Anda nak jelajah Auckland City Tour? Banyak sebenarnya tempat yang menarik sampai kadang kala tak tahu mana nak mulakan. Ni saya share Top 6 Must Visit Places in Auckland City.
1) Wynyard Quarter Wynyard Quarter memang tempat yang paling sesuai lah untuk kami perkenalkan Auckland pada anda. Anda boleh lihat pemandangan perlabuhan dari Wynyard quarter dan Viaduct Habour. Sambil menikmati haruman coffee yang hangat yang banyak terdapat di sekitar Viaduct Habour dan Wynyard Quarter, anda boleh lihat bagaimana kehidupan penduduk2 tempatan di sini. 2) Waiheke Island Jika anda dah sampai Auckland City, rugi…..kalau tak ke Waiheke Island. Ianya lubuk kecantikan alam dipenuhi dengan lading anggur dan zaitun yang luas. Anda boleh menaiki ferry kir kira 40minit di Auckland Ferry untuk ke Waiheke Island. Sampai sahaja di Waiheke, anda boleh menaiki teksi, bas, motor skuter atau basikal untuk jalan2 di sekitar Waiheke. Mudah je. 3) Sky Tower Lebih kurang 10 minit berjalan kaki dri Wynyard Quarter, anda boleh lihat menara tertinggi buatan manusia di New Zealand ini (328 metres). Di Sky Tower, anda boleh melihat panorama 360 sejauh 80km. Jika anda sejenis yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh memilih untuk melakukan beberapa aktiviti lasak seperty “skyjump”. Bukan terjun 328m, cume…..192 meter je lah. Ataupun, boleh juga buat “Skywalk” , berjalan di ketinggian 192m tu. Goyang ke tidak? Berani? Saya yakin ianya akan menjadi pengalaman yang tak akan dilupakan lah. Di bawah Sky Tower pula, anda boleh memilih utk menaiki “Hop on Hop Off Bus” untuk menikmati tempat2 utama yang lain seperti Parnell Village ( Perkampungan Perancis), Auckland Museum, Auckland Zoo dan Mount Eden. 4) Queen Street & K Road Tak suka tengok2 dan tak suka aktiviti lasak? Takpe… Anda pergi SHOPPING!!!! Di sepanjang jalan Queen Street, ada pelbagai kedai membeli belah termasuk kedai cenderamata untuk anda lakukan. Percaya lah cakap saya, kedai cenderamata di Auckland adalah lebih banyak dari kawasan2 lain di NZ. Nak cari Manuka honey, karpet biri2, keychain, fridge magnet, tshirts macam2 ada. Nak beli original All Black Jersey? Jawapannya Auckland. Tak cukup Queen Street, anda boleh ambil shuttle bus ke Dressmart dari Queen Street.SHOP SHOP SHOP! 5) Cornwall Park / One Tree Hill Tak berapa jauh pula dari Dressmart, Onehunga, anda boleh pula lawati Cornwall Park dan One Tree Hill. Apa yang menariknya di sini, ialah merupakan sebuah taman besar yang mempunyai pelbagai pokok2, bunga bungaa n dan haiwan seperti kambing biri2, kerbau, lembu yang pelbagai species. Jadi jangan risau kalau tk sempat ke South Island, di Cornwall Park pun ada. Di sini juga tersedia fasiliti lengkap dengan tempat memanggang, tandas awam, water cooler untuk sesiapa yang ingin berpiknik atau berriadah. Sambil itu, boleh juga daki sikit ke puncak One Tree Hill, salah satu tempat bersejarah bagi kaum Maori dan New Zealand. Jika anda anda di sini waktu malam, boleh juga lakukan stargazing atau lawat ke Stardome yang terletak di dalam kawasan Cornwall Park itu. Pendapat mira, satu hari penuh aktiviti di cornwall park sahaja.ikut lah mana yang sesuai dengan anda kan. 6) Ambury Park / Farm Tempat kelima yang wajib juga anda lawati di sini ialah Ambury Regional Park. Bagi yang bersama keluarga dan ada anak2 kecik tu, memang sesuai lah. Sangat recommended. Ada pelbagai haiwan2 ternakan seperti kambing, biri2, lembu, ayam, ayam belanda,arnab, babi yang bukan sekadar dilihat, tapi boleh dipegang, di belai. Nak cube perah susu lembu? Pun boleh. Heheheh. Macamana? Best tak tempat tempat yang dah disenaraikan tu? Siapa kata kalau visit Auckland je tak best kan, Anda jimat masa dan boleh lakukan pelbagai perkara di tempat2 yang berdekatan. Nak tahu apa pakej Ikhlastour di North Island? Call kami Sekarang.
2) New Auckland Winter Festival Ha…. Ini benda baru nak habaq mai. Buat julung2 kalinya New Zealand akan lakukan Auckland Winter Festival yang berlansung dari 1 – 31 July tahun ni. Kami pun belum lagi ada detail lagi sebab ini yang pertama kali kan. Still kami nak war war kan juga maklumat awal ni supaya pada yang nak bercuti di New Zealand musim winter ni untuk masukkan Auckland sebagai salah satu destinasi dalam itenary anda. Setakat ini, yang admin dapat risik2 ialah akan ada pertunjukan lampu (luminous event) di sekitar bandar Auckland seperti Waterfronts, Parks dan tempat2 umum yang lain. Wow… mesti cantikkan. So stay tune…. 3) Sambut Ramadhan di Auckland Macamana agaknya berpuasa di perantauan? Mesti ada yang pernah tertanya Tanya kan keadaan berpuasa di perantauan. Buat pengetahuan anda, New Zealand menyambut Ramadhan pada musim Winter. New Zealand merupakan negara kedua puasa terpendek iaitu selama 12 jam selepas Argentina selama 11 jam 30 minit. Menarikkan? Pukul 5 petang dah berbuka puasa. Selain berpuasa, anda juga boleh memilih untuk lakukan teraweh di mana2 masjid atau Islamic centre berdekatan. Boleh check link senarai masjid di sini. 4) Place to adjust body temperature Sebab keempat tapi tak kurang pentingnya ialah Auckland adalah tempat untuk anda adjust body temperature anda. Selain City of Sails, Auckland juga dikenali sebagai subtropical weather sebab suhunya yang tak berapa sejuk seperti Christchurch dan tak sepanas Malaysia. Lebih kurang 12 – 18C la. Bayangkan setelah penat perjalanan dari Malaysia/ Singapura / Brunei dalam 10 jam atau 13 jam pada yang transit, kemudian anda nak kejarkan pula itenary anda untuk memandu caravan ( kenderaan yang anda tak pernah bawa sebelum ni)? Mungkin anda sayangkan duit anda dan fikir boleh jimat, daripada spend duit bermalam pula di Auckland kan. Tapi…..sanggup kah risiko kan nyawa anda? Okey…, done celoteh ye setakat ini. Hopefully dapat beri sedikit idea pada yang plan bercuti ke New Zealand supaya jangan lepaskan peluang untuk lawati Auckland. Untuk lebih maklumat, jangan segan jangan silu, contact team ikhlas tour.
|
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |