Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai istilah WWOOF, iaitu singkatan kepada World Wide Opportunities on Organic Farms. Saya sendiri pun hanya mengetahui akan kewujudan aktiviti ini daripada satu pasangan dari Sepanyol yang kebetulan bermalam di asrama ‘backpacker’ yang sama dengan saya. Sebelum saya sambung mengenai kisah saya sebagai WWOOFer ini, eloklah saya cerita sedikit bagaimana saya akhirnya membuat keputusan untuk menjadi WWOOFer ni. Saya merupakan salah seorang daripada 1150 calon yang berjaya mendapat visa “Working Holiday” sesi 2014/2015. Pada bulan April 2014 yang lalu, saya telah menjejakkan kaki saya di New Zealand buat pertama kalinya. Niat saya pada masa itu hanyalah untuk mencari duit poket lebihan. Dua minggu pertama sudah berlalu, akan tetapi kerja yang dicari-cari masih lagi tidak kelihatan. Sehinggakan duit yang saya bawa dari Malaysia hampir-hampir habis. Sebagai seorang hambaNya yang kerdil, kita tidak tahu apa di hadapan, apa berlaku esok atau minggu depan.... Secara kebetulan, dengan takdirNya semasa saya di backpacker, sepasang pasangan daripada Sepanyol menyapa saya. Kami bersembang mengenai hal masing-masing. Mengenai keluarga, negara, dan macam-macam lagi. Sampai satu ketika, saya menyatakan yang saya sudah hampir ketiadaan wang pada masa itu. Lantas, terus mereka mencadangkan saya untuk mendaftarkan diri sebagai WWOOFer. Konsep asal WWOOF ini pada mulanya adalah untuk sukarelawan-sukarelawan belajar cara-cara menguruskan ladang secara organik (“organic farming”). Sukarelawan biasanya perlu bekerja tanpa gaji selama 2-6 jam sehari (tertakluk kepada ‘host’ masing-masing). Sebagai balasan, sukarelawan tersebut akan mendapat tempat tinggal dan makanan harian secara percuma yang disediakan oleh ‘host’ tadi. Oleh kerana aktiviti WWOOF ini telah berkembang meluas, maka pada masa kini, WWOOF tidak tertakluk kepada aktiviti ladang organik sahaja. Saya berpeluang bekerja dengan pasangan Rose & Phillip di Maketu Hilltop Holiday Park. Pasangan ini tidak langsung mempunyai ladang organik. Tugas saya pada ketika itu adalah untuk menyelenggara dan menambah baik keadaan di ‘Holiday Park’ itu. Setiap hari (kecuali hari Ahad), saya akan bekerja selama 4 jam. Kerjanya mudah sahaja. Saya perlu menanam pokok hiasan, mencabut rumput2 panjang, memotong dahan pokok, membersihkan kolam renang, dan juga mengecat! Sebagai balasan, mereka menyediakan tempat tinggal dan makanan. Sebagai seorang Islam yang penting soal halal dan haram , saya berunding dengan ‘host’ Rose & Phillip. Saya meminta mereka membelikan bahan-bahan mentah seperti beras, telur, dan susu untuk saya. Biar saya masak sendiri sahaja. Alhamdulillah, ‘host’ saya tidak kedekut. Saya minta sedikit sahaja, tetapi mereka telah membelikan bahan-bahan mentah dengan banyak sekali. Yang seronoknya, tempat tinggal yang disediakan untuk saya mempunyai dapur sekali. Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya ‘Holiday Park’ menyediakan dapur yang perlu dikongsi beramai-ramai dengan penghuni lain. Tapi untuk kes saya, saya telah diberikan sebuah ‘cabin’ yang mempunyai dapur di dalamnya. Sungguh bertuah sekali rasanya. Bilik kediaman disediakan...selesa dan free... HeHe Maketu adalah sebuah pekan kecil di Bay of Plenty dan terkenal dengan kecantikan Maketu Beach. Aktiviti unik di tepi pantai adalah mengutip pipi, sejenis kupang yang amat banyak ditepi pantai dikala air surut. Artikel dari Sdr Rashid Masran, seorang anak muda yang peramah, berani mencari pengalaman baru dan mampu hidup berdikari. Untuk maklumat lanjut tentang Working for Holiday Visa dan WWOOF, hubungi beliau di [email protected]
** InsyaAllah Sdr Rashid akan hantar lagi posting tentang pengalaman Working for Holiday beliau ** Western Springs Western Springs merupakan sebuah taman perlindungan hidupan liar di bandar Auckland. Taman ini didiami oleh pelbagai jenis burung termasuk juga itik, angsa dan ayam hutan. Di taman ini terdapat tasik semulajadi yang merupakan punca air minuman utama penduduk Auckland pada masa lampau, yang telah menjadi habitat burung-burung ini. Bersiar-siar dan berkelah di taman ini sambil memberi makan pada itik/angsa di tasik adalah salah satu aktiviti hujung minggu yang digemari penduduk setempat. Parnell Rose Garden Terletak di tengah-tengah bandar Auckland, Parnell Rose Garden ialah antara tempat yang mesti dilawati sekiranya anda tiba pada musim bunga atau awal musim panas (October sehingga Februari). Di taman ini terdapat bunga mawar pelbagai jenis dan pelbagai saiz dengan haruman yang mengasyikkan. Pada bulan November setiap tahun diadakan Parnell Rose Festival di sini yang menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan luar negara. West Haven Marina Auckland 'The City of Sails' adalah sebuah bandar yang paling banyak kapal layar dengan nisbah penduduk dan kapal layar adalah 4:1, iaitu nisbah tertinggi berbanding bandaraya lain. Kesempatan melawat dan bergambar di West Haven Marina dengan berlatar belakangkan ratusan kapal layar pelbagai jenis seharusnya tidak dilepaskan apabila telah sampai di Auckland. Mount Eden Volcanic Domain New Zealand merupakan sebuah negara yang penuh dengan kesan tinggalan gunung berapi. Ini menghasilkan kawasan tanah tinggi, bukit-bukau dan kawah yang menjadikan bentuk mukabumi yang beralun-alun. Di Auckland sahaja terdapat hampir 50 gunung berapi yang sudah tidak aktif. Mount Eden dengan ketinggian 196 meter adalah puncak paling tinggi di Auckland. Anda bukan sahaja dapat menikmati panorama menarik 360 degree di puncak Mount Eden, tetapi juga melihat kawah gunung berapi yang besar yang kini telah ditumbuhi dengan rumput hijau dan menjadi padang ragut kambing biri-biri. Nak petik strawberry, epal?? Hubungi kami untuk ke ladang
IKHLAS TOURS Ltd sedia membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet anda. Kami menyediakan pakej self-drive private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Kami beroperasi di New Zealand. Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti pelancongan yang menarik, sama ada sightseeing ataupun aktiviti lasak, dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan kami disesuaikan dengan tema pelancongan anda. Kami menawarkan perkidmatan berasaskan :
Sama ada anda datang melancong untuk touring/sightseeing, memancing, bungee jumping atau mountain biking dsb, InsyaAllah kami sedia membantu. Kenapa dikatakan "private tour"? Bebas untuk customise pakej percutian mengikut destinasi pilihan dan bajet anda. Bebas untuk bercuti secara santai dan tidak terikat dengan travel plan yang rigid. Bebas membuat pilihan kereta sedan atau MPV kelas super saver, ekonomi atau premium. Kami menyediakan MPV hybrid yang lebih jimat petrol dan mesra alam. Anda juga boleh memilih untuk memandu Motorhome / Campervan. Anda mungkin bercadang untuk :
|
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |