Oleh Mira Shahrul , 27 Deccember 2018Cuaca cerah hari ini setelah beberapa hari hujan . Terus Mira dan family ke Okoromai Bay, Shakespear Regional Park terletak di Whangaparaoa Penisular. Tempatnya tak berapa jauh dari tempat kami tinggal. Dibuka 24 jam, gate dibuka dari pukul 6.00am – 9pm semasa musim panas, dan pada musim sejuk gate dibuka dari pukul 6:00am - 7:00pm. Sesungguhnya permandangan di Shakespear Regional Park sungguh MENAKJUBKAN. Pada kali ini, tujuan Mira ke Okoromai Bay tak lain tak bukan ialah untuk mengutip Cockles NZ! Warna kulitnya putih seperti kepah tetapi permukaannya bergerigi seperti kerang.Isi di dalamnya seperti kepah. Rasanya pula memang sangat sedap! Di sini Mira sharekan secara ringkas aktiviti, fasiliti, tips dan cara ke sini buat panduan anda yang mungkin ingin merasakan pengalaman seperti Mira: Aktiviti Menarik Bukan sekadar pemandangan yang cantik, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya: 1) Berjalan – Ada pelbagai walking trail di sini antaranya Shakespear Regional Park Walk dan Lookout Track. Track Shakespear Regional Park Walk merupakan perjalanan yang mudah lebih kurang 5km dan mengambil masa dalam 1.5 jam manakala di Lookout Track, anda boleh lihat pemandangan 360 darjah temasuk Auckland CBD dan Hauraki Gulf. 2) Camping – Anda boleh berkhemah di Shakespear camp ground 3) Piknik – Anda boleh cari mana2 spot/ tempat yang sesuai berdekatan pantai untuk berpiknik. Kiwi memang gemar aktiviti ini semasa musim panas. Tips Penting 1. Semak keadaan air pasang surut sebelum ke Okoromai Bay. Waktu yang paling baik untuk mengutip cockle ialah semasa air laut sedang surut. Anda boleh lihat keadaan air pasang surut di link ini: http://wisuki.com/tide/3956/shakespear-bay 2. Gunakan peralatan seperti, rubber gloves, baldi, but getah dan pengorek untuk memudahkan pencarian dan mengelak jari luka semasa mengutip cockle. (Mira pun tak bawa rubber glove tadi, akibatnya jari luka!) 3. Hanya 50 Cockle sahaja seorang sehari.Jangan lebih! Sama-samalah kita jaga keindahan alam ye. 4. Tiada tong sampah disediakan disini.Menjaga tempat ini adalah tanggungjawab semua pengunjung. Siap2 bawa plastik sampah dan bawa balik sampah sendiri. 5. Pakai sunglasess dan sunblock. Panas lit lit habak hang. Cara ke sini: Kereta: Ada boleh ke Okoromai Bay menggunakan kereta melalui Northern Motorway / State Highway 1 Exit 398 arah Route 1 / Silverdale. Masa perjalanan lebih kurang 47minit, 49km daripada Auckland CBD. 1 tips yang Mira nak share ialah tentang isyarat jalan seperti di bawah.Anda kena ‘alert’ dengan isyarat yang diberikan. Contoh di bawah ialah laluan tengah menjadi Flush Median.Bermaksud, anda hanya dibenarkan melalui laluan ini jika anda ingin belok ke kanan sahaja. Bas: Sebagai alternative, anda juga boleh menggunakan bas henti2. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.
1. Bas No: NX1 – Hibiscus Coast Station ( Perhentiaan Fanshawe St berdekatan Victoria Park) – 6 hentian 2. Bas No 982 / 983 – Hibiscus Coast Station – Gulf Harbour Drive / Calsman Terrace– 48 hentian Apa aktiviti percutian impian anda? nda nak rasai pengalaman seperti ini? Call lah Ikhlas tour sekarang. Oleh Mira Shahrul , 26 November 2018 Pejam celik pejam celik dah bulan November. Mungkin di Malaysia anak- anak sudah mula cuti sekolah. Pada pelajar yang mengambil SPM / STPM pada tahun ni, Mira ucapkan “Selamat Berjuang”. Di New Zealand, cuti sekolah bermula pertengahan December ni. Lebih kurang lagi satu bulan! Lamanya. Sebenarnya Mira dah tak sabar nak bercuti dan menunggu anak Mira cuti sekolah.Sebab…. Mira nak ke South Island semasa cuti krismas tahun ini.wohoo! Pada Mira bercuti / Travel adalah sangat penting. Selain daripada seronok, ia dapat menyegarkan minda anda semula. Masa yang terbaik untuk menilai apa yang telah anda lakukan sepanjang tahun ini dan merancang semula urusan anda tahun depan. Mira bukan migrate ke New Zealand untuk mengejar kekayaan, tapi lebih kepada nak mencari ketenangan dan menikmati nikmat dan ciptaan yang tuhan berikan. InsyaAllah… Plan Travel Sendiri atau Agen lagi best? Dalam membuat perancangan travel atau percutian, pasti ada yang tertanya2, mana lagi best plan sendiri atau guna khidmat agen? Selama Mira travel sebelum2 ni, Mira belum pernah lagi travel menggunakan perkhidmatan agen. Biasalah….seperti orang yang lain, Mira pikir guna agen ni, mesti mahal kan. Tapi sejak akhir akhir ni, Mira bertanya sendiri. Betul ke lebih murah plan sendiri? Jom tengok perbandingan Mira. Senarai Harga Plan Sendiri: Harga Accomodation adalah berdasarkan website Booking.com pada tarikh 12/11/2018 1)Tour Agen tak semestinya lebih mahal Plan sendiri ‘rasanya’ lebih murah. ‘Rasa’ lebih murah kerana kosnya dibayar sedikit demi sedikit. Ikut pengalaman Mira plan sendiri, mungkin Mira boleh jimatkan kos di bahagian penginapan. Tapi rupa-rupanya, baru mira tahu yang agen mempunyai harga istimewa untuk tempat2 penginapan. Mungkin dengan jumlah yang sama, kita mampu menginap di tempat yang lebih selesa melalui agen. Cerita je tak best kan. Yang penting, “ What’s the number / figure?” So Mira cube senaraikan perbandingan harga antara plan sendiri dan harga Tour bersama Ikhlas Tour mengikut family kecil Mira 2 Dewasa dan seorang kanak- kanak Ilustrasi Contoh: South Island Trip 7D/6N 3Pax – 2 Adults 1 kids Date: 18/12/2018 – 24/12/12/2018 Harga Pakej Ikhlas Tour Agen VS Plan Sendiri Cost Berdasarkankan ilustrasi di atas, dengan plan sendiri Mira akan dapat jimat $383.12 kan? Tapi tahukah anda, jika anda tambah $383.12 tu melalui Agen Mira akan dapat :
Mana Best? 2)Pengalaman tu penting Tak dinafikan maklumat semua dihujung jari. Dengan adanya internet, Mira boleh booking tiket penerbangan, hotel, kenderaan and tempat lawatan sendiri. Kadang2 buat plan sendiri kita boleh follow baca blog orang, atau ikut itinerary mereka. Apakah bezanya dengan tour agen? So, Mira pun bertanyalah pada Abang Suhaimi dan Kak Zakiah, tour manager di Ikhlas Tour sejak 5 tahun dahulu. Mereka berdua ni dah menetap di sini lebih dari 10 tahun dan dah menuguruskan pelbagai tetamu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, dan Brunei. Destinasi yang Mira nak pergi di South Island , dah berkali2 dilawati tour agen.Inilah antara ‘added value’ yang anda boleh Tanya terus kepada agen. Mereka juga boleh memberi lebih maklumat tentang sesuatu destinasi jika anda ambil perkhidmatan ‘tour guide’ . Semua plan adalah ‘personalised’ mengikut tempoh masa, kos, preference pelancong, kapasiti pelancong, umur dan musim travel. Sebagai contoh, ramai traveller mahu terus naik flight ke south island pada hari yang sama touch down ke Auckland.Mengapa selalunya agen tidak galakkan? Selalunya Agen akan nasihat untuk tidur dahulu semalam di Auckland dan sambung semula perjalanan ke south pada keesokkan harinya. Abang Suhami kata…, Ini kerana perubahan cuaca.Jika traveller datang dari negara khatulistiwa dan sampai di negara 4 musim, dikuatiri menganggu kesihatan.Ramai yang demam atau jatuh sakit semasa melancong.tak best la kan melancong sakit.Sebab tulah tour agen nasihat beri masa pada badan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.Bukanlah sebab nak charge lebih penginapan. Best kan ada orang berPENGALAMAN? 3)Jimat Masa dan Mudah Atok dan nenek buta IT. Suami pula tak mo amik port.Dia bayar je.hehehe. Anak2 pula….tgk youtube tau le.So…, siapa yang perlu luangkan masa dan tenaga untuk merancang percutian? Kaum ibu la….selalunya lah. (same le…). Nak merancang percutian ni, perlu BANYAK masa untuk buat ‘research’. Nak ‘research’ tiket penerbangan, penginapan, restoran,pengangkutan….macam macam lagi lah. Ianyanya memerlukan anda mengorbankan masa anda sendiri, masa anda bersama keluarga dan masa anda berkerja. Sudahnya stress. Mudah kan jika ada agen? 4)Jaminan Point terakhir tapi tak kurang pentingnya ialah Jaminan. Tiada siapa pun yang boleh nak beri anda Jaminan. Tour agen juga tak mampu. Orang kata, malang tak berbau.Kalau sesuatu perkara buruk nak berlaku tu dia berlaku.
Cumanya…, melalui tour agen, adalah juga tempat untuk dirujuk atau minta bantuan khidmat nasihat atau pendapat bila berlaku sesuatu musibah. Travel Consultation akan diberikan oleh Agen akan berikan nasihat yang terbaik untuk pastikan percutian yang best dan selamat. Insuran Perjalanan pun termasuk sekali dalam pakej.Nak isi borang imigresen pun mudah ada point of contact.The Best! Anda dah rancang ke aktiviti cuti sekolah tahun ni? Bagi yang bijak, dah mula merancang aktiviti cuti untuk tahun depan pun. Click sini untuk Cuti Malaysia 2019. Mahu kami bantu merancang percutian anda? Hubungi Kami ikhlas.tours@gmail.com facebook.com/ikhlastours www.ikhlastours.co.nz Suhaimi Mohamad ikhlas.tours@gmail.com +64 2120 91079 / WhatsApp Nor Zakiah Abdul Hamid ikhlas.tours@gmail.com +64 2239 81091 / WhatsApp Office Address 12 Ventura Street, Mangere, Auckland, New Zealand DISCOVER NEW ZEALAND BACKYARD New Zealand sebuah negara yang unik - landscape yang cantik, udara yang segar, infra yang baik dan masyarakat yang peramah. Tidak dapat dinafikan melawat New Zealand menjadi impian hampir semua orang. Pelbagai cara untuk melawat New Zealand, bergantung pada citarasa, masa, budget untuk memenuhi hajat meneroka keindahan alam semulajadi di sini. Self-Drive Antara kaedah paling popular. Kaedah ini lebih flexible, mudah dah kos yang rendah. Self Drive popular pada mereka yang ingin kembara tanpa jadual yang padat, bergerak sendiri bersama keluarga dan buat aktiviti pilihan sendiri. Untuk tempoh kembara yang pendek (kurang dari sebulan), biasanya pelancong menyewa kenderaan. CLICK SINI untuk pilihan kenderaan sewa. Sekira melancong dalam jangka masa panjang, mungkin boleh beli sebuah kenderaan yang sesuai atau pilih long term lease. Tips Self Drive
Mobile Homes Terdapat 3 jenis kenderaan tentang tour guna mobile homes. 1) Motorhome - sesuai untuk 4 hingga 6 orang setiap unit 2) Campervan - sesuai untuk berdua hingga 4 orang. 3) Caravan Kembara dengan mobile homes menjadi trend kebanyakan pelancong. Pada yang kali pertama, perlu faham tentang prosedurs penggunaan kenderaan ini. Ianya agak teknikal. CLICK blog kami tentang mobile homes ini. Yang mana sesuai untuk anda. Tips :
Coach Tour Sesuai untuk group yang besar 20 pax ke atas. Coach tour ini biasanya di buat secara 'full board' atau half-board. Pakej termasuk driver/tour guide. Rilex dan enjoy tempat lawatan mengikut jadual. Harga Coach Tour ini lebih tinggi berbanding self-drive tour. Tips :
Seat In Coach Seat In Coach ini lebih sesuai kepada pengambara solo atau berdua yang ingin kembara sendiri dan tidak memandu. Konsep ini amat popular pada pengambara Eropah. Mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan bas/keretapi/ferry/flight. Anda perlu buat research tentang transport network, connectivity, attractions etc bila buat plan Seat In Coach Tips
Private Chauffeur - Khidmat Pemandu Peribadi Kembara guna khidmat pemandu peribadi. Mudah, rilex sebab pemandu akan bawa sentiasa bersama anda sepanjang kembara di sini. Harga pakej ini lebih tinggi kerana kos pemandu di sini tinggi. Nota :
Kami berpengalaman uruskan pelbagai kaedah kembara. Kami uruskan guests dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Untuk FREE CONSULTATIONS tentang kembara New Zealand HUBUNGI KAMI |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |