Western Springs
Western Springs merupakan sebuah taman perlindungan hidupan liar di bandar Auckland. Taman ini didiami oleh pelbagai jenis burung termasuk juga itik, angsa dan ayam hutan. Di taman ini terdapat tasik semulajadi yang merupakan punca air minuman utama penduduk Auckland pada masa lampau, yang telah menjadi habitat burung-burung ini. Bersiar-siar dan berkelah di taman ini sambil memberi makan pada itik/angsa di tasik adalah salah satu aktiviti hujung minggu yang digemari penduduk setempat.

Parnell Rose Garden
Terletak di tengah-tengah bandar Auckland, Parnell Rose Garden ialah antara tempat yang mesti dilawati sekiranya anda tiba pada musim bunga atau awal musim panas (October sehingga Februari). Di taman ini terdapat bunga mawar pelbagai jenis dan pelbagai saiz dengan haruman yang mengasyikkan. Pada bulan November setiap tahun diadakan Parnell Rose Festival di sini yang menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan luar negara.

West Haven Marina
Auckland 'The City of Sails' adalah sebuah bandar yang paling banyak kapal layar dengan nisbah penduduk dan kapal layar adalah 4:1, iaitu nisbah tertinggi berbanding bandaraya lain. Kesempatan melawat dan bergambar di West Haven Marina dengan berlatar belakangkan ratusan kapal layar pelbagai jenis seharusnya tidak dilepaskan apabila telah sampai di Auckland.

Mount Eden Volcanic Domain
New Zealand merupakan sebuah negara yang penuh dengan kesan tinggalan gunung berapi. Ini menghasilkan kawasan tanah tinggi, bukit-bukau dan kawah yang menjadikan bentuk mukabumi yang beralun-alun. Di Auckland sahaja terdapat hampir 50 gunung berapi yang sudah tidak aktif. Mount Eden dengan ketinggian 196 meter adalah puncak paling tinggi di Auckland. Anda bukan sahaja dapat menikmati panorama menarik 360 degree di puncak Mount Eden, tetapi juga melihat kawah gunung berapi yang besar yang kini telah ditumbuhi dengan rumput hijau dan menjadi padang ragut kambing biri-biri.

Nak petik strawberry, epal?? Hubungi kami untuk ke ladang