Pakej Jelajah New Zealand - Harga Menarik
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Contact

Bila Mira nak Jalan – Jalan : Tour Agen atau Plan Sendiri ?

26/11/2018

Comments

 
Oleh Mira Shahrul , 26 November 2018

Picture

​Pejam celik pejam celik dah bulan November. Mungkin di Malaysia anak- anak sudah mula cuti sekolah. Pada pelajar yang mengambil SPM / STPM pada tahun ni, Mira ucapkan “Selamat Berjuang”. Di New Zealand, cuti sekolah bermula pertengahan December ni. Lebih kurang lagi satu bulan! Lamanya. Sebenarnya Mira dah tak sabar nak bercuti dan menunggu anak Mira cuti sekolah.Sebab…. Mira nak ke South Island semasa cuti krismas tahun ini.wohoo!

Pada Mira bercuti / Travel adalah sangat penting. Selain daripada seronok, ia dapat menyegarkan minda anda semula. Masa yang terbaik untuk menilai apa yang telah anda lakukan sepanjang tahun ini dan merancang semula urusan anda tahun depan. Mira bukan migrate ke New Zealand untuk mengejar kekayaan, tapi lebih kepada nak  mencari ketenangan dan menikmati nikmat dan ciptaan yang tuhan berikan. InsyaAllah…


​Plan Travel Sendiri atau Agen lagi best?
Dalam membuat perancangan travel atau percutian, pasti ada yang tertanya2, mana lagi best plan sendiri atau guna khidmat agen? Selama Mira travel sebelum2 ni, Mira belum pernah lagi travel menggunakan perkhidmatan agen. Biasalah….seperti orang yang lain, Mira pikir guna agen ni, mesti mahal kan. Tapi sejak akhir akhir ni, Mira bertanya sendiri. Betul ke lebih murah plan sendiri?  Jom tengok perbandingan Mira.

Picture
Senarai Harga Plan Sendiri: Harga Accomodation adalah berdasarkan website Booking.com pada tarikh 12/11/2018

1)Tour Agen tak semestinya lebih mahal
 
Plan sendiri ‘rasanya’ lebih murah. ‘Rasa’ lebih murah kerana kosnya dibayar sedikit demi sedikit. Ikut pengalaman Mira plan sendiri, mungkin Mira boleh jimatkan kos di bahagian penginapan.
 
Tapi rupa-rupanya, baru mira tahu yang agen mempunyai harga istimewa untuk tempat2 penginapan. Mungkin dengan jumlah yang sama, kita  mampu menginap di tempat yang lebih selesa melalui agen.
 
Cerita je tak best kan. Yang penting, “ What’s the number / figure?” So Mira cube senaraikan perbandingan harga antara plan sendiri dan harga Tour bersama Ikhlas Tour mengikut family kecil Mira 2 Dewasa dan seorang kanak- kanak

Ilustrasi Contoh:
South Island Trip 7D/6N
3Pax – 2 Adults 1 kids
Date: 18/12/2018 – 24/12/12/2018


Picture
Harga Pakej Ikhlas Tour
Picture
Agen VS Plan Sendiri Cost
Berdasarkankan ilustrasi di atas, dengan plan sendiri Mira akan dapat jimat $383.12 kan? Tapi tahukah anda, jika anda tambah $383.12 tu melalui Agen Mira akan dapat :
 
  1. Jimat Masa kerja dan masa bersama keluarga (tak ternilai)
  2. Tour Instruction
  3. Safe Driving tips –
  4. Itinerary
  5. NZ Prepaid Sim Card (ni je dah jimat dalm $25)
  6. Halal Directory – Tak perlu runsing2 kat mana nak makan
  7. Safe Travel Consultancies
 
Mana Best?
 
2)Pengalaman tu penting
 
Tak dinafikan maklumat semua dihujung jari. Dengan adanya internet, Mira boleh booking tiket penerbangan, hotel, kenderaan and tempat lawatan sendiri. Kadang2 buat plan sendiri kita boleh follow baca blog orang,  atau ikut itinerary mereka.
 
 
 
 
 
 
Apakah bezanya dengan tour agen?
 
So, Mira pun bertanyalah pada Abang Suhaimi dan Kak Zakiah, tour manager di Ikhlas Tour sejak 5 tahun dahulu. Mereka berdua ni dah menetap di sini lebih dari 10 tahun dan dah menuguruskan pelbagai tetamu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, dan Brunei.
 
Destinasi yang Mira nak pergi di South Island , dah berkali2 dilawati tour agen.Inilah antara ‘added value’ yang anda boleh Tanya terus kepada agen. Mereka juga boleh memberi lebih maklumat tentang sesuatu destinasi jika anda ambil perkhidmatan ‘tour guide’ . Semua plan adalah ‘personalised’ mengikut tempoh masa, kos, preference pelancong, kapasiti pelancong, umur dan musim travel.
 
Sebagai contoh, ramai traveller mahu terus naik flight ke south island pada hari yang sama touch down ke Auckland.Mengapa selalunya agen tidak galakkan? Selalunya Agen akan nasihat untuk tidur dahulu semalam di Auckland dan sambung semula perjalanan ke south pada keesokkan harinya. Abang Suhami kata…, Ini kerana perubahan cuaca.Jika traveller datang dari negara khatulistiwa dan sampai di negara 4 musim, dikuatiri  menganggu kesihatan.Ramai yang demam atau jatuh sakit semasa melancong.tak best la kan melancong sakit.Sebab tulah tour agen nasihat beri masa pada badan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.Bukanlah sebab nak charge lebih penginapan.
 
Best kan ada orang berPENGALAMAN?
 
3)Jimat Masa dan Mudah
Picture
Atok dan nenek buta IT. Suami pula tak mo amik port.Dia bayar je.hehehe. Anak2 pula….tgk youtube tau le.So…, siapa yang perlu luangkan masa dan tenaga untuk merancang percutian? Kaum ibu la….selalunya lah. (same le…). Nak merancang percutian ni, perlu BANYAK masa untuk buat ‘research’.  Nak ‘research’ tiket penerbangan, penginapan, restoran,pengangkutan….macam macam lagi lah. Ianyanya memerlukan anda mengorbankan masa anda sendiri, masa anda bersama keluarga dan masa anda berkerja. Sudahnya stress.                      
Mudah kan jika ada agen?
 
 
4)Jaminan
Picture
Point terakhir tapi tak kurang pentingnya ialah Jaminan. Tiada siapa pun yang boleh nak beri anda Jaminan. Tour agen juga tak mampu. Orang kata, malang tak berbau.Kalau sesuatu perkara buruk nak berlaku tu dia berlaku.
 
Cumanya…, melalui tour agen, adalah juga tempat untuk dirujuk atau minta bantuan khidmat nasihat atau pendapat bila berlaku sesuatu musibah. Travel Consultation akan diberikan oleh Agen akan berikan nasihat yang terbaik untuk pastikan percutian yang best dan selamat. Insuran Perjalanan pun termasuk sekali dalam pakej.Nak isi borang imigresen pun mudah ada point of contact.The Best!
 
Anda dah rancang ke aktiviti cuti sekolah tahun ni? Bagi yang bijak, dah mula merancang aktiviti cuti untuk tahun depan pun. Click sini untuk Cuti Malaysia 2019.
 
Mahu kami bantu merancang percutian anda?
Hubungi Kami
[email protected]
facebook.com/ikhlastours
www.ikhlastours.co.nz
 

Suhaimi Mohamad
[email protected]
+64 2120 91079 / WhatsApp
 
Nor Zakiah Abdul Hamid
[email protected]
+64 2239 81091 / WhatsApp
 
Office Address
12 Ventura Street, Mangere,
Auckland, New Zealand
​
Comments

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Travelog - Ikhlas Tours

    Jelajah New Zealand

    Categories

    All
    Auckland
    Motorhome
    Must Do
    North Island
    Only In New Zealand
    Outdoor Activities
    Places To Go
    Rentals
    Seasons In New Zealand
    South Island
    Travel Tips

    Archives

    April 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2018
    October 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    November 2014
    October 2014
    June 2014

Services  |  ​FAQ  |  Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT

© 2025 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.

Picture
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected]
​
42A Kelwyn Road, Kelston
Auckland, New Zealand
  • Main
  • Leisure Tours
    • North Island - Popular
    • South Island Popular
    • Combo Island - Popular
  • Caravan
    • Motorhome North
    • Motorhome South
  • Contact