KIA ORA! ...atau Hello dalam bahasa Maori :) Soalan “cepu mas” yang selalu ditanya…”Bila musim yang paling best nak bercuti ke New Zealand dan nak melawat apa?” betul kan??? Hehe…soalan standard la tuuu…Memang susah nak buat keputusan… lagi-lagi datang ramai-ramai…masing-masing punya agenda dan “wish list” sendiri bila bercuti…sana nak pergi sini nak pegi…itu nak buat ini nak buat…pendek kata nak buat semua tapi masa suntuk…ye la cuti tahunan bukan dapat 3 bulan kannn…haha… Nama pun bercuti…jadiiii kita lepak laaaa…enjoy jalan-jalan… dan rancang baikkk punya supaya tak menyesal sebab terburu-buru nak kejar masa dan nak buat semua dalam satu masa… New Zealand serius memang cantik …dan boleh je nak datang bila-bila masa sepanjang tahun sebab setiap musim unik dan ada keistimewaan tersendiri… So share la sikit tips 4 musim…
TUJUAN BERCUTI/AKTIVITI APA NAK BUAT Bab ni paling susah…haha…sama je saya pun sebab banyak kot aktiviti menarik nak buat kat sini…nak buat semua kena duduk berbulan..bertahun gak la…hehe…tanya diri sendiri…datang nak buat apa dulu... Antara aktiviti-aktiviti yang selalu orang suka dari pengalaman tetamu Ikhlas Tours… Aktiviti luar/lasak…yang ni memang terbaikkk la kat sini...Bungy Jumping…Skydiving…kembara mendaki bukit dan gunung…masuk hutan…Mountain Biking…panjang berjela list kalau saya tulis ni…haha…aktiviti kegeraman iolsss…Subhanallah…cantik yang tak terkata…pendek kata datang je lah tengok sendiri…hehe Jalan-jalan lihat pemandangan…aktiviti yang paling semua orang gemar la kan…paling “WIN”…paling “LAYAN” Urusan kerja atau “Business Trips”…ada yang datang atas urusan kerja rasmi…tapi sambil-sambil tuuu ada la site visit kannn…sambil menyelam minum air orang kata…hehe Ikhlas Tours boleh bantu merancang percutian bergantung kepada “wish list” uols la jugak dan juga bajet…boleh jugak tengok-tengok pakej sedia ada Ikhlas Tours dekat website www.ikhlastours.co.nz BAJET…ni paling penting la kan….nak buat semua tapi pada masa yang sama bajet nak murah la kan…tu dah lumrah manusia…hehe…jangan marah…normal la…jadi kena pandai tengok jugak…contoh, musim panas ramai orang so mahal la jadinya …konsep demand & supply…hehe…kalau datang musim sejuk murah skit tapi factor cuaca sejuk plak…tapi kalau memang nak layan main salji…ok la kan…elak datang time orang ramai la… Paling terbaik…hubungi Ikhlas Tours…mereka akan bantu merancang percutian uols dengan bajet yang ada… Christmas dan Tahun Baru dalam musim panas…sini memang cuti sakan…lama diorang ni tutup kedai & ofis…berminggu..ada yang sebulan tutup….bila dah cuti panjang…memang masa ni la semua bawak family cuti jugak kan…hehe…itu yang harga hotel melambung tinggi dan susah jugak nak dapat sebab semua penuh…kalau nak datang jugak…kena book awal la… Hubungi Ikhlas Tours…In Sha Allah kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda…Jumpa di bumi New Zealand nanti yaaa…
0 Comments
Leave a Reply. |
ArchivesCategories |
Services | FAQ | Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |