KIA ORA! Assalamualaikum... Hujung minggu April lepas kami cuti panjang…Anzac Day Public Holiday…jadiii Abg Suhaimi cakap “Jommm road trip!”…yayyy kegumbiraan laaa Ikhlas Tours team…”Family getaway retreat”…hehe…Kak Zakiah pulak pakar dalam merancang dan usha holiday house yang best…bak kata Abg Suhaimi, isteri dia memang 'specialised' bab booking penginapan seluruh New Zealand ni…yesss couldn’t agree more...best gilerrr “Dream House” lahhh…tak yah tulis panjang..tengok gambar pun sure akan rasa “ Nak jugakkkk macam tu” Minggu ni Dira nak kongsi road trip dan aktiviti kami di sana…nak kenal tak orang2 di sebalik tabir Ikhlas Tours?? Haaa ini lah dia… Suhaimi & Zakiah (Founder Ikhlas Tours), IT Guru – Wan, Travelog – Dira (si tukang karut di sini) Anak-Anak Ikhlas Tours
Konsep cuti Ikhlas Tours …simple “Kiwi Style of travelling with a touch of Malaysian comfort” bak kata melayu “kembara santai…budaya kita tak dilupakan”…gituuu…hehe…tapi itulah cara kami…yang penting keselesaan dan semua happy… 3H2M bersama Keluarga Ikhlas Tours Roadtrip ke Whitianga Hari Pertama Perjalanan dari Auckland City ke Whitianga biasanya mengambil masa 2 jam setengah (tak termasuk pit stop ya)…Check in kat New Zealand biasanya jam 2 petang… Biasa lah kalau berjalan mesti awal pagi sebab nak berjalan slow and steady…boleh berenti sana sini bila rasa nak berenti berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan…di New Zealand memang macam tu la…pasti banyak pit stop… Pit Stop Pertama – Kami berenti dekat park je…layan Makan nasi lemak uolsss…sini pasti akan lalu je park/playground bila drive…senang berenti tempat macam ni bila jalan bersama keluarga yang ada anak kecik ni…pak2 dan mak2 lepak makan…anak2 pun happy dapat main kannn…tambah kalau nampak taman permainan…lajuuu je… Pit Stop Kedua – Makan Fresh Oyster…haaa peminat Oyster and Mussel area ni sure uols suka…sambil makan sambil layan pemandangan Pit Stop Ketiga – View Lookout Point…dah layan makan perut dah kenyang…layan ambil gambar la pulak kan… Sampai lah sudah ke Whitianga…yang terletak di Mercury Bay…sebelah timur Coromandel Peninsula…bandar kecil tapi semua ada…nak beli groceries pun senang bagi kita yang masak2 jugak time bercuti…biasanya kalau musin panas/summer sini memang busy…tapi sekarang musim luruh…so just nice…tak la keramaian sangat dan cuaca dah mula sejuk… Akhirnya sampai ke destinasi rumah impian…haaa sila feeling tengok gambar2 ni ya…hahaha Holiday Beach House uolsss…time to lepakkkk…Balance Work and Leisure! Paling best ada mini kebun buahhhh...apa lagiii kami pulun la petik kutip makan...petik kutip makan...fresh from the trees...! Lepas dah feeling rumah best dan layan makan kami ke town sambil lihat pemandangan cantik. Dah jalan2…balik prepare dinner…layan western grill malam tuuu…sedap worrr Hari Kedua Dira keluar morning walk…lihat keindahan di pagi hari…lepas tu balik sarapan…ladies of Ikhlas Tours la on duty…hehe Lepas sarapan…aktiviti di sebalik tabir team Ikhlas Tours…berbincang macamana nak mantapkan lagi service Ikhlas Tours untuk anda semuaaa…tetamu yang sangat dinanti…jemput datang ye…kami dah bersedia menerima kedatangan anda ni…hehe lepas dah keje…kena leisure plak kan…jadi kami keluar jalan2 lagi…kali ni melawat Museum dekat town…bawak anak2 layan sejarah Whitianga…Dira pun suka jugak…hehe…Cerita zaman Captain Cook sampai ke sini…kisah tentera2 Mercury Bay yang tewas semasa perang dunia pertama…kisah kehidupan orang dulu2 di sana…bagaimana mereka mencari sumber pendapatan…dulu siap ada pertandingan memotong kayu paling cepat dan paling banyak…terkenal plak tu…kira hebat la sapa yang menang bertanding tu…Badang Whitianga…haha…ehh tu Dira bagi nama sendiri…bukan dalam sejarah ada badang di sana.. Dah jalan2 balik rumah…sedia makan malam…sambung santai sambil beramah mesra… Hari Ketiga Sebelum balik ke Auckland harus lah melawat kawasan mana yang sempat kannnn… Jadi kami singgah di Hot Water Beach. Nama pun canggih dah kan…mula Dira pun bila dengar nama macam air laut panas ke? Macamana dia panas? Banyak gak la persoalan…itulah kebesaran kuasa Allah kan… Hot Water Beach ni bukan lah semua air laut dia panas…ada kawasan yang tertentu aje…kena gali pasir pantai tu then air yang panas tu akan mula keluar dari tempat yang digali tu…tak payah gali dalam2 pun dah mula rasa air panas tu…tapi bukan sentiasa ada…selalunya kena tunggu time air surut baru kawasan yang boleh digali tu ada…masa ni boleh tengok ramai la berpusu2 jalan ke kawasan yang boleh digali untuk dapatkan air panas tu…siap buat kolam kecik masuk ramai2 dalam tu…time air pasang memang takde la…masa kami sampai baru nak masuk air surut jadi tak dapat la nak merasa…tapi dah mula nampak orang ramai2 jalan ke kawasan dia dengan bawak penyodok lagi…hehe..pantai ni jugak ramai yang pegi surfing…ombak dia memang sesuai untuk meluncur air…layan gak tengok… Lepas aktiviti wajib amik gambar…harus lah kannn…buat kenangan…pulang lah kami ke Auckland… Dari gambar2 dan aktiviti yang Dira cerita memang santai kan? Bukan banyak tempat sekali harung pergi…limit kan supaya sesuai dengan masa yang ada dan puas menikmati…tak kelam kabut ke sana sini akhir sekali penat..lepas tu tak enjoy sangat…dari segi menu pulak…Nampak takkk? Itu lah Malaysian style…perut melayu dik oiii…bab makan mesti la meriah…haha Dari pengalaman bercuti dengan Ikhlas Tours, bagi Dira memang 'cool'...Bak kata Abg Suhaimi, "konsep beginilah yang Ikhlas Tours cuba ketengahkan...kembara santai menikmati pemandangan yang indah, melawat tempat-tempat menarik di setiap pekan atau bandar yang dilawati sambil meluangkan masa bersama keluarga atau teman" Itu je lah Dira nak share minggu ni…kenali Ikhlas Tours…tak kenal maka tak cinta orang kata…bukan Dira kata…hehe…cara Ikhlas Tours mudah…santai…paling penting kita enjoy cutiiii Take care travel lovers…have a great week ahead!
0 Comments
Leave a Reply. |
ArchivesCategories |
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |