KIA ORA! Baru2 ni ada testing bahasa Melayu tulis blog…Alhamdulillah meletopsss! Hehe…bukan lupa ya…tulis bahasa lisan mcm ni meriah la kan…cuba suh tulis bahasa buku hehe…in sha Allah boleh, cuma berkurun skit nak siap…SPM dah lama abisss uolsss buat karangan BM dah berpuluh tahun kot…sama je kita tuuu…haha Tapi memandangkan sambutan agak meriah…so minggu ni kita berbahasa Melayu la plak kannn…bak kata pepatah “takkan Melayu hilang di dunia”…gituuu…rindu nak bercerita dengan kawan2 la ni…kata “sharing is caring”! Minggu ni Dira nak kongsi tips memilih flight untuk jimat kos bercuti di New Zealand. Air Asia X saja ke yang murah? Dari Kuala Lumpur ke New Zealand ada banyak syarikat penerbangan sebenarnya. Ada yang direct, ada yang stop over dan ada transit dari Australia (Sydney/ Melbourne atau Gold Coast); antaranya:- MAS - Direct flight ke Auckland Air Asia - Flight ke Auckland; stop over di Gold Coast Emirates - Flight ke Auckland/Christchurch; stop over di Melbourne Lain-lain Jetstar Airlines, FlyScoot, Virgin Australia, Qantas, China Southern dan lain-lain....banyak kannnn, macam mana nak pilih? Untuk jawap soalan di atas, kita kena check ke mana destinasi kita dan bandingkan dengan tawaran syarikat penerbangan lain. Memilih flight ke New Zealand Ramai yang booking flight dulu sebab ada tawaran murah dari KL ke Auckland, lepas tu baru lah dok bincang dengan group, nak tour North Island ke South Island atau cover dua-dua sekali. Tip pertama - Rilex...bertenang dan set kan objektif. Sebelum abang atau akak beli tiket flight…fikir habis2...tanya balik soalan2 cepu emas ni… Nak pegi mana? Berapa hari/lama percutian? Jangan la datang seminggu tapi nak cover North dan South, semua sekali…pengsan balik…tak sempat nak buat apa…penat atas jalan je, jet-lag lagi...ha ha.. Bab ni…boleh jugak baca blog “Cuti Santai New Zealand”…atau paling mudah…guna lah khidmat nasihat perancang percutian anda “Ikhlas Tours” kami akan advise… Paling penting…Dari mana nak ke mana dulu …lepas tu baru book flight tiket hokay! KEMBARA NORTH ISLAND SAHAJA
Sekiranya dari Kuala Lumpur (KUL), boleh ambil MAS, Air Asia X, Emirates atau Jetstar Orang Johor, mungkin boleh ke Singapura (SIN), sebab lebih banyak airlines dari Changi; Singapore Airlines, FlyScoot, Jetstar, Emirates dan lain-lain. KEMBARA SOUTH ISLAND SAHAJA Ramai yang book return flight ke Auckland, sedangkan mereka ingin tour South Island. Lepas tu baru cari flight ke Christchurch (CHC). Sebelum book, buat dulu kira-kira, masukkan kos domestik flight ke Christchurch (CHC), campur penginapan sekiranya perlu menginap di Auckland sebelum ke South island. Jadi..macam mana? Banding antara kos transit di Auckland atau transit di Sydney (SYD), Melbourne (MEL) atau Gold Coast (OOL) untuk ke South Island Ada beberapa pilihan, bandingkan kos flight untuk pilihan-pilihan berikut; Kembara mula dan berakhir di Christchurch: Pilihan 1, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch (KUL -> AKL -> CHC -> AKL -> KUL) Pilihan 2, Kuala Lumpur - transit di Australia - Christchurch (KUL -> SYD/MEL/OOL -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Kembara South Island juga boleh mula di Christchurch dan berakhir di Queenstown (ZQN) ...boleh buat macam ni ke? Akak ingat mesti habis kat Christchurch juga. Kenderaan macam mana?....Akak jangan risau, Ikhlas Tours boleh arrange kenderaan di semua airport utama seluruh New Zealand. Pilihan 3, Kuala Lumpur - Auckland - Christchurch - Queenstown (KUL -> AKL -> CHC -> ZQN -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Pilihan 4, Kuala Lumpur - transit di Australia - Queenstown (KUL -> SYD/MEL/OOL -> ZQN -> CHC -> SYD/MEL/OOL -> KUL) Akak juga boleh start dari Queenstown dan tamat di Christchurch. Boleh juga mula dari Christchurch habis di Dunedin (DUD) atau DUD habis di CHC.....lah itu macam ke? akak ingat mesti habis di Christchurch juga...banyak sangat pilihannya. Nota penting:
KEMBARA COMBO NORTH dan SOUTH ISLAND
Untuk combo, banyak sangat2 option flight, nak mula North dulu ke atau South dulu. Mula di Christchurch, Queenstown atau Auckland dulu?....kalau Dira nak list satu-satu tak habis Dira nak tulis kat blog ni sebab dekat sepuluh option perlu kita semak. Gini jer, bincang dengan Ikhlas Tours, mereka akan suggest travel plan mengikut kesesuaian masa dsb dan kita guna "aggregator" website yang boleh bagi cadangan untuk kita pilih flight paling murah. SKYSCANNER Biasanya, orang akan guna satu atau dua website saja untuk banding, memandangkan banyak airlines ke New Zealand, lebih mudah dan tepat guna aggregator seperti Skyscanner untuk dapatkan kos termurah. Cut short dan paling senang untuk check semua skali dalam satu page…suka kannn.kannn…senang keje beb… Pernah dengar “Skyscanner” tak? Kalau ada yang tak pernah dengar…lepas ni mesti sukaaa dan berterima kasih sebab senang nak rancang perjalanan ikut masa dan kos yang termurah…hehe Apa tu Skyscanner? Website "aggregator" yang kita boleh guna untuk bandingkan harga semua Airlines di muka bumi ni... Sekarang dah zaman segalanya guna Apps…jadi boleh juga download Apps kat phone. Jangan risau tak payah bayar apa2…Khidmat percuma uols…guna lah teknologi canggih sekarang…senang kerja...hehe Kat sini sekaligus dapat banyak info:
Mana nak check?
Info apa yang perlu?
OK…boleh faham tak? hahaha…sorry kalau pening sikit tapi itulah secara ringkas benda yang uols perlu amik tau sebelum beli tiket flight…bukan apa...takut nanti plan kembara jadi terhad sebab dah beli tiket… kena tukar plan banyak dan kos meningkat tanpa kita sedar..
Kalau tak nak pening…hubungi Ikhlas Tours…mereka akan rancang Cuti di New Zealand senang nak faham cara orang kita kan…Senang nak cerita...In Sha Allah bisa di aturrrr… Itu je lah minggu ni…kita sambung minggu depan ya…Have a good week travel lovers! |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |