|
KIA ORA! Hey there travel lovers…it’s been a great and hectic week for me…hope you had an awesome week too :) If you read my last topic was about North Island…dah baca ke? So confident people follow my blog kan…haha…you should hokayyy cause I’m helping you save your time browsing info about NZ…hihi This time around…it’s about the first city when you touch down in the North Island…can you guess?? AUCKLAND CITY also known as CITY OF SAILS The place where I currently live in…but don't expect the city here to be like KL…Singapore…Bangkok…Jakarta, that you can go crazy about shopping…hehe...honestly my personal opinion New Zealand is not a shopping heaven but it's nature heaven…Having said that it’s not like there’s nothing to shop here la…haha…Good to buy their local famous products like Manuka Honey, Cosmetic and Beauty Care etc…and for outdoor people Kathmandu and Macpac stuff is super crazy here… Cut it short…if you wonder “Auckland City ada apa?” “ Where should I go?” “What can I do?”...banyak la plak soalan cepu emas kannn….here goes the summary for you ;) Best View not to be missed:
Park in the City… Best “lepak” place ever for me where I go for evening run…bring my daughter for a walk…picnic with friends and family…a must during Spring
Shopping?
Culture…Arts…Museum
Things to do
Eateries…Halal ya (lots more in the list which Ikhlas Tours will share with you when you use their service)
Cafes…
Masjid/Prayer Hall...
There goes the city that i fell in love with...Auckland...the first city you will step in when you arrive in the North Island...
there's always something here in New Zealand that will amaze you... Don't forget to contact Ikhlas Tours to assist you create your holiday journey moment... Till then...talk to you guys soon travel lovers...have a great week ahead! Hunua Falls merupakan salah satu Regional Park di New Zealand. Jaraknya hanya 60 km dari bandar Auckland. Daya tarikan yang ada di sini adalah air terjunnya yang cantik, dingin, nyaman dan boleh bermandi-manda. Sesuai untuk picnic bersama keluarga dan boleh juga tracking bagi yang meminati aktiviti outdoor. Air terjun yang sejuk dan cantik Picnic bersama keluarga
Auckland Domain merupakan taman yang tertua di Auckland. Jaraknya hanya 2.5 km dari pusat bandar. Di sini kita berpeluang melawat Domain Wintergardens yang terdapat bunga-bungaan cantik beraneka warna. Auckland War Memorial Museum pula menyimpan pelbagai sejarah New Zealand, dan ada kolam itik serta taman-taman hijau sesuai untuk aktiviti jogging dan bersiar-siar. Terdapat juga padang yang luas menghijau untuk mereka yang berminat dengan aktiviti sukan. Western Springs Western Springs merupakan sebuah taman perlindungan hidupan liar di bandar Auckland. Taman ini didiami oleh pelbagai jenis burung termasuk juga itik, angsa dan ayam hutan. Di taman ini terdapat tasik semulajadi yang merupakan punca air minuman utama penduduk Auckland pada masa lampau, yang telah menjadi habitat burung-burung ini. Bersiar-siar dan berkelah di taman ini sambil memberi makan pada itik/angsa di tasik adalah salah satu aktiviti hujung minggu yang digemari penduduk setempat. Parnell Rose Garden Terletak di tengah-tengah bandar Auckland, Parnell Rose Garden ialah antara tempat yang mesti dilawati sekiranya anda tiba pada musim bunga atau awal musim panas (October sehingga Februari). Di taman ini terdapat bunga mawar pelbagai jenis dan pelbagai saiz dengan haruman yang mengasyikkan. Pada bulan November setiap tahun diadakan Parnell Rose Festival di sini yang menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan luar negara. West Haven Marina Auckland 'The City of Sails' adalah sebuah bandar yang paling banyak kapal layar dengan nisbah penduduk dan kapal layar adalah 4:1, iaitu nisbah tertinggi berbanding bandaraya lain. Kesempatan melawat dan bergambar di West Haven Marina dengan berlatar belakangkan ratusan kapal layar pelbagai jenis seharusnya tidak dilepaskan apabila telah sampai di Auckland. Mount Eden Volcanic Domain New Zealand merupakan sebuah negara yang penuh dengan kesan tinggalan gunung berapi. Ini menghasilkan kawasan tanah tinggi, bukit-bukau dan kawah yang menjadikan bentuk mukabumi yang beralun-alun. Di Auckland sahaja terdapat hampir 50 gunung berapi yang sudah tidak aktif. Mount Eden dengan ketinggian 196 meter adalah puncak paling tinggi di Auckland. Anda bukan sahaja dapat menikmati panorama menarik 360 degree di puncak Mount Eden, tetapi juga melihat kawah gunung berapi yang besar yang kini telah ditumbuhi dengan rumput hijau dan menjadi padang ragut kambing biri-biri. Nak petik strawberry, epal?? Hubungi kami untuk ke ladang
|
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
February 2018
|
|