Jelajah New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • 5D/4N - Mini
      • 6D/5N - Popular
      • 7D/6N - Extra
      • 8D/7N - Super
    • South Island >
      • 7D/6N - Mini
      • 8D/7N - Popular
      • 9D/8N - Extra
      • 10D/9N - Super
    • Combo >
      • 10D/9N - Mini
      • 11D/10N - Popular
      • 12D/11N - Extra
      • 13D/12N - Super
    • You & Me >
      • North Island - 6D/5N
      • South Island - 7D/6N
    • Customised Tour
  • Motorhome
    • Campervan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact

Tips Coach Tour - Jelajah New Zealand

26/5/2019

0 Comments

 
Sesuai untuk group yang besar 20 pax ke atas. Coach tour ini biasanya di buat secara 'full board' atau half-board.

Pakej termasuk driver/tour guide. Rilex dan enjoy tempat lawatan mengikut jadual.
Harga Coach Tour ini lebih tinggi berbanding self-drive tour. Coach tour kami bukan setakat memandu je. Mereka di semuanya dah lama di New Zealand dan banyak pengalaman.

Tips  : 
  • Pastikan guna agent berdaftar yang ada reputasi dan pengalaman. 
  • Berhati-hati dengan pakej super murah/ terlajak murah sebab kos set-up pakej ini tinggi.(Pastikan tiada kos tersembunyi yang tidak dinyatakan)
Picture
Picture
​Seat In Coach
Seat In Coach ini lebih sesuai kepada pengambara solo atau berdua yang ingin kembara sendiri dan tidak memandu.
Konsep ini amat popular pada pengambara Eropah. Mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan bas/keretapi/ferry/flight.
Anda perlu buat research tentang transport network, connectivity, attractions etc bila buat plan Seat In Coach

Tips
  • Lebih sesuai sekira ada tempoh masa yang panjang untuk kembara.
  • Bincang dengan mereka berpengalaman aturkan plan / booking supaya kembara berjalan lancar.

Private Chauffeur - Khidmat Pemandu Peribadi

Kembara guna khidmat pemandu peribadi. Mudah, rilex sebab pemandu akan bawa sentiasa bersama anda sepanjang kembara di sini.

Harga pakej ini lebih tinggi kerana kos pemandu di sini tinggi.

Nota :

Kami berpengalaman uruskan pelbagai kaedah kembara. Kami uruskan guests dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Untuk FREE CONSULTATIONS tentang kembara New Zealand HUBUNGI KAMI
0 Comments

Tips naik Motor Homes - Jelajah New Zealand

26/5/2019

0 Comments

 
Picture

Naik kereta is so lame? Bak kata oghang kampung teman, "nak merase" naik Motor Homes pulok Yeop! Yes, jangan risau, dengan Ikhlas Tour kita boleh selesaikan impian bercuti anda tu. Call ajer deme tu.

Sambil tu, Yong Mira ( eh eh... masuk roh Peghak pulak) nak kabor kan tips kalau mike nak "try" Motor Homes di New Zealand ni.

Terdapat 3 jenis kenderaan tentang tour guna mobile homes.

1) Motorhome - sesuai untuk 4 hingga 6 orang setiap unit
2) Campervan - sesuai untuk berdua hingga 4 orang.
3) Caravan 

Kembara dengan mobile homes menjadi trend kebanyakan pelancong. Pada yang kali pertama, perlu faham tentang prosedurs penggunaan kenderaan ini. Ianya agak teknikal.  Tanya je Kat Team Ikhlas Tour.

CLICK blog kami tentang mobile homes ini. Yang mana sesuai untuk anda.

Tips : 
  • Elak guna mobile homes waktu peak season atau peak summer. Harga sangat mahal.
  • Pada  musim panas gak kurang selesa duduk dalam ruangan yang agak terbatas.
  • Elak travel dengan mobile homes dalam jangka masa yang lama.
  • Fikir tentang keselesaan kongsi ruangan yang sempit sekira travel dengan family yang ramai, anak-anak kecil atau bawa ibu bapa yang agak berusia.
  • Elak buat jadual yang terlalu padat,
  • Serasi dulu kenderaan ini sebelum mula perjalanan, sebab saiz kenderaan ini besar dan berat hampir 3500 kg berbanding kereta biasa sekitar 1500kg.
  • Hubungi kami untuk bincang sebab mobile homes ini agak teknikal dari segi pemanduan,pengelenggaran, insurance dan lain-lain.

Nampok? Paham ke mike mike semue?  Yong Mira harap tips ni dapat beri heads up ye untuk planning jelajah New Zealand.
0 Comments

Tips Self Drive - Jelajah New Zealand

26/5/2019

0 Comments

 
Picture
Hi Travel lovers!

Sebagai traveler, Self Drive atau memandu sendiri merupakan antara kaedah paling popular untuk jelajah New Zealand. Kaedah ini lebih flexible, mudah dah kos yang rendah. Self Drive popular pada mereka yang ingin kembara tanpa jadual yang padat, bergerak sendiri bersama keluarga dan buat aktiviti pilihan sendiri. Keluarga kita, jadi kita lebih faham dengan kerenah masing2 lebih lebih lagi yang ada anak kecil dan warga emas.


Untuk tempoh kembara yang pendek (kurang dari sebulan), biasanya pelancong menyewa kenderaan. Tambahan pula harga kereta sewa di New Zealand adalah berpatutan.

CLICK SINI untuk pilihan kenderaan sewa.

​
Sekira melancong dalam jangka masa panjang, mungkin boleh beli sebuah kenderaan yang sesuai atau pilih long term lease. Beli? iye... jangan terkejut, memang ramai travellor akan beli kenderaan di sini kerana ianya murah dan prosesnya mudah. Apabila travellor ingin pulang, kenderaan tersebut akan dijual semula.

  1. Elak travel plan terlalu padat
  2. Buat research tentang jarak, musim dsb. Jangan hanya guna google untuk estimate masa. 
  3. Elak Self-Drive cara redah atau dapat khidmat nasihat dari mereka yang kurang pengalaman
  4. Elak share itinenary orang lain. Plan perjalanan, musim, ahli dan wish list mereka mungkin berbeza.
  5. Pastikan anda berpengalaman dan confident memandu.
  6. Yang bawa anak kecil, latih anak duduk atas car seat supaya anak tidak merenget bila terpaksa duduk atas car seat di sini. Pemakaian car seat adalah wajib untuk semua anak kecil berumur 7 tahun ke bawah. Untuk maklumat lanjut click link ini: https://www.nzta.govt.nz/safety/vehicle-safety/safety-belts-and-restraints/child-restraints/using-child-restraints-in-new-zealand/
  7. Pastikan bawa lesen memandu yang sah dan tidak tamat tempoh. Lesen memandu dwi bahasa ye.
  8. Di larang memakir kenderaan di garisan kuning! Di New Zealand, anda dibenarkan memakir di tepi jalan (off street) jika ianya bukan garisan kuning. Sila tanya team Ikhlas Tour untuk maklumat lanjut.
  9. Anda hanya dibenarkan menggunakan median lane untuk menukar lorong.
  10. SIla patuhi had laju lalu lintas.Contohnya jika di motorway (highway) had laju adalah 100kmj, jalan bandaran 50kmj dan jangan berhenti di hentian bas.
  11. Haiwan ada di mana2. Terutamanya jika anda travel musim bunga ada banyak baby animals terutamanya di South Island. seperti kambing biri2, itik, kambing,lembu, arnab dan macam2 lah.Alahai...comei comei belaka mereka ni .Oleh itu, hati2 okay.
  12. Tips ke terakhir dan yang paling penting ialah ENJOY! Name pun nak jelajah New Zealand kan. ambil masa dan nikmati permandangan disekeling. Bersedia untuk slow down dan stop banyak kali. Rehat secukupnya. Elak terus memandu jauh sebaik sahaja tiba di sini.
0 Comments

9 Tips tenangkan anak takut/bosan naik kapal terbang

26/5/2019

0 Comments

 
Picture
ekarang merupakan musim cuti sekolah di New Zealand. Pasti ramai yang ingin membawa anak2 berjalan musim cuti sekolah ni atau pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga. Baru baru ini Mira dan keluarga travel ke South Island, New Zealand untuk menghabiskan cuti musim panas kami. Kami menaiki kapal terbang  di mana perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam dari Auckland ke Christchurch. Walaupun perjalanannya sekejap, tapi dah setahun lebih kami tak naik kapal terbang. Ada juga lah perasaan nervous dalam hati tu.

Yang dewasa pun ada rasa nervous, bayangkan lah pula perasaan anak anak kan? Di sini Mira sharekan tips dari pengalaman Mira mengatasi rasa takut / bosan anak ketika menaiki kapal terbang.
 
Umur 0 – 6 tahun:

1) Pilih tempat duduk yang selesa untuk anak kecil
 
Bermula dari memilih tempat duduk lagi, pilihlah tempat duduk ‘priority’ atau yang mempunyai kawasan extra. Mira tak cadang tempat duduk paling belakang yang dekat dengan tandas sebab tempat laluan orang lalu lalang dikuatikiri mengganggu anak yang mahu tidur.
Jika anak anda pertama kali menaiki kapal terbang, jangan duduk di tepi tingkap.takut dia gayat dengan perubahan ketinggian semasa take off atau landing.
 
2) Siapkan bekal makanan dan minuman
 
Jika anak anda masih menyusu, beri dia susu ketika take off dan landing atau pun apape snack kegemarannya waktu ini. Pepatah yang mengatakan perut kenyang suka hati tu bertepatan dengan keadaan ini. Perhatian anak anda akan lari daripada rasa takut ketika dia seronok menikmati makanan dan minuman kegemarannya.
 
3) Bawa permainan kegemaran
 
Jika anda membawa anak kecil, Mira cadangkan supaya anda travel light kerana focus utama anda ialah anak.Berikan anak anda beg khas untuk dirinya dan pilihlah mainan kegemarannya untuk di bawa naik kapal terbang.Tapi, harus diingat, anda dilarang membawa mainan berbentuk senjata seperti pistol, pisau,panah,bom mainan.Ianya dilarang imigresen.Mira terpaksa belajar perkara ini dengan cara susah. Mira pernah bawa pistol mainan yang ada lampu dan bunyi2 tu.tak pasal2 abang imigresen kena simpan.Ingat lagi wajah anak Mira ketika abag imigresen ‘simpan’ pistol mainannya.satu hal lagi nak pujuk pula beli mainan lain.
 
4) Siapkan aktiviti2 berlainan dan beri satu-satu
 
Yang ini muslihat penting untuk parents.Katakanlah anda bawa 4- 5 mainan. Usah beri semua sekali gus. Biar dia main sampai bosan satu satu mainan tersebut. Jika anda kreatif, balutlah aktiviti2 berkenaan seperti hadiah dan dijadikan kejutan. Contohnya, Jika anak anda behave, anda akan reward dia dengan hadiah. Antara aktiviti2 yang Mira lakukan adalah seperti buku mewarna, puzzle kayu, sticker, main sep sep tom tom tom, main osom, baca buku, menonton movie, main abc dan macam2lah.
 
5) Pujuk anak tidur , Terbang waktu malam
 
Timing kena cun orang kata.macam tu juga dengan anak2 ni. Mira mmg gemar terbang diwaktu malam kerana anak tak Nampak apa yang berada di luar dan lebih mudah memujuk anak untuk tidur. Biarlah anak main puas-puas sebelum terbang jadi mudah untuk mereka berehat.Kadang2 Mira suka anak mira tidur masa nak dekat2 boarding. Dukung je anak tu naik kapal terbang,
 
6) Bawa barang secukupnya
 
Yang ni Mira bagitau bawa barang anak ye. Bukan barang ibu ayah yang banyak.heheheh.Siapkanlah selimut, ubat ubatan anak, susu, lampin,baju lebih, tisu basah, jaket, stoking dan minyak angina untuk anak2 anda.
 
Bagaimana pula kalau anak dah besar. Jangan ingat bila dah besar sikit anak tak takut. Sekali lagi Mira terpaksa belajar perkara ini ‘ in a hard way’. Bayangkan tetiba anak anda menjerit “Oh No, We’re going down! Satu kapal tengok wei.
 
 
Umur 7 ke atas:

7) Berbincang dengan anak
 
Untuk anak yang dah besar sikit, kita bawa berbincang, cakap elok2. Beritahu dia its ok untuk rasa takut kerana semua orang ada rasa takut. Jika dia boleh faham, terangkan proses take off dan landing itu. Manage expectation anak anda. Mungkin anda boleh terangkan, memang normal rasa geli atau gayat bila ada perubahan ketinggian yang cepat seperti naik gelongsor.hahahha.Hopefully it makes sense to them.
 
8) Sediakan gadjet / entertainment yang secukupnya
 
Jika anak dah besar skit, payah lah pulak nak bagi buku mewarna kan. Aktivitinya berubah lah skit.Lebih kepada teknologi. Install la game, movie dan lagu kegemaran untuk alihkan rasa takut.
 
9) Berdoa
 
Bila anak dah besar sikit, boleh ajar dia berdoa. Didiklah anak untuk mohon perlindungan pada yang Maha Kuat. Boleh juga berzikir kalimat2 suci supaya tenang sikit hati anak anda. Mira pun buat juga dalam hati.
 
Never say No for travelling. Selamat mencuba.

Ke mana destinasi percutiaan anda seterusnya? Jom lah ke New Zealand. Team Ikhlas Tour sedia membantu. Call us now.
 ​
0 Comments

Bila Mira nak Jalan – Jalan : Tour Agen atau Plan Sendiri ?

26/5/2019

0 Comments

 
Picture
Pejam celik pejam celik dah bulan November. Mungkin di Malaysia anak- anak sudah mula cuti sekolah. Pada pelajar yang mengambil SPM / STPM pada tahun ni, Mira ucapkan “Selamat Berjuang”. Di New Zealand, cuti sekolah bermula pertengahan December ni. Lebih kurang lagi satu bulan! Lamanya. Sebenarnya Mira dah tak sabar nak bercuti dan menunggu anak Mira cuti sekolah.Sebab…. Mira nak ke South Island semasa cuti krismas tahun ini.wohoo!

Pada Mira bercuti / Travel adalah sangat penting. Selain daripada seronok, ia dapat menyegarkan minda anda semula. Masa yang terbaik untuk menilai apa yang telah anda lakukan sepanjang tahun ini dan merancang semula urusan anda tahun depan. Mira bukan migrate ke New Zealand untuk mengejar kekayaan, tapi lebih kepada nak  mencari ketenangan dan menikmati nikmat dan ciptaan yang tuhan berikan. InsyaAllah…


​Plan Travel Sendiri atau Agen lagi best?
Dalam membuat perancangan travel atau percutian, pasti ada yang tertanya2, mana lagi best plan sendiri atau guna khidmat agen? Selama Mira travel sebelum2 ni, Mira belum pernah lagi travel menggunakan perkhidmatan agen. Biasalah….seperti orang yang lain, Mira pikir guna agen ni, mesti mahal kan. Tapi sejak akhir akhir ni, Mira bertanya sendiri. Betul ke lebih murah plan sendiri?  Jom tengok perbandingan Mira.
​
Picture
Senarai Harga Plan Sendiri: Harga Accomodation adalah berdasarkan website Booking.com pada tarikh 12/11/2018

1)Tour Agen tak semestinya lebih mahal
 
Plan sendiri ‘rasanya’ lebih murah. ‘Rasa’ lebih murah kerana kosnya dibayar sedikit demi sedikit. Ikut pengalaman Mira plan sendiri, mungkin Mira boleh jimatkan kos di bahagian penginapan.
 
Tapi rupa-rupanya, baru mira tahu yang agen mempunyai harga istimewa untuk tempat2 penginapan. Mungkin dengan jumlah yang sama, kita  mampu menginap di tempat yang lebih selesa melalui agen.
 
Cerita je tak best kan. Yang penting, “ What’s the number / figure?” So Mira cube senaraikan perbandingan harga antara plan sendiri dan harga Tour bersama Ikhlas Tour mengikut family kecil Mira 2 Dewasa dan seorang kanak- kanak

Ilustrasi Contoh:
South Island Trip 7D/6N
3Pax – 2 Adults 1 kids
Date: 18/12/2018 – 24/12/12/2018
Picture
Harga Pakej Ikhlas Tour
Picture
Agen VS Plan Sendiri Cost
Berdasarkankan ilustrasi di atas, dengan plan sendiri Mira akan dapat jimat $383.12 kan? Tapi tahukah anda, jika anda tambah $383.12 tu melalui Agen Mira akan dapat :
 
  1. Jimat Masa kerja dan masa bersama keluarga (tak ternilai)
  2. Tour Instruction
  3. Safe Driving tips –
  4. Itinerary
  5. NZ Prepaid Sim Card (ni je dah jimat dalm $25)
  6. Halal Directory – Tak perlu runsing2 kat mana nak makan
  7. Safe Travel Consultancies
 
Mana Best?
 
2)Pengalaman tu penting
 
Tak dinafikan maklumat semua dihujung jari. Dengan adanya internet, Mira boleh booking tiket penerbangan, hotel, kenderaan and tempat lawatan sendiri. Kadang2 buat plan sendiri kita boleh follow baca blog orang,  atau ikut itinerary mereka.
 
 Apakah bezanya dengan tour agen?
 
So, Mira pun bertanyalah pada Abang Suhaimi dan Kak Zakiah, tour manager di Ikhlas Tour sejak 5 tahun dahulu. Mereka berdua ni dah menetap di sini lebih dari 10 tahun dan dah menuguruskan pelbagai tetamu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, dan Brunei.
 
Destinasi yang Mira nak pergi di South Island , dah berkali2 dilawati tour agen.Inilah antara ‘added value’ yang anda boleh Tanya terus kepada agen. Mereka juga boleh memberi lebih maklumat tentang sesuatu destinasi jika anda ambil perkhidmatan ‘tour guide’ . Semua plan adalah ‘personalised’ mengikut tempoh masa, kos, preference pelancong, kapasiti pelancong, umur dan musim travel.
 
Sebagai contoh, ramai traveller mahu terus naik flight ke south island pada hari yang sama touch down ke Auckland.Mengapa selalunya agen tidak galakkan? Selalunya Agen akan nasihat untuk tidur dahulu semalam di Auckland dan sambung semula perjalanan ke south pada keesokkan harinya. Abang Suhami kata…, Ini kerana perubahan cuaca.Jika traveller datang dari negara khatulistiwa dan sampai di negara 4 musim, dikuatiri  menganggu kesihatan.Ramai yang demam atau jatuh sakit semasa melancong.tak best la kan melancong sakit.Sebab tulah tour agen nasihat beri masa pada badan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.Bukanlah sebab nak charge lebih penginapan.
 
Best kan ada orang berPENGALAMAN?
 
3)Jimat Masa dan Mudah
Picture
Atok dan nenek buta IT. Suami pula tak mo amik port.Dia bayar je.hehehe. Anak2 pula….tgk youtube tau le.So…, siapa yang perlu luangkan masa dan tenaga untuk merancang percutian? Kaum ibu la….selalunya lah. (same le…). Nak merancang percutian ni, perlu BANYAK masa untuk buat ‘research’.  Nak ‘research’ tiket penerbangan, penginapan, restoran,pengangkutan….macam macam lagi lah. Ianyanya memerlukan anda mengorbankan masa anda sendiri, masa anda bersama keluarga dan masa anda berkerja. Sudahnya stress.                      
Mudah kan jika ada agen?
 
 
4)Jaminan
Picture
Point terakhir tapi tak kurang pentingnya ialah Jaminan. Tiada siapa pun yang boleh nak beri anda Jaminan. Tour agen juga tak mampu. Orang kata, malang tak berbau.Kalau sesuatu perkara buruk nak berlaku tu dia berlaku.
 
Cumanya…, melalui tour agen, adalah juga tempat untuk dirujuk atau minta bantuan khidmat nasihat atau pendapat bila berlaku sesuatu musibah. Travel Consultation akan diberikan oleh Agen akan berikan nasihat yang terbaik untuk pastikan percutian yang best dan selamat. Insuran Perjalanan pun termasuk sekali dalam pakej.Nak isi borang imigresen pun mudah ada point of contact.The Best!
 
Anda dah rancang ke aktiviti cuti sekolah tahun ni? Bagi yang bijak, dah mula merancang aktiviti cuti untuk tahun depan pun. Click sini untuk Cuti Malaysia 2019.
 
Mahu kami bantu merancang percutian anda?
Hubungi Kami
ikhlas.tours@gmail.com
facebook.com/ikhlastours
www.ikhlastours.co.nz
 

Suhaimi Mohamad
ikhlas.tours@gmail.com
+64 2120 91079 / WhatsApp
 
Nor Zakiah Abdul Hamid
ikhlas.tours@gmail.com
+64 2239 81091 / WhatsApp
 
Office Address
12 Ventura Street, Mangere,
Auckland, New Zealand
0 Comments

    Archives

    June 2019
    May 2019
    April 2016
    February 2016

    Categories

    All

    RSS Feed

Picture

Services  |  ​FAQ  |  Term & Conditions | OUR GUESTS | CONTACT

© 2019 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
・ Webmaster ・

Picture
Call:: +64 2120 91079 / +64 2239 8109
Email: info@ikhlastours.co.nz
​
12 Ventura Street, Mangere,
Auckland, New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • 5D/4N - Mini
      • 6D/5N - Popular
      • 7D/6N - Extra
      • 8D/7N - Super
    • South Island >
      • 7D/6N - Mini
      • 8D/7N - Popular
      • 9D/8N - Extra
      • 10D/9N - Super
    • Combo >
      • 10D/9N - Mini
      • 11D/10N - Popular
      • 12D/11N - Extra
      • 13D/12N - Super
    • You & Me >
      • North Island - 6D/5N
      • South Island - 7D/6N
    • Customised Tour
  • Motorhome
    • Campervan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact