Rancang Pengembaraan
Perjalanan dari Malaysia ke New Zealand amat jauh, ambil masa 10 hingga 11 jam penerbangan. Untuk kembara ke sini, masa dan belanja banyak diperlukan. Kos tukaran matawang hampir 3 kali ganda untuk setiap Ringgit. Pada kami paling penting sekali adalah perancangan. Merancang kos, masa, cuti dan lain-lain. Untuk melancung sejauh ini kami syorkan buat perancangan terpeinci-jangka panjang. Kami syorkan 6 bulan atau lebih sebelum buat keputusan untuk ke sini. Elak buat keputusan di saat akhir. Kos penerbangan, kos penginapan, kos pengangkutan tidak akan menyebelahi anda jika tempahan dibuat dalam tempoh yang singkat. Penginapan di bandar pelancongan utama seperti Queenstown, Rotorua, Auckland perlu ditempah awal untuk mendapatkan penginapan dengan harga berpatutan. Fokus New Zealand sebuah negara yang luas. Dari utara ke selatan lebih 2,000km jaraknya. Seluruh New Zealand dari Cape Reinga hingga ke Bluff banyak lokasi atau aktiviti menarik. Setiap bandar, daerah ada keunikan tertentu. Anda perlu fokus padatempat-tempat menarik yang sesuai dengan tempoh kembara di New Zealand. Elak terlalu teruja baca blog atau catatan kembara orang lain, ingin ke semua tempat tanpa mengambil kira kesan pertukaran jam, jet-lag, tempoh memandu. Tempoh kembara, musim mereka kembara, atau konsep pengembaraan mereka mungkin berlainan dengan anda. Rancang masa perjalanan, jarak dan kos untuk setiap lawatan. Elak buat 'pit-stop' travel plan dan banyak habiskan masa di perjalanan. Tips : Rancang perjalanan untuk sampai ke penginapan sebelum hari gelap. Sesetengah tempat di South island agak terpencil. Waktu hari gelap berubah mengikut musim; pada musim winter hari akan gelap sekitar 5:00pm, musimsummer sekitar 9:00pm Kos Penerbangan Buat perbandingan antara syarikat penerbangan. Sekiranya menggunakanbudget airlines dari Malaysia atau Singapore, semak beberapa website seperti Air Asia, Jetstar, FlyScoot atau Virgin Airlines. Kebanyakan airlines ini akan stop-over/transit di Sydney, Melbourne atau Gold Coast. Pilih masa, tarikh, syarikat penerbangan yang paling competitive untuk sampai ke New Zealand samada menerusi Auckland, Christchurch, Queenstown, Wellington atau Dunedin. Sekiranya memilih full-board airlines, boleh semak Malaysia Airlines, Emirates atau Singapore Airlines. Tips : Ikhlas Tours boleh rancang pengembaraan anda dengan kos berpatutan samada bermula/berakhir dari Auckland, Christchurch, Queenstown, Wellington atau Dunedin Pandu sendiri & masak sendiri (Kembara DIY) Sekira emak atau isteri tak ikut sekali, kami syorkan belajar masak sendiri. Kos masak sendiri makanan berkhasiat di New Zealand, jauh lebih murah berbanding kos makanan siap, Tidak susah untuk mencari bahan mentah halal di sini. Jangan hanya terlalu bergantung pada mee segera atau pek makanan segera yang di bawa dari tanahair. Kos driver atau travel guide di sini amat tinggi. Untuk tour secara pensendirian dalam kumpulan kecil, lantik seorang yang boleh memandu. Memandu di sini sama dengan di Malaysia. Kenderaan juga hampir sama dengan model yang terdapat di Malaysia. Perlu memandu mengikut standard pemanduan New Zealand. Ikut had-laju, pastikan semua penumpang pakai seat-belt sepanjang masa, kanak-kanak di bawah 7 tahun menggunakan car seat. Dapatkan Sponsor Ramai juga yang datang ke sini melalui 'sponsor'. Ada yang di sponsor syarikat, jabatan atau universiti untuk lawatan sambil belajar. Ramai juga yang ditaja ahli keluarga atau kawan. Cari jalan untuk dapatkan sponsor kembara New Zealand secara percuma. Tukaran Matawang Ringgit - New Zealand Dollar Buat perbandingan beberapa tempat untuk dapatkan tukaran NZD paling menarik. Cari pengurup wang yang boleh tawarkan harga terbaik. Elak tukar matawang di bank atau di airport kerana kos operasi mereka tinggi. Jangan bawa Ringgit Malaysia ke New Zealand untuk tukar New Zealand Dollar, kadar tukaran Ringgit Malaysia terlalu rendah di sini. Tips : Elak tukar RM ke NZD sekaligus, tukar dua atau tiga kali. Teknik ini dipanggil 'averaging' untuk kurangkan kesan turun naik matawang. Kos aktiviti Pilih aktiviti yang hanya sesuai dan selaras dengan konsep kembara anda. Tidak perlu masuk aktiviti yang tidak digemari. Di New Zealand terdapat banyak tempat menarik FREE untuk orang awam yang tiada bayaran masuk. Buat sedikit 'homework' sebelum ke sini. Group Yang Ideal Paling ideal untuk kembara dalam kumpulan seramai 4-6 orang satu jantina atau satu keluarga. Sekiranya travel berdua atau tiga orang kos per head untuk share kos kenderaan adalah lebih tinggi berbanding empat orang. Sekiranya berlainan jantina bukan muhrim, perlu juga tambahan kos penginapan yang berasingan. Melancung Jangka Panjang Sekiranya datang melancong dalam tempoh yang panjang, mungkin boleh pertimbangakan beli kenderaan disini untuk kembara. Kos kereta second-hand yang masih elok amat murah disini. Selepas kembara, jual balik kenderaan ini. Cara ini biasa dibuat oleh pelancong dari Eropah yang mengembara dalam tempoh yang lama di New Zealand. Home Swap – Tukar Suka Sama Suka Cara ini juga biasa dilakukan. Seperti filem The Holiday (2006), seorang di Los Angeles dan seorang lagi di UK ingin menikmati pengalaman yang berbeza.Mereka tukar rumah dan kenderaan secara suka sama suka. Orang New Zealand mungkin teruja dengan keindahan Malaysia dan cara hidup di Malaysia dan orang Malaysia mungkin suka menginap di Farm House di New Zealand. www.kiwihouseswap.co.nz Belajar, Bekerja, Working for Holiday Visa Ramai juga yang melancong di sini secara 'indirect' samada menyambung pelajaran atau bekerja di sini. Untuk golongan muda, mungkin boleh pertimbangkan Working For Holiday Work Visa. Warganegara Malaysia berusia antara 18 - 35 tahun boleh menyertai skim ini untuk bekerja sambil mengembara.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
June 2019
Categories |
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |