Sekarang merupakan musim cuti sekolah di New Zealand. Pasti ramai yang ingin membawa anak2 berjalan musim cuti sekolah ni atau pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga. Baru baru ini Mira dan keluarga travel ke South Island, New Zealand untuk menghabiskan cuti musim panas kami. Kami menaiki kapal terbang di mana perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam dari Auckland ke Christchurch. Walaupun perjalanannya sekejap, tapi dah setahun lebih kami tak naik kapal terbang. Ada juga lah perasaan nervous dalam hati tu.
Yang dewasa pun ada rasa nervous, bayangkan lah pula perasaan anak anak kan? Di sini Mira sharekan tips dari pengalaman Mira mengatasi rasa takut / bosan anak ketika menaiki kapal terbang. Umur 0 – 6 tahun: 1) Pilih tempat duduk yang selesa untuk anak kecil Bermula dari memilih tempat duduk lagi, pilihlah tempat duduk ‘priority’ atau yang mempunyai kawasan extra. Mira tak cadang tempat duduk paling belakang yang dekat dengan tandas sebab tempat laluan orang lalu lalang dikuatikiri mengganggu anak yang mahu tidur. Jika anak anda pertama kali menaiki kapal terbang, jangan duduk di tepi tingkap.takut dia gayat dengan perubahan ketinggian semasa take off atau landing. 2) Siapkan bekal makanan dan minuman Jika anak anda masih menyusu, beri dia susu ketika take off dan landing atau pun apape snack kegemarannya waktu ini. Pepatah yang mengatakan perut kenyang suka hati tu bertepatan dengan keadaan ini. Perhatian anak anda akan lari daripada rasa takut ketika dia seronok menikmati makanan dan minuman kegemarannya. 3) Bawa permainan kegemaran Jika anda membawa anak kecil, Mira cadangkan supaya anda travel light kerana focus utama anda ialah anak.Berikan anak anda beg khas untuk dirinya dan pilihlah mainan kegemarannya untuk di bawa naik kapal terbang.Tapi, harus diingat, anda dilarang membawa mainan berbentuk senjata seperti pistol, pisau,panah,bom mainan.Ianya dilarang imigresen.Mira terpaksa belajar perkara ini dengan cara susah. Mira pernah bawa pistol mainan yang ada lampu dan bunyi2 tu.tak pasal2 abang imigresen kena simpan.Ingat lagi wajah anak Mira ketika abag imigresen ‘simpan’ pistol mainannya.satu hal lagi nak pujuk pula beli mainan lain. 4) Siapkan aktiviti2 berlainan dan beri satu-satu Yang ini muslihat penting untuk parents.Katakanlah anda bawa 4- 5 mainan. Usah beri semua sekali gus. Biar dia main sampai bosan satu satu mainan tersebut. Jika anda kreatif, balutlah aktiviti2 berkenaan seperti hadiah dan dijadikan kejutan. Contohnya, Jika anak anda behave, anda akan reward dia dengan hadiah. Antara aktiviti2 yang Mira lakukan adalah seperti buku mewarna, puzzle kayu, sticker, main sep sep tom tom tom, main osom, baca buku, menonton movie, main abc dan macam2lah. 5) Pujuk anak tidur , Terbang waktu malam Timing kena cun orang kata.macam tu juga dengan anak2 ni. Mira mmg gemar terbang diwaktu malam kerana anak tak Nampak apa yang berada di luar dan lebih mudah memujuk anak untuk tidur. Biarlah anak main puas-puas sebelum terbang jadi mudah untuk mereka berehat.Kadang2 Mira suka anak mira tidur masa nak dekat2 boarding. Dukung je anak tu naik kapal terbang, 6) Bawa barang secukupnya Yang ni Mira bagitau bawa barang anak ye. Bukan barang ibu ayah yang banyak.heheheh.Siapkanlah selimut, ubat ubatan anak, susu, lampin,baju lebih, tisu basah, jaket, stoking dan minyak angina untuk anak2 anda. Bagaimana pula kalau anak dah besar. Jangan ingat bila dah besar sikit anak tak takut. Sekali lagi Mira terpaksa belajar perkara ini ‘ in a hard way’. Bayangkan tetiba anak anda menjerit “Oh No, We’re going down! Satu kapal tengok wei. Umur 7 ke atas: 7) Berbincang dengan anak Untuk anak yang dah besar sikit, kita bawa berbincang, cakap elok2. Beritahu dia its ok untuk rasa takut kerana semua orang ada rasa takut. Jika dia boleh faham, terangkan proses take off dan landing itu. Manage expectation anak anda. Mungkin anda boleh terangkan, memang normal rasa geli atau gayat bila ada perubahan ketinggian yang cepat seperti naik gelongsor.hahahha.Hopefully it makes sense to them. 8) Sediakan gadjet / entertainment yang secukupnya Jika anak dah besar skit, payah lah pulak nak bagi buku mewarna kan. Aktivitinya berubah lah skit.Lebih kepada teknologi. Install la game, movie dan lagu kegemaran untuk alihkan rasa takut. 9) Berdoa Bila anak dah besar sikit, boleh ajar dia berdoa. Didiklah anak untuk mohon perlindungan pada yang Maha Kuat. Boleh juga berzikir kalimat2 suci supaya tenang sikit hati anak anda. Mira pun buat juga dalam hati. Never say No for travelling. Selamat mencuba. Ke mana destinasi percutiaan anda seterusnya? Jom lah ke New Zealand. Team Ikhlas Tour sedia membantu. Call us now. |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |