Pakej Jelajah New Zealand - Harga Menarik
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Travelog
    • Travel Tips and Tricks
    • Places to Visit >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact

Tips untuk dapatkan Pakej murah...memilih penerbangan yang sesuai

13/4/2016

0 Comments

 
KIA ORA!
 
Baru2 ni ada testing bahasa Melayu tulis blog…Alhamdulillah meletopsss! Hehe…bukan lupa ya…tulis bahasa lisan mcm ni meriah la kan…cuba suh tulis bahasa buku hehe…in sha Allah boleh, cuma berkurun skit nak siap…SPM dah lama abisss uolsss buat karangan BM dah berpuluh tahun kot…sama je kita tuuu…haha
 
Tapi memandangkan sambutan agak meriah…so minggu ni kita berbahasa Melayu la plak kannn…bak kata pepatah “takkan Melayu hilang di dunia”…gituuu…rindu nak bercerita dengan kawan2 la ni…kata “sharing is caring”!
 
Minggu ni Dira nak kongsi tips memilih flight untuk jimat kos bercuti di New Zealand.
 
Air Asia X saja ke yang murah?
 
Dari Kuala Lumpur ke New Zealand ada banyak syarikat penerbangan sebenarnya. Ada yang direct, ada yang stop over dan ada transit dari Australia (Sydney/ Melbourne atau Gold Coast); antaranya:-

MAS - Direct flight ke Auckland
Air Asia - Flight ke Auckland; stop over di Gold Coast
Emirates - Flight ke Auckland/Christchurch; stop over di Melbourne
Lain-lain Jetstar Airlines, FlyScoot, Virgin Australia, Qantas, China Southern dan lain-lain....banyak kannnn, macam mana nak pilih?

Untuk jawap soalan di atas, kita kena check ke mana destinasi kita dan bandingkan dengan tawaran syarikat penerbangan lain.
 
Memilih flight ke New Zealand
 
Ramai yang booking flight dulu sebab ada tawaran murah dari KL ke Auckland, lepas tu baru lah dok bincang dengan group, nak tour North Island ke South Island atau cover dua-dua sekali.
 
Tip pertama - Rilex...bertenang dan set kan objektif.
Sebelum abang atau akak beli tiket flight…fikir habis2...tanya balik soalan2 cepu emas ni…
        

Nak pegi mana?
  • Kembara North Island saja
  • Kembara South Island saja
  • Kembara North dan South Combo

Berapa hari/lama percutian?

Jangan la datang seminggu tapi nak cover North dan South, semua sekali…pengsan balik…tak sempat nak buat apa…penat atas jalan je, jet-lag lagi...ha ha..
 
Bab ni…boleh jugak baca blog “Cuti Santai New Zealand”…atau paling mudah…guna lah khidmat nasihat perancang percutian anda “Ikhlas Tours” kami akan advise…
 
Paling penting…Dari mana nak ke mana dulu …lepas tu baru book flight tiket hokay!
 



KEMBARA NORTH ISLAND SAHAJA
  • Kuala Lumpur (KUL)  – Auckland (AKL)
  • SIMPLE - Tak kisah flight mana-mana...asalkan turun di Auckland International Airport (AKL)…direct ataupun transit…ikut bajet dan masa masing2
  • Tempoh, kami suggest minimum 6H5M di North Island

​Sekiranya dari Kuala Lumpur (KUL), boleh ambil MAS, Air Asia X, Emirates atau Jetstar
Orang Johor, mungkin boleh ke Singapura (SIN), sebab lebih banyak airlines dari Changi; Singapore Airlines, FlyScoot, Jetstar, Emirates dan lain-lain.
Picture
KEMBARA SOUTH ISLAND SAHAJA
​

Ramai yang book return flight ke Auckland, sedangkan mereka ingin tour South Island. Lepas tu baru cari flight ke Christchurch (CHC).

Sebelum book, buat dulu kira-kira, masukkan kos domestik flight ke Christchurch (CHC), campur penginapan sekiranya perlu menginap di Auckland sebelum ke South island.


Jadi..macam mana?

Banding antara kos transit di Auckland atau transit di Sydney (SYD), Melbourne (MEL) atau Gold Coast (OOL) untuk ke South Island
                                                             
Ada beberapa pilihan, bandingkan kos flight untuk pilihan-pilihan berikut;

Kembara mula dan berakhir di Christchurch:

Pilihan 1, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch
                   (KUL -> AKL -> CHC -> AKL -> KUL)

Pilihan 2, Kuala Lumpur - transit di Australia - Christchurch
                   (KUL -> SYD/MEL/OOL -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL)

Kembara South Island juga boleh mula di Christchurch dan berakhir di Queenstown (ZQN) ...boleh buat macam ni ke? Akak ingat mesti habis kat Christchurch juga. Kenderaan macam mana?....Akak jangan risau, Ikhlas Tours boleh arrange kenderaan di semua airport utama seluruh New Zealand.

Pilihan 3, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch - Queenstown
                   (KUL -> AKL -> CHC -> ZQN ->  SYD/MEL/OOL -> KUL)

Pilihan 4, Kuala Lumpur - transit di Australia - Queenstown
​                   (KUL -> SYD/MEL/OOL -> ZQN -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL)
 
Akak juga boleh start dari Queenstown dan tamat di Christchurch.
Boleh juga mula dari Christchurch habis di Dunedin (DUD) atau DUD habis di CHC.....lah itu macam ke? akak ingat mesti habis di Christchurch juga...banyak sangat pilihannya.
 
Nota penting:
  • Minimum hari yang ideal untuk South Island saja 7H6M
  • Tak perlu ambil flight ke Auckland...buat research dulu, nanti Dira bagitau camne
  • Mungkin ramai fikir ada Airlines murah kalau turun di Auckland.
  • Tapi cuba kira balik…tambah kos “Domestic Flight” skali dengan “International Flight”…kadang2 lebih murah transit di Australia.
  • Ada yang kena bermalam kat Auckland tapi plan asal nak pegi South Island aje…dah buang masa dan tambah kos bermalam lagi..
  • Bandingkan kos keseluruhannya…jangan fikir “Oh book je dulu flight KL-Auckland tengah murah ni”
  • Paling best guna lah khidmat nasihat orang yang lebih arif kalau anda tak pasti…Jangan malu nak bertanya…Hubungi Ikhlas Tours
Picture
KEMBARA COMBO NORTH dan SOUTH ISLAND
​
  • Minimum hari yang ideal 11H10M
  • Yang ni boleh pilih tengok harga terendah untuk flight pegi mana dulu yang murah
  • Boleh start di South Island dulu atau North dulu bergantung pada harga flight
  • Boleh mix package, guna Ikhlas Tours motorhome di South danLeisure Tour (kenderaan dan penginapan di North)...boleh buat macam ni ker?...tak der sapa bagitau akak boleh buat lagu ni...mudah lah kalau gini, boleh rasa dua pengalaman berbeza.
 
Untuk combo, banyak sangat2 option flight, nak mula North dulu ke atau South dulu. Mula di Christchurch, Queenstown atau Auckland dulu?....kalau Dira nak list satu-satu tak habis Dira nak tulis kat blog ni sebab dekat sepuluh option perlu kita semak.

Gini jer, bincang dengan Ikhlas Tours, mereka akan suggest travel plan mengikut kesesuaian masa dsb dan kita guna "
aggregator" website yang boleh bagi cadangan untuk kita pilih flight paling murah.
Picture
SKYSCANNER
​

Biasanya, orang akan guna satu atau dua website saja untuk banding, memandangkan banyak airlines ke New Zealand, lebih mudah dan tepat guna aggregator seperti Skyscanner untuk dapatkan kos termurah.
 
Cut short dan paling senang untuk check semua skali dalam satu page…suka kannn.kannn…senang keje beb…
 
Pernah dengar “Skyscanner” tak? Kalau ada yang tak pernah dengar…lepas ni mesti sukaaa dan berterima kasih sebab senang nak rancang perjalanan ikut masa dan kos yang termurah…hehe
 
Apa tu Skyscanner?
 
Website  "aggregator" yang kita boleh guna untuk bandingkan harga semua Airlines di muka bumi ni... Sekarang dah zaman segalanya guna Apps…jadi boleh juga download Apps kat phone.
 
Jangan risau tak payah bayar apa2…Khidmat percuma uols…guna lah teknologi canggih sekarang…senang kerja...hehe
 
Kat sini sekaligus dapat banyak info:
  • List harga semua Airlines
  • Berapa transit dan di mana
  • Berapa lama perjalanan penerbangan
  • Boleh pilih pukul berapa flight pergi dan balik
  • Pukul berapa flight berlepas
  • Pukul berapa sampai
  • Boleh set notification untuk alert kalau harga pakej penerbangan turun atau naik
 
Mana nak check?
  • www.skyscanner.net
  • Skyscanner Apps…yang ni boleh download je kat phone…lagi senang boleh monitor selalu untuk dapat pakej penerbangan murah.
 
Info apa yang perlu?
  • Klik sebelah “Help” ada gambar bendera
  • Boleh pilih nak dalam English atau Bahasa Melayu
  • Pilih Negara / “Country” (Malaysia)
  • Pilih Matawang Ringgit Malaysia...jadi dia akan automatic kira harga dalam RM
  • Dari mana “From”- Contoh: taip “Kuala Lumpur” atau KUL
  • Ke mana “To”- Contoh: taip “ Auckland” (AKL); Christchurch (CHC) etc
  • Tarikh pergi
  • Tarikh balik
  • Berapa “Dewasa” dan “Kanak2” di bahagian Kabin/Pengembara
  • Dah masuk semua info di atas Klik “Cari Penerbangan”​
Picture
Picture
Picture
OK…boleh faham tak? hahaha…sorry kalau pening sikit tapi itulah secara ringkas benda yang uols perlu amik tau sebelum beli tiket flight…bukan apa...takut nanti plan kembara jadi terhad sebab dah beli tiket… kena tukar plan banyak dan kos meningkat tanpa kita sedar..
 
Kalau tak nak pening…hubungi Ikhlas Tours…mereka akan rancang Cuti di New Zealand senang nak faham cara orang kita kan…Senang nak cerita...In Sha Allah bisa di aturrrr…
 

Itu je lah minggu ni…kita sambung minggu depan ya…Have a good week travel lovers!
0 Comments

    Archives

    June 2019
    May 2019
    April 2016
    February 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Services  |  ​FAQ  |  Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT

© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.

Picture
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz
​
35 Whitney Street, New Windsor,
Auckland, New Zealand

  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Travelog
    • Travel Tips and Tricks
    • Places to Visit >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact