Pakej Jelajah New Zealand - Harga Menarik
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • North Island - Mini
      • North Island - Popular
      • North Island - Extra
      • North Island - Super
    • South Island >
      • South Island Mini
      • South Island Popular
      • South Island Extra
      • South Island Super
    • Combo >
      • Combo Island - Mini
      • Combo Island - Popular
      • Combo Island - Extra
      • Combo Island - Super
    • You & Me >
      • North Island - You And Me
      • South Island - You and Me
  • Motorhome
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact

Melancong, bekerja & menimba pengalaman

17/10/2014

Comments

 
Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai istilah WWOOF, iaitu singkatan kepada World Wide Opportunities on Organic Farms. Saya sendiri pun hanya mengetahui akan kewujudan aktiviti ini daripada satu pasangan dari Sepanyol yang kebetulan bermalam di asrama ‘backpacker’ yang sama dengan saya.

Sebelum saya sambung mengenai kisah saya sebagai WWOOFer ini, eloklah saya cerita sedikit bagaimana saya akhirnya membuat keputusan untuk menjadi WWOOFer ni. 

Saya merupakan salah seorang daripada 1150 calon yang berjaya mendapat visa “Working Holiday” sesi 2014/2015. Pada bulan April 2014 yang lalu, saya telah menjejakkan kaki saya di New Zealand buat pertama kalinya. Niat saya pada masa itu hanyalah untuk mencari duit poket lebihan. Dua minggu pertama sudah berlalu, akan tetapi kerja yang dicari-cari masih lagi tidak kelihatan. Sehinggakan duit yang saya bawa dari Malaysia hampir-hampir habis.

Sebagai seorang hambaNya yang kerdil, kita tidak tahu apa di hadapan, apa berlaku esok atau minggu depan....

Secara kebetulan, dengan takdirNya semasa saya di backpacker, sepasang pasangan daripada Sepanyol menyapa saya. Kami bersembang mengenai hal masing-masing. Mengenai keluarga, negara, dan macam-macam lagi. Sampai satu ketika, saya menyatakan yang saya sudah hampir ketiadaan wang pada masa itu. Lantas, terus mereka mencadangkan saya untuk mendaftarkan diri sebagai WWOOFer.

Konsep asal WWOOF ini pada mulanya adalah untuk sukarelawan-sukarelawan belajar cara-cara menguruskan ladang secara organik (“organic farming”). Sukarelawan biasanya perlu bekerja tanpa gaji selama 2-6 jam sehari (tertakluk kepada ‘host’ masing-masing). Sebagai balasan, sukarelawan tersebut akan mendapat tempat tinggal dan makanan harian secara percuma yang disediakan oleh ‘host’ tadi. Oleh kerana aktiviti WWOOF ini telah berkembang meluas, maka pada masa kini, WWOOF tidak tertakluk kepada aktiviti ladang organik sahaja. 



Picture
Saya berpeluang bekerja dengan pasangan Rose & Phillip di Maketu Hilltop Holiday Park. Pasangan ini tidak langsung mempunyai ladang organik. Tugas saya pada ketika itu adalah untuk menyelenggara dan menambah baik keadaan di ‘Holiday Park’ itu.

Setiap hari (kecuali hari Ahad), saya akan bekerja selama 4 jam. Kerjanya mudah sahaja. Saya perlu menanam pokok hiasan, mencabut rumput2 panjang, memotong dahan pokok, membersihkan kolam renang, dan juga mengecat! Sebagai balasan, mereka menyediakan tempat tinggal dan makanan. 



Picture
Sebagai seorang Islam yang penting soal halal dan haram , saya berunding dengan ‘host’ Rose & Phillip. Saya meminta mereka membelikan bahan-bahan mentah seperti beras, telur, dan susu untuk saya. Biar saya masak sendiri sahaja. Alhamdulillah, ‘host’ saya tidak kedekut. Saya minta sedikit sahaja, tetapi mereka telah membelikan bahan-bahan mentah dengan banyak sekali.

​Yang seronoknya, tempat tinggal yang disediakan untuk saya mempunyai dapur sekali. Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya ‘Holiday Park’ menyediakan dapur yang perlu dikongsi beramai-ramai dengan penghuni lain. Tapi untuk kes saya, saya telah diberikan sebuah ‘cabin’ yang mempunyai dapur di dalamnya. Sungguh bertuah sekali rasanya.


Picture
Bilik kediaman disediakan...selesa dan free... HeHe
Picture
Maketu adalah sebuah pekan kecil di Bay of Plenty dan terkenal dengan kecantikan Maketu Beach. Aktiviti unik di tepi pantai adalah mengutip pipi, sejenis kupang yang amat banyak ditepi pantai dikala air surut.
Picture
Artikel dari  Sdr Rashid Masran, seorang anak muda yang peramah, berani  mencari pengalaman baru dan mampu hidup berdikari. Untuk maklumat lanjut tentang Working for Holiday Visa dan WWOOF, hubungi beliau di rexmart_1989@yahoo.com

** InsyaAllah Sdr Rashid akan hantar lagi posting tentang pengalaman Working for Holiday beliau **
Comments

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Travelog - Ikhlas Tours

    Jelajah New Zealand

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Archives

    April 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2018
    October 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    November 2014
    October 2014
    June 2014

Picture

Services  |  ​FAQ  |  Term & Conditions | OUR GUESTS | CONTACT

© 2020 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
・ Webmaster ・

Picture
Call:: +64 2120 91079 / +64 2239 8109
Email: info@ikhlastours.co.nz
​
35 Whitney Street, New Windsor,
Auckland, New Zealand

  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island >
      • North Island - Mini
      • North Island - Popular
      • North Island - Extra
      • North Island - Super
    • South Island >
      • South Island Mini
      • South Island Popular
      • South Island Extra
      • South Island Super
    • Combo >
      • Combo Island - Mini
      • Combo Island - Popular
      • Combo Island - Extra
      • Combo Island - Super
    • You & Me >
      • North Island - You And Me
      • South Island - You and Me
  • Motorhome
    • Motorhome North
    • Motorhome South
    • Rentals >
      • Request a Booking
  • Travelog
    • North Island >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
    • South Island >
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Travel Tips and Tricks
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact