dibina pada 1919, disenireka oleh Sedding dan Wheatly. 8. Bank of New Zealand – Sebuah bangunan lama yang telah siap dibina pada 1882 yang di’designed’ oleh W.B Armson berinspirasikan tumbuh-tumbuhan New Zealand. Masa Mira mula2 nak migrate, inilah bank pilihannya. lama...dah bank ni. 9. Otago University – Sebelum adanya Auckland dan bandar bandar lain, Dunedin la merupakan bandar pertama di New Zealand. Maka tak hairanlah kalau banyak yang pertama di sini seperti telefon pertama, tiang lampu pertama dan university pertama. Pada pandangan Mira, Universiti inilah nadi pada ekonomi Dunedin. 10. Dunedin Street Art Trail – Dulu Mira rasa orang buat vandalisme conteng2 dekat dinding bangunan. Rupa2nya ini Art. Memandangkan Dunedin ni kaya dengan seni, maka Dunedin City Council pun jadikan ianya sesuatu yang percuma untuk dinikmati semua orang, Bukan satu tempat ye. Anda kena pusing la sekitar Octagon dan lihat dinding2 bangunan yang dilukis pelukis dalam dan luar negeri. Cukup 10? Nak lagi? Ini baru sebahagian Dunedin City sahaja. 10 tempat ni memang sesuai jika anda mempunyai masa yang terhad di Dunedin, nak aktiviti percuma dan santai. Nanti Mira kongsikan lagi kembara New Zealand seterusnya. Jomlah melancong ke New Zealand. Biar kami bawa anda. Call team Ikhlastourssekarang. Follow juga kami di Instagram Ikhlas.tours dan facebook Ikhlas Tours.
1 Comment
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |