Salam Travel Lovers! Ramai yang tanya Mira apa nak pack bila nak Jelajah New Zealand negara yang ada 4 musim. Lebih- lebih lagi sekarang kebanyakkan syarikat penerbangan dah mula ubah limit bagasi. Tak lama lagi akan tiba musim bunga di New Zealand bermula bulan September hingga bulan Oktober. Musim bunga adalah antara musim popular pilihan travel lovers untuk Jelajah New Zealand selain musim panas. Untuk diri Mira dan keluarga, Mira suka memilih travel light. Kami tak suka nak pack makanan, kosmetik atau toileteries lebih2 sebabnya kami prefer nak explore new food di tempat baru. kosmetik dan toileteris pula suka pack botol kecik2 je dan pakaian pun yang easy care, tudung dan baju yang perlukan penjagaan ringkas (malas gosok!). Ubat2tan Mira hanya akan bawa yang paling basic iaitu panadol dan vicks! Yang penting for me bawa Medical Card, ada travel insurance dan ada Credit Card! Tapi maybe ada yang tak bersetuju cara Mira.Takpe... semua orang berbeza kan. Kita raikan perbezaan kita. Meh Mira sharekan Checklist daripada pandangan YB Shehan.Hopefully dapat membantu Travel lovers buat Checklist sendiri apa nak pack. Pesanan paling best dalam topik Checklist YB Shehan ialah INGAT NEW ZEALAND INGAT IKHLAS TOURS Sila click di link di bawah: Jadik ke tidak gambar acah2 model perfume bunga kat atas tu? Nak kami plan kan percutian Musim Bu nga anda di New Zealand? Contact team kami sekarang!
1 Comment
Important point to take note/tips: Weather…very…very important to know this
Tips: How to check weather forecast…you could go to link below www.metservice.com/mountain/tongariro-national-park
What to bring/wear
Transport
Timing
Do you need a Guide?
Worries no more! Just pickup you smartphones and contact Ikhlas Tours Team. Sesuai untuk group yang besar 20 pax ke atas. Coach tour ini biasanya di buat secara 'full board' atau half-board. Pakej termasuk driver/tour guide. Rilex dan enjoy tempat lawatan mengikut jadual. Harga Coach Tour ini lebih tinggi berbanding self-drive tour. Coach tour kami bukan setakat memandu je. Mereka di semuanya dah lama di New Zealand dan banyak pengalaman. Tips :
Seat In Coach
Seat In Coach ini lebih sesuai kepada pengambara solo atau berdua yang ingin kembara sendiri dan tidak memandu. Konsep ini amat popular pada pengambara Eropah. Mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan bas/keretapi/ferry/flight. Anda perlu buat research tentang transport network, connectivity, attractions etc bila buat plan Seat In Coach Tips
Private Chauffeur - Khidmat Pemandu Peribadi Kembara guna khidmat pemandu peribadi. Mudah, rilex sebab pemandu akan bawa sentiasa bersama anda sepanjang kembara di sini. Harga pakej ini lebih tinggi kerana kos pemandu di sini tinggi. Nota : Kami berpengalaman uruskan pelbagai kaedah kembara. Kami uruskan guests dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Untuk FREE CONSULTATIONS tentang kembara New Zealand HUBUNGI KAMI Naik kereta is so lame? Bak kata oghang kampung teman, "nak merase" naik Motor Homes pulok Yeop! Yes, jangan risau, dengan Ikhlas Tour kita boleh selesaikan impian bercuti anda tu. Call ajer deme tu. Sambil tu, Yong Mira ( eh eh... masuk roh Peghak pulak) nak kabor kan tips kalau mike nak "try" Motor Homes di New Zealand ni. Terdapat 3 jenis kenderaan tentang tour guna mobile homes. 1) Motorhome - sesuai untuk 4 hingga 6 orang setiap unit 2) Campervan - sesuai untuk berdua hingga 4 orang. 3) Caravan Kembara dengan mobile homes menjadi trend kebanyakan pelancong. Pada yang kali pertama, perlu faham tentang prosedurs penggunaan kenderaan ini. Ianya agak teknikal. Tanya je Kat Team Ikhlas Tour. CLICK blog kami tentang mobile homes ini. Yang mana sesuai untuk anda. Tips :
Nampok? Paham ke mike mike semue? Yong Mira harap tips ni dapat beri heads up ye untuk planning jelajah New Zealand. Hi Travel lovers!
Sebagai traveler, Self Drive atau memandu sendiri merupakan antara kaedah paling popular untuk jelajah New Zealand. Kaedah ini lebih flexible, mudah dah kos yang rendah. Self Drive popular pada mereka yang ingin kembara tanpa jadual yang padat, bergerak sendiri bersama keluarga dan buat aktiviti pilihan sendiri. Keluarga kita, jadi kita lebih faham dengan kerenah masing2 lebih lebih lagi yang ada anak kecil dan warga emas. Untuk tempoh kembara yang pendek (kurang dari sebulan), biasanya pelancong menyewa kenderaan. Tambahan pula harga kereta sewa di New Zealand adalah berpatutan. CLICK SINI untuk pilihan kenderaan sewa. Sekira melancong dalam jangka masa panjang, mungkin boleh beli sebuah kenderaan yang sesuai atau pilih long term lease. Beli? iye... jangan terkejut, memang ramai travellor akan beli kenderaan di sini kerana ianya murah dan prosesnya mudah. Apabila travellor ingin pulang, kenderaan tersebut akan dijual semula.
ekarang merupakan musim cuti sekolah di New Zealand. Pasti ramai yang ingin membawa anak2 berjalan musim cuti sekolah ni atau pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga. Baru baru ini Mira dan keluarga travel ke South Island, New Zealand untuk menghabiskan cuti musim panas kami. Kami menaiki kapal terbang di mana perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam dari Auckland ke Christchurch. Walaupun perjalanannya sekejap, tapi dah setahun lebih kami tak naik kapal terbang. Ada juga lah perasaan nervous dalam hati tu.
Yang dewasa pun ada rasa nervous, bayangkan lah pula perasaan anak anak kan? Di sini Mira sharekan tips dari pengalaman Mira mengatasi rasa takut / bosan anak ketika menaiki kapal terbang. Umur 0 – 6 tahun: 1) Pilih tempat duduk yang selesa untuk anak kecil Bermula dari memilih tempat duduk lagi, pilihlah tempat duduk ‘priority’ atau yang mempunyai kawasan extra. Mira tak cadang tempat duduk paling belakang yang dekat dengan tandas sebab tempat laluan orang lalu lalang dikuatikiri mengganggu anak yang mahu tidur. Jika anak anda pertama kali menaiki kapal terbang, jangan duduk di tepi tingkap.takut dia gayat dengan perubahan ketinggian semasa take off atau landing. 2) Siapkan bekal makanan dan minuman Jika anak anda masih menyusu, beri dia susu ketika take off dan landing atau pun apape snack kegemarannya waktu ini. Pepatah yang mengatakan perut kenyang suka hati tu bertepatan dengan keadaan ini. Perhatian anak anda akan lari daripada rasa takut ketika dia seronok menikmati makanan dan minuman kegemarannya. 3) Bawa permainan kegemaran Jika anda membawa anak kecil, Mira cadangkan supaya anda travel light kerana focus utama anda ialah anak.Berikan anak anda beg khas untuk dirinya dan pilihlah mainan kegemarannya untuk di bawa naik kapal terbang.Tapi, harus diingat, anda dilarang membawa mainan berbentuk senjata seperti pistol, pisau,panah,bom mainan.Ianya dilarang imigresen.Mira terpaksa belajar perkara ini dengan cara susah. Mira pernah bawa pistol mainan yang ada lampu dan bunyi2 tu.tak pasal2 abang imigresen kena simpan.Ingat lagi wajah anak Mira ketika abag imigresen ‘simpan’ pistol mainannya.satu hal lagi nak pujuk pula beli mainan lain. 4) Siapkan aktiviti2 berlainan dan beri satu-satu Yang ini muslihat penting untuk parents.Katakanlah anda bawa 4- 5 mainan. Usah beri semua sekali gus. Biar dia main sampai bosan satu satu mainan tersebut. Jika anda kreatif, balutlah aktiviti2 berkenaan seperti hadiah dan dijadikan kejutan. Contohnya, Jika anak anda behave, anda akan reward dia dengan hadiah. Antara aktiviti2 yang Mira lakukan adalah seperti buku mewarna, puzzle kayu, sticker, main sep sep tom tom tom, main osom, baca buku, menonton movie, main abc dan macam2lah. 5) Pujuk anak tidur , Terbang waktu malam Timing kena cun orang kata.macam tu juga dengan anak2 ni. Mira mmg gemar terbang diwaktu malam kerana anak tak Nampak apa yang berada di luar dan lebih mudah memujuk anak untuk tidur. Biarlah anak main puas-puas sebelum terbang jadi mudah untuk mereka berehat.Kadang2 Mira suka anak mira tidur masa nak dekat2 boarding. Dukung je anak tu naik kapal terbang, 6) Bawa barang secukupnya Yang ni Mira bagitau bawa barang anak ye. Bukan barang ibu ayah yang banyak.heheheh.Siapkanlah selimut, ubat ubatan anak, susu, lampin,baju lebih, tisu basah, jaket, stoking dan minyak angina untuk anak2 anda. Bagaimana pula kalau anak dah besar. Jangan ingat bila dah besar sikit anak tak takut. Sekali lagi Mira terpaksa belajar perkara ini ‘ in a hard way’. Bayangkan tetiba anak anda menjerit “Oh No, We’re going down! Satu kapal tengok wei. Umur 7 ke atas: 7) Berbincang dengan anak Untuk anak yang dah besar sikit, kita bawa berbincang, cakap elok2. Beritahu dia its ok untuk rasa takut kerana semua orang ada rasa takut. Jika dia boleh faham, terangkan proses take off dan landing itu. Manage expectation anak anda. Mungkin anda boleh terangkan, memang normal rasa geli atau gayat bila ada perubahan ketinggian yang cepat seperti naik gelongsor.hahahha.Hopefully it makes sense to them. 8) Sediakan gadjet / entertainment yang secukupnya Jika anak dah besar skit, payah lah pulak nak bagi buku mewarna kan. Aktivitinya berubah lah skit.Lebih kepada teknologi. Install la game, movie dan lagu kegemaran untuk alihkan rasa takut. 9) Berdoa Bila anak dah besar sikit, boleh ajar dia berdoa. Didiklah anak untuk mohon perlindungan pada yang Maha Kuat. Boleh juga berzikir kalimat2 suci supaya tenang sikit hati anak anda. Mira pun buat juga dalam hati. Never say No for travelling. Selamat mencuba. Ke mana destinasi percutiaan anda seterusnya? Jom lah ke New Zealand. Team Ikhlas Tour sedia membantu. Call us now. Pejam celik pejam celik dah bulan November. Mungkin di Malaysia anak- anak sudah mula cuti sekolah. Pada pelajar yang mengambil SPM / STPM pada tahun ni, Mira ucapkan “Selamat Berjuang”. Di New Zealand, cuti sekolah bermula pertengahan December ni. Lebih kurang lagi satu bulan! Lamanya. Sebenarnya Mira dah tak sabar nak bercuti dan menunggu anak Mira cuti sekolah.Sebab…. Mira nak ke South Island semasa cuti krismas tahun ini.wohoo! Pada Mira bercuti / Travel adalah sangat penting. Selain daripada seronok, ia dapat menyegarkan minda anda semula. Masa yang terbaik untuk menilai apa yang telah anda lakukan sepanjang tahun ini dan merancang semula urusan anda tahun depan. Mira bukan migrate ke New Zealand untuk mengejar kekayaan, tapi lebih kepada nak mencari ketenangan dan menikmati nikmat dan ciptaan yang tuhan berikan. InsyaAllah… Plan Travel Sendiri atau Agen lagi best? Dalam membuat perancangan travel atau percutian, pasti ada yang tertanya2, mana lagi best plan sendiri atau guna khidmat agen? Selama Mira travel sebelum2 ni, Mira belum pernah lagi travel menggunakan perkhidmatan agen. Biasalah….seperti orang yang lain, Mira pikir guna agen ni, mesti mahal kan. Tapi sejak akhir akhir ni, Mira bertanya sendiri. Betul ke lebih murah plan sendiri? Jom tengok perbandingan Mira. Senarai Harga Plan Sendiri: Harga Accomodation adalah berdasarkan website Booking.com pada tarikh 12/11/2018 1)Tour Agen tak semestinya lebih mahal Plan sendiri ‘rasanya’ lebih murah. ‘Rasa’ lebih murah kerana kosnya dibayar sedikit demi sedikit. Ikut pengalaman Mira plan sendiri, mungkin Mira boleh jimatkan kos di bahagian penginapan. Tapi rupa-rupanya, baru mira tahu yang agen mempunyai harga istimewa untuk tempat2 penginapan. Mungkin dengan jumlah yang sama, kita mampu menginap di tempat yang lebih selesa melalui agen. Cerita je tak best kan. Yang penting, “ What’s the number / figure?” So Mira cube senaraikan perbandingan harga antara plan sendiri dan harga Tour bersama Ikhlas Tour mengikut family kecil Mira 2 Dewasa dan seorang kanak- kanak Ilustrasi Contoh: South Island Trip 7D/6N 3Pax – 2 Adults 1 kids Date: 18/12/2018 – 24/12/12/2018 Harga Pakej Ikhlas Tour Agen VS Plan Sendiri Cost Berdasarkankan ilustrasi di atas, dengan plan sendiri Mira akan dapat jimat $383.12 kan? Tapi tahukah anda, jika anda tambah $383.12 tu melalui Agen Mira akan dapat :
Mana Best? 2)Pengalaman tu penting Tak dinafikan maklumat semua dihujung jari. Dengan adanya internet, Mira boleh booking tiket penerbangan, hotel, kenderaan and tempat lawatan sendiri. Kadang2 buat plan sendiri kita boleh follow baca blog orang, atau ikut itinerary mereka. Apakah bezanya dengan tour agen? So, Mira pun bertanyalah pada Abang Suhaimi dan Kak Zakiah, tour manager di Ikhlas Tour sejak 5 tahun dahulu. Mereka berdua ni dah menetap di sini lebih dari 10 tahun dan dah menuguruskan pelbagai tetamu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, dan Brunei. Destinasi yang Mira nak pergi di South Island , dah berkali2 dilawati tour agen.Inilah antara ‘added value’ yang anda boleh Tanya terus kepada agen. Mereka juga boleh memberi lebih maklumat tentang sesuatu destinasi jika anda ambil perkhidmatan ‘tour guide’ . Semua plan adalah ‘personalised’ mengikut tempoh masa, kos, preference pelancong, kapasiti pelancong, umur dan musim travel. Sebagai contoh, ramai traveller mahu terus naik flight ke south island pada hari yang sama touch down ke Auckland.Mengapa selalunya agen tidak galakkan? Selalunya Agen akan nasihat untuk tidur dahulu semalam di Auckland dan sambung semula perjalanan ke south pada keesokkan harinya. Abang Suhami kata…, Ini kerana perubahan cuaca.Jika traveller datang dari negara khatulistiwa dan sampai di negara 4 musim, dikuatiri menganggu kesihatan.Ramai yang demam atau jatuh sakit semasa melancong.tak best la kan melancong sakit.Sebab tulah tour agen nasihat beri masa pada badan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.Bukanlah sebab nak charge lebih penginapan. Best kan ada orang berPENGALAMAN? 3)Jimat Masa dan Mudah Atok dan nenek buta IT. Suami pula tak mo amik port.Dia bayar je.hehehe. Anak2 pula….tgk youtube tau le.So…, siapa yang perlu luangkan masa dan tenaga untuk merancang percutian? Kaum ibu la….selalunya lah. (same le…). Nak merancang percutian ni, perlu BANYAK masa untuk buat ‘research’. Nak ‘research’ tiket penerbangan, penginapan, restoran,pengangkutan….macam macam lagi lah. Ianyanya memerlukan anda mengorbankan masa anda sendiri, masa anda bersama keluarga dan masa anda berkerja. Sudahnya stress. Mudah kan jika ada agen? 4)Jaminan Point terakhir tapi tak kurang pentingnya ialah Jaminan. Tiada siapa pun yang boleh nak beri anda Jaminan. Tour agen juga tak mampu. Orang kata, malang tak berbau.Kalau sesuatu perkara buruk nak berlaku tu dia berlaku.
Cumanya…, melalui tour agen, adalah juga tempat untuk dirujuk atau minta bantuan khidmat nasihat atau pendapat bila berlaku sesuatu musibah. Travel Consultation akan diberikan oleh Agen akan berikan nasihat yang terbaik untuk pastikan percutian yang best dan selamat. Insuran Perjalanan pun termasuk sekali dalam pakej.Nak isi borang imigresen pun mudah ada point of contact.The Best! Anda dah rancang ke aktiviti cuti sekolah tahun ni? Bagi yang bijak, dah mula merancang aktiviti cuti untuk tahun depan pun. Click sini untuk Cuti Malaysia 2019. Mahu kami bantu merancang percutian anda? Hubungi Kami [email protected] facebook.com/ikhlastours www.ikhlastours.co.nz Suhaimi Mohamad [email protected] +64 2120 91079 / WhatsApp Nor Zakiah Abdul Hamid [email protected] +64 2239 81091 / WhatsApp Office Address 12 Ventura Street, Mangere, Auckland, New Zealand KIA ORA! Baru2 ni ada testing bahasa Melayu tulis blog…Alhamdulillah meletopsss! Hehe…bukan lupa ya…tulis bahasa lisan mcm ni meriah la kan…cuba suh tulis bahasa buku hehe…in sha Allah boleh, cuma berkurun skit nak siap…SPM dah lama abisss uolsss buat karangan BM dah berpuluh tahun kot…sama je kita tuuu…haha Tapi memandangkan sambutan agak meriah…so minggu ni kita berbahasa Melayu la plak kannn…bak kata pepatah “takkan Melayu hilang di dunia”…gituuu…rindu nak bercerita dengan kawan2 la ni…kata “sharing is caring”! Minggu ni Dira nak kongsi tips memilih flight untuk jimat kos bercuti di New Zealand. Air Asia X saja ke yang murah? Dari Kuala Lumpur ke New Zealand ada banyak syarikat penerbangan sebenarnya. Ada yang direct, ada yang stop over dan ada transit dari Australia (Sydney/ Melbourne atau Gold Coast); antaranya:- MAS - Direct flight ke Auckland Air Asia - Flight ke Auckland; stop over di Gold Coast Emirates - Flight ke Auckland/Christchurch; stop over di Melbourne Lain-lain Jetstar Airlines, FlyScoot, Virgin Australia, Qantas, China Southern dan lain-lain....banyak kannnn, macam mana nak pilih? Untuk jawap soalan di atas, kita kena check ke mana destinasi kita dan bandingkan dengan tawaran syarikat penerbangan lain. Memilih flight ke New Zealand Ramai yang booking flight dulu sebab ada tawaran murah dari KL ke Auckland, lepas tu baru lah dok bincang dengan group, nak tour North Island ke South Island atau cover dua-dua sekali. Tip pertama - Rilex...bertenang dan set kan objektif. Sebelum abang atau akak beli tiket flight…fikir habis2...tanya balik soalan2 cepu emas ni… Nak pegi mana? Berapa hari/lama percutian? Jangan la datang seminggu tapi nak cover North dan South, semua sekali…pengsan balik…tak sempat nak buat apa…penat atas jalan je, jet-lag lagi...ha ha.. Bab ni…boleh jugak baca blog “Cuti Santai New Zealand”…atau paling mudah…guna lah khidmat nasihat perancang percutian anda “Ikhlas Tours” kami akan advise… Paling penting…Dari mana nak ke mana dulu …lepas tu baru book flight tiket hokay! KEMBARA NORTH ISLAND SAHAJA
Sekiranya dari Kuala Lumpur (KUL), boleh ambil MAS, Air Asia X, Emirates atau Jetstar Orang Johor, mungkin boleh ke Singapura (SIN), sebab lebih banyak airlines dari Changi; Singapore Airlines, FlyScoot, Jetstar, Emirates dan lain-lain. KEMBARA SOUTH ISLAND SAHAJA Ramai yang book return flight ke Auckland, sedangkan mereka ingin tour South Island. Lepas tu baru cari flight ke Christchurch (CHC). Sebelum book, buat dulu kira-kira, masukkan kos domestik flight ke Christchurch (CHC), campur penginapan sekiranya perlu menginap di Auckland sebelum ke South island. Jadi..macam mana? Banding antara kos transit di Auckland atau transit di Sydney (SYD), Melbourne (MEL) atau Gold Coast (OOL) untuk ke South Island Ada beberapa pilihan, bandingkan kos flight untuk pilihan-pilihan berikut; Kembara mula dan berakhir di Christchurch: Pilihan 1, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch (KUL -> AKL -> CHC -> AKL -> KUL) Pilihan 2, Kuala Lumpur - transit di Australia - Christchurch (KUL -> SYD/MEL/OOL -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Kembara South Island juga boleh mula di Christchurch dan berakhir di Queenstown (ZQN) ...boleh buat macam ni ke? Akak ingat mesti habis kat Christchurch juga. Kenderaan macam mana?....Akak jangan risau, Ikhlas Tours boleh arrange kenderaan di semua airport utama seluruh New Zealand. Pilihan 3, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch - Queenstown (KUL -> AKL -> CHC -> ZQN -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Pilihan 4, Kuala Lumpur - transit di Australia - Queenstown (KUL -> SYD/MEL/OOL -> ZQN -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Akak juga boleh start dari Queenstown dan tamat di Christchurch. Boleh juga mula dari Christchurch habis di Dunedin (DUD) atau DUD habis di CHC.....lah itu macam ke? akak ingat mesti habis di Christchurch juga...banyak sangat pilihannya. Nota penting:
KEMBARA COMBO NORTH dan SOUTH ISLAND
Untuk combo, banyak sangat2 option flight, nak mula North dulu ke atau South dulu. Mula di Christchurch, Queenstown atau Auckland dulu?....kalau Dira nak list satu-satu tak habis Dira nak tulis kat blog ni sebab dekat sepuluh option perlu kita semak. Gini jer, bincang dengan Ikhlas Tours, mereka akan suggest travel plan mengikut kesesuaian masa dsb dan kita guna "aggregator" website yang boleh bagi cadangan untuk kita pilih flight paling murah. SKYSCANNER Biasanya, orang akan guna satu atau dua website saja untuk banding, memandangkan banyak airlines ke New Zealand, lebih mudah dan tepat guna aggregator seperti Skyscanner untuk dapatkan kos termurah. Cut short dan paling senang untuk check semua skali dalam satu page…suka kannn.kannn…senang keje beb… Pernah dengar “Skyscanner” tak? Kalau ada yang tak pernah dengar…lepas ni mesti sukaaa dan berterima kasih sebab senang nak rancang perjalanan ikut masa dan kos yang termurah…hehe Apa tu Skyscanner? Website "aggregator" yang kita boleh guna untuk bandingkan harga semua Airlines di muka bumi ni... Sekarang dah zaman segalanya guna Apps…jadi boleh juga download Apps kat phone. Jangan risau tak payah bayar apa2…Khidmat percuma uols…guna lah teknologi canggih sekarang…senang kerja...hehe Kat sini sekaligus dapat banyak info:
Mana nak check?
Info apa yang perlu?
OK…boleh faham tak? hahaha…sorry kalau pening sikit tapi itulah secara ringkas benda yang uols perlu amik tau sebelum beli tiket flight…bukan apa...takut nanti plan kembara jadi terhad sebab dah beli tiket… kena tukar plan banyak dan kos meningkat tanpa kita sedar..
Kalau tak nak pening…hubungi Ikhlas Tours…mereka akan rancang Cuti di New Zealand senang nak faham cara orang kita kan…Senang nak cerita...In Sha Allah bisa di aturrrr… Itu je lah minggu ni…kita sambung minggu depan ya…Have a good week travel lovers! Rancang Pengembaraan
Perjalanan dari Malaysia ke New Zealand amat jauh, ambil masa 10 hingga 11 jam penerbangan. Untuk kembara ke sini, masa dan belanja banyak diperlukan. Kos tukaran matawang hampir 3 kali ganda untuk setiap Ringgit. Pada kami paling penting sekali adalah perancangan. Merancang kos, masa, cuti dan lain-lain. Untuk melancung sejauh ini kami syorkan buat perancangan terpeinci-jangka panjang. Kami syorkan 6 bulan atau lebih sebelum buat keputusan untuk ke sini. Elak buat keputusan di saat akhir. Kos penerbangan, kos penginapan, kos pengangkutan tidak akan menyebelahi anda jika tempahan dibuat dalam tempoh yang singkat. Penginapan di bandar pelancongan utama seperti Queenstown, Rotorua, Auckland perlu ditempah awal untuk mendapatkan penginapan dengan harga berpatutan. Fokus New Zealand sebuah negara yang luas. Dari utara ke selatan lebih 2,000km jaraknya. Seluruh New Zealand dari Cape Reinga hingga ke Bluff banyak lokasi atau aktiviti menarik. Setiap bandar, daerah ada keunikan tertentu. Anda perlu fokus padatempat-tempat menarik yang sesuai dengan tempoh kembara di New Zealand. Elak terlalu teruja baca blog atau catatan kembara orang lain, ingin ke semua tempat tanpa mengambil kira kesan pertukaran jam, jet-lag, tempoh memandu. Tempoh kembara, musim mereka kembara, atau konsep pengembaraan mereka mungkin berlainan dengan anda. Rancang masa perjalanan, jarak dan kos untuk setiap lawatan. Elak buat 'pit-stop' travel plan dan banyak habiskan masa di perjalanan. Tips : Rancang perjalanan untuk sampai ke penginapan sebelum hari gelap. Sesetengah tempat di South island agak terpencil. Waktu hari gelap berubah mengikut musim; pada musim winter hari akan gelap sekitar 5:00pm, musimsummer sekitar 9:00pm Kos Penerbangan Buat perbandingan antara syarikat penerbangan. Sekiranya menggunakanbudget airlines dari Malaysia atau Singapore, semak beberapa website seperti Air Asia, Jetstar, FlyScoot atau Virgin Airlines. Kebanyakan airlines ini akan stop-over/transit di Sydney, Melbourne atau Gold Coast. Pilih masa, tarikh, syarikat penerbangan yang paling competitive untuk sampai ke New Zealand samada menerusi Auckland, Christchurch, Queenstown, Wellington atau Dunedin. Sekiranya memilih full-board airlines, boleh semak Malaysia Airlines, Emirates atau Singapore Airlines. Tips : Ikhlas Tours boleh rancang pengembaraan anda dengan kos berpatutan samada bermula/berakhir dari Auckland, Christchurch, Queenstown, Wellington atau Dunedin Pandu sendiri & masak sendiri (Kembara DIY) Sekira emak atau isteri tak ikut sekali, kami syorkan belajar masak sendiri. Kos masak sendiri makanan berkhasiat di New Zealand, jauh lebih murah berbanding kos makanan siap, Tidak susah untuk mencari bahan mentah halal di sini. Jangan hanya terlalu bergantung pada mee segera atau pek makanan segera yang di bawa dari tanahair. Kos driver atau travel guide di sini amat tinggi. Untuk tour secara pensendirian dalam kumpulan kecil, lantik seorang yang boleh memandu. Memandu di sini sama dengan di Malaysia. Kenderaan juga hampir sama dengan model yang terdapat di Malaysia. Perlu memandu mengikut standard pemanduan New Zealand. Ikut had-laju, pastikan semua penumpang pakai seat-belt sepanjang masa, kanak-kanak di bawah 7 tahun menggunakan car seat. Dapatkan Sponsor Ramai juga yang datang ke sini melalui 'sponsor'. Ada yang di sponsor syarikat, jabatan atau universiti untuk lawatan sambil belajar. Ramai juga yang ditaja ahli keluarga atau kawan. Cari jalan untuk dapatkan sponsor kembara New Zealand secara percuma. Tukaran Matawang Ringgit - New Zealand Dollar Buat perbandingan beberapa tempat untuk dapatkan tukaran NZD paling menarik. Cari pengurup wang yang boleh tawarkan harga terbaik. Elak tukar matawang di bank atau di airport kerana kos operasi mereka tinggi. Jangan bawa Ringgit Malaysia ke New Zealand untuk tukar New Zealand Dollar, kadar tukaran Ringgit Malaysia terlalu rendah di sini. Tips : Elak tukar RM ke NZD sekaligus, tukar dua atau tiga kali. Teknik ini dipanggil 'averaging' untuk kurangkan kesan turun naik matawang. Kos aktiviti Pilih aktiviti yang hanya sesuai dan selaras dengan konsep kembara anda. Tidak perlu masuk aktiviti yang tidak digemari. Di New Zealand terdapat banyak tempat menarik FREE untuk orang awam yang tiada bayaran masuk. Buat sedikit 'homework' sebelum ke sini. Group Yang Ideal Paling ideal untuk kembara dalam kumpulan seramai 4-6 orang satu jantina atau satu keluarga. Sekiranya travel berdua atau tiga orang kos per head untuk share kos kenderaan adalah lebih tinggi berbanding empat orang. Sekiranya berlainan jantina bukan muhrim, perlu juga tambahan kos penginapan yang berasingan. Melancung Jangka Panjang Sekiranya datang melancong dalam tempoh yang panjang, mungkin boleh pertimbangakan beli kenderaan disini untuk kembara. Kos kereta second-hand yang masih elok amat murah disini. Selepas kembara, jual balik kenderaan ini. Cara ini biasa dibuat oleh pelancong dari Eropah yang mengembara dalam tempoh yang lama di New Zealand. Home Swap – Tukar Suka Sama Suka Cara ini juga biasa dilakukan. Seperti filem The Holiday (2006), seorang di Los Angeles dan seorang lagi di UK ingin menikmati pengalaman yang berbeza.Mereka tukar rumah dan kenderaan secara suka sama suka. Orang New Zealand mungkin teruja dengan keindahan Malaysia dan cara hidup di Malaysia dan orang Malaysia mungkin suka menginap di Farm House di New Zealand. www.kiwihouseswap.co.nz Belajar, Bekerja, Working for Holiday Visa Ramai juga yang melancong di sini secara 'indirect' samada menyambung pelajaran atau bekerja di sini. Untuk golongan muda, mungkin boleh pertimbangkan Working For Holiday Work Visa. Warganegara Malaysia berusia antara 18 - 35 tahun boleh menyertai skim ini untuk bekerja sambil mengembara.
|
Archives
June 2019
Categories |
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |