Pakej Jelajah New Zealand - Harga Menarik
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Travelog
    • Travel Tips and Tricks
    • Places to Visit >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact

Visit Christchurch City Tour – Day 1

31/1/2019

Comments

 
Oleh: Mira Shahrul
Picture

​Tepat jam 8:00 pagi , 31 December 2018 Mira sekeluarga sampai di Christchurch Airport. Pesawat mendarat dengan lancar, Alhamdulillah. Christchurch Airport merupakan tempat permulaan bagi kebanyakan traveller yang memilih untuk tours ke Pulau Selatan (South Island), New Zealand. Airport ini telah mula dibuka pada 18 May 1940 dan merupakan Airport kedua paling sibuk di New Zealand.
 
Hanya perlu ambil kereta sewa, kemudian Mira dah ready nak tour South Island! Ikuti panduan ‘self driving’ di link ini.

Memandangkan waktu check in tempat penginapan kami dibenarkan seawal 12.30 tengahari, kami terus ke Christchurch City Centre atau lebih dikenali sebagai Quake City yang terletak kira-kira  15 minit, 10 km dari Airport.

Jom tengok antara tempat2 menarik yang Mira sekeluarga pergi. 

Canterbury Museum

Destinasi pertama kami di City Centre ialah ke Canterbury Museum yang terletak di Rolleston Avenue. Silap ye kalau anda fikir tempat ni bosan. Tak seperti Museum2 di tempat lain di mana anda hanya tengok dari luar cermin. Apa yang menariknya di Canterbury Museum ni, bermula dari 15 December 2018 hingga 3 June 2019 (sempat lagi kalau nak plan), anda boleh lihat pameran Kura Pounamu ( Maori Treasure Green Stone). Rupanya seperti batu Jed Cina tetapi warnanya lebih gelap dan teksturnya lebih padu. Anda boleh sentuh sendiri green stone tu. Menarik! Selain itu terdapat juga pelbagai pameran lain seperti Tunnel, Dogs in Antartica (hati hati ada anjing tunggu), Discovery, Fred and Myrtle’s Paua Shell house dan macam macam lagi. Musim cuti sekolah ini pula, terdapat pertandingan mencari Santa tersembunyi di dalam museum terbuka untuk kanak –kanak berumur 12 tahun ke bawah. Semangat sungguh budak budak pusing satu Museum nak cari patung Santa. Satu daya inisiatif yang kreatif dari pihak museum untuk menarik minat anak anak kecil ke Museum. Yang paling best, masuk adalah PERCUMA! ​( Sumbangan adalah dialu – alukan)
Picture
Maori Dance Performance

Keluar sahaja daripada museum, terdapat persembahan nyanyian dan tarian tradisi kaum Maori. Mereka melakukan persembahan tersebut bagi mempromosikan He Tangata, iaitu sebuah tempat untuk mempelajari dan menikmati Budaya Kaum Maori di South Island yang baru dibuka pada tahun 2018. Terhibur sebentar  melihat tarian kebudayaan mereka. Datang New Zealand mesti la kena tengok kaum Maori. Tahu tak anda ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan Bahasa Melayu? Contoh : Lima, Taringa (Telinga), Rua (Dua). Anda boleh check tour package di web www.hetangata.nz atau Call je Abang Suhaimi atau Kak Zakiah dari Ikhlas Tour untuk arrangekan untuk anda.
Picture

Christchurch Botanic Garden
​

Seterusnya, Mira ke Christchurch Botanic Garden. Terletak di sebelah Museum, kami berjalan menuju ke Christchurch Botanic Garden. Luas Garden ini ialah 21 hektar dan bersambung dengan Sungai Avon dan Hagley Park. Jenuh jugaklah kaki ni nak berjalan kalau nak cover semua. Ada public skuter disediakan tapi Mira takut! Hahaha. Mira lihat, landskap Gardennya sangat cantik dan terdapat pelbagai pokok2 native New Zealand juga. Nyaman…. sangat rasanya di sini. Bentang sahaja tikar kemudian baring. Layan!
Picture

Bersantai di Tebing Sungai Avon


Masih di Christchurch Botanic Garden, kami duduk bersantai di tebing Sungai Avon, melihat boat tour dan sekawan itik bermain main. Jinak – jinak itik - itik di sini, Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti, menaiki boat, berkayak, berlari, berjalan, berbasikal dan pelbagai aktiviti riadah yang lain.
Picture

Christchurch  Tramway
​

Anda nak merasa naik Tramway? Ini antara yang rare Mira lihat di sini. Tramway ni akan bawa anda pusing-pusing melihat heritage dan sejarah Christchurch melalui 17 perhentian. Anda boleh dapatkan tiketnya  di link ini: ​https://www.christchurchattractions.nz/christchurch-tram/
​
Picture

Tour Christchurch dengan Bas


Tramway terlalu perlahan? Nak yang murah? Anda juga boleh tour bandar Christchurch menggunakan Bas 2 tingkat. Terdapat 2 jenis tour, Central Tour yang akan melalui pusat bandar atay Discover Tour yang akan melalui suburbs Christchurch. Menarikkan?
Picture

Garden Tour

Lutut anda longgar nak jalan kaki 21 hektar Botanic Garden? Hehehe. Naik lah Garden Tour. Pilihan tour yang sangat santai, tenang sambil menikmati permandangan Garden yang cantik berserta menghirup udara segar. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Picture
Puas berjalan –jalan di sekitar bandar Christchurch, Banyak seni dan budaya rakyat New Zealand boleh dilihat di sini. Tak sedar, jam dah pukul 2:00 petang. Kami singah makan tengahari di Nandos, Christchurch kemudian  ke terus ke Rosewood Court Motel lebih kurang pukul 3:00 petang dan berehat sepanjang malam. Esok, nak jalan jalan lagi . So kita rehat dulu, nak ketatkan balik skru lutut yang longgar.hehehe.
 
Ke mana Mira pergi esok? 
 
Apa tunggu lagi, bagi lah Team Ikhlas Tour sibuk melayan call, whatsapp atau email anda. Keep them busy because busy is Good.
Comments

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Travelog - Ikhlas Tours

    Jelajah New Zealand

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Archives

    April 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2018
    October 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    November 2014
    October 2014
    June 2014

Services  |  ​FAQ  |  Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT

© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.

Picture
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz
​
35 Whitney Street, New Windsor,
Auckland, New Zealand

  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Travelog
    • Travel Tips and Tricks
    • Places to Visit >
      • Northland
      • Auckland
      • Waikato
      • Rotorua
      • Taupo
      • Christchurch
      • Queenstown
      • Te Anau - Milford Sounds
      • Dunedin
    • Ikhlas Rentals
    • NZ Mosque Locator
  • Contact