Oleh Mira Shahrul Nyenyak sungguh tidur malam tadi di Motel Rosewood Court Motel. Tempatnya bersih, layanan yang mesra dan fasiliti motel yang cukup selesa buat kami sekeluarga. Langsung takde sindrom susah nak tidur beralih tempat. Memang terasa segar bangun pagi sambil menghirup udara bersih New Zealand, kedengaran kicauan burung (bukannya hon jam) sambil menikmati kopi panas yang disediakan di pantry Motel. Ni antara keuntungan travel dengan tour agent ni, tempat penginapan yang dipilih tu memang dah ‘consider’ cita rasa pelanggan.Ok lah, Mira dah sedia nak tour ke destinasi seterusnya. Mira nak pergi ke….. DUNEDIN. Perjalanan dari Christchurch ke Dunedin mengambil masa lebih kurang 5 jam mungkin lebih kerana asyik stop. Air Force MuseumDalam perjalanan mula menghala ke Dunedin sebelum bermula Motorway (Highway), ternampak papan tanda Air Force Museum belok ke kiri. Nak singgah ke tak singgah? Bicara kami sekeluarga, Sebab semalam rasa seronok pergi ke Canterbury Museum. Tertanya Tanya di dalam hati ni apa yang menariknya pula dia Air Force Museum? Akhirnya kami putuskan untuk singgah ke Air Force Museum yang terletak di bekas pangkalan udara, Wigram, Christchurch. Tempat parkingnya luas , agak2 Mira boleh muat dalam seratus kenderaan dalam sesuatu masa. Apa yang boleh anda lihat? Antara yang menarik ialah pameran “ War in the Air” melalui gambar, filem dan artifak, ia menceritakan tentang perang udara pertama dari sudut pandangan rakyat New Zealand yang terlibat.Pengalaman menarik di sini, kami dapat merasa pengalaman banduan perang yang ditangkap semasa perang secara interaktif. Pernah anda terfikir bagaimana banduan perang hidup? Apa yang boleh di buat? Bukan setakat tengok, anda juga boleh mencuba ‘Mosquito Mission’ Flight Simulator di sini.Hmmm….nak halau nyamuk ke? Selain itu, di Muzium ini juga, anda boleh book Sambutan Hari Jadi dan Group visit. Nak sambut hari jadi anak anda di sini bertemakan tentera udara? Call Ikhlas Tours Team sekarang. Point Katiki LighthouseSeterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Dunedin. Kami melalui beberapa pekan kecil seperti Geraldine Timaru, dan Oamaru. Anda akan dapat lihat permandangan pantai yang cantik bermula dari Oamaru. Pitstop kami seterusnya ialah Point Katiki Lighthouse. Lighthouse ini pertama kali dibuka ialah pada 22 April 1878. Sebab utama lighthouse ini di bina kerana telah sering kali berlaku kemalangan di tebing laut bagi kapal kapal yang dalam perjalanan ke Port Chalmers. Pada tahun 1975, Lighthouse ini telah mula beroperasi secara automatik. Selain dari Lighthouse dan sejarahnya, Jika anda ke sini, anda akan dapat lihat permandangan laut selatan yang terbentang luas tanpa penghujung. Cuba bayangkan bunyi angin laut, melihat burung burung terbang mencari ikan dan singa laut! Tak tahu lah macamana Mira nak cerita pada anda semua. Memang best. Kalau anda bernasib baik, anda juga mungkin boleh lihat peguin kuning. Peguin kecil yang hanya ada di bumi New Zealand ini. Gambar di bawah merupakan seekor singa laut yang berada pada jarak anggaran kurang dari 10 meter dari tempat Mira berdiri! Port ChalmersPermandangan Port Chalmers dari atas Kemudian, kami teruskan lagi perjalanan ke Dunedin. Drive releks je.Memang banyak sangat tempat cantik kalau boleh nak singgah. Tapi masa ini dah pukul 7 petang. Langit memang masih cerah kerana musim panas. Banyangkanlah waktu solat Isyak di Dunedin pukul 11.30malam! Sebelum sampai Dunedin, singgah sebentar di Port Chalmers. Port Chalmers atau lebih dikenali sebagai Gate of Otago merupakan penempatan warga Eropah pertama di New Zealand iaitu pada tahun 1840an. Di zaman ini, Mira boleh lihat banyak kontena kontena besar di sekitar pelabuhan. Selain itu anda boleh juga amik tour untuk melihat peguin biru di sini.Memang macam macam jenis peguin ada di New Zealand. Ada kuning, ada biru. Hehehe. Kalau datang New Zealand tapi tak tengok peguin memang rugi! Garden Motel Dunedin Setelah hampir 5 jam memandu dan singgah sana sini, akhirnya kami sampai ke tempat penginapan kedua kami iaitu Garden Motel, Dunedin. Sekali imbas, Dunedin merupakan pekan lama yang mempunyai bangunan bangunan architecture sejarah. Esoklah kita ronda2 pekan Dunedin dan lihat apa yang menarik. Sekarang…, Mira nak rehat dulu.nak tengok balik semua gambar gambar yang kami ambil sepanjang perjalanan dari Christchurch ke Dunedin.
Nak tengok apa lagi pengalaman unik, permandangan yang menakjubkan, Ikuti Day 3 Trip Mira di South Island. Nak tengok singa laut ,peguin, tempat terhujung di New Zealand sendiri? Book la tour dengan kami. Kami bantu anda merealisasikan percutian impian anda. |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |