Oleh: Mira Shahrul ![]() Tepat jam 8:00 pagi , 31 December 2018 Mira sekeluarga sampai di Christchurch Airport. Pesawat mendarat dengan lancar, Alhamdulillah. Christchurch Airport merupakan tempat permulaan bagi kebanyakan traveller yang memilih untuk tours ke Pulau Selatan (South Island), New Zealand. Airport ini telah mula dibuka pada 18 May 1940 dan merupakan Airport kedua paling sibuk di New Zealand. Hanya perlu ambil kereta sewa, kemudian Mira dah ready nak tour South Island! Ikuti panduan ‘self driving’ di link ini. Memandangkan waktu check in tempat penginapan kami dibenarkan seawal 12.30 tengahari, kami terus ke Christchurch City Centre atau lebih dikenali sebagai Quake City yang terletak kira-kira 15 minit, 10 km dari Airport. Jom tengok antara tempat2 menarik yang Mira sekeluarga pergi. Canterbury Museum Destinasi pertama kami di City Centre ialah ke Canterbury Museum yang terletak di Rolleston Avenue. Silap ye kalau anda fikir tempat ni bosan. Tak seperti Museum2 di tempat lain di mana anda hanya tengok dari luar cermin. Apa yang menariknya di Canterbury Museum ni, bermula dari 15 December 2018 hingga 3 June 2019 (sempat lagi kalau nak plan), anda boleh lihat pameran Kura Pounamu ( Maori Treasure Green Stone). Rupanya seperti batu Jed Cina tetapi warnanya lebih gelap dan teksturnya lebih padu. Anda boleh sentuh sendiri green stone tu. Menarik! Selain itu terdapat juga pelbagai pameran lain seperti Tunnel, Dogs in Antartica (hati hati ada anjing tunggu), Discovery, Fred and Myrtle’s Paua Shell house dan macam macam lagi. Musim cuti sekolah ini pula, terdapat pertandingan mencari Santa tersembunyi di dalam museum terbuka untuk kanak –kanak berumur 12 tahun ke bawah. Semangat sungguh budak budak pusing satu Museum nak cari patung Santa. Satu daya inisiatif yang kreatif dari pihak museum untuk menarik minat anak anak kecil ke Museum. Yang paling best, masuk adalah PERCUMA! ( Sumbangan adalah dialu – alukan) Maori Dance Performance Keluar sahaja daripada museum, terdapat persembahan nyanyian dan tarian tradisi kaum Maori. Mereka melakukan persembahan tersebut bagi mempromosikan He Tangata, iaitu sebuah tempat untuk mempelajari dan menikmati Budaya Kaum Maori di South Island yang baru dibuka pada tahun 2018. Terhibur sebentar melihat tarian kebudayaan mereka. Datang New Zealand mesti la kena tengok kaum Maori. Tahu tak anda ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan Bahasa Melayu? Contoh : Lima, Taringa (Telinga), Rua (Dua). Anda boleh check tour package di web www.hetangata.nz atau Call je Abang Suhaimi atau Kak Zakiah dari Ikhlas Tour untuk arrangekan untuk anda. Christchurch Botanic Garden Seterusnya, Mira ke Christchurch Botanic Garden. Terletak di sebelah Museum, kami berjalan menuju ke Christchurch Botanic Garden. Luas Garden ini ialah 21 hektar dan bersambung dengan Sungai Avon dan Hagley Park. Jenuh jugaklah kaki ni nak berjalan kalau nak cover semua. Ada public skuter disediakan tapi Mira takut! Hahaha. Mira lihat, landskap Gardennya sangat cantik dan terdapat pelbagai pokok2 native New Zealand juga. Nyaman…. sangat rasanya di sini. Bentang sahaja tikar kemudian baring. Layan! Bersantai di Tebing Sungai Avon Masih di Christchurch Botanic Garden, kami duduk bersantai di tebing Sungai Avon, melihat boat tour dan sekawan itik bermain main. Jinak – jinak itik - itik di sini, Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti, menaiki boat, berkayak, berlari, berjalan, berbasikal dan pelbagai aktiviti riadah yang lain. Christchurch Tramway Anda nak merasa naik Tramway? Ini antara yang rare Mira lihat di sini. Tramway ni akan bawa anda pusing-pusing melihat heritage dan sejarah Christchurch melalui 17 perhentian. Anda boleh dapatkan tiketnya di link ini: https://www.christchurchattractions.nz/christchurch-tram/ Tour Christchurch dengan Bas Tramway terlalu perlahan? Nak yang murah? Anda juga boleh tour bandar Christchurch menggunakan Bas 2 tingkat. Terdapat 2 jenis tour, Central Tour yang akan melalui pusat bandar atay Discover Tour yang akan melalui suburbs Christchurch. Menarikkan? Garden Tour Lutut anda longgar nak jalan kaki 21 hektar Botanic Garden? Hehehe. Naik lah Garden Tour. Pilihan tour yang sangat santai, tenang sambil menikmati permandangan Garden yang cantik berserta menghirup udara segar. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Puas berjalan –jalan di sekitar bandar Christchurch, Banyak seni dan budaya rakyat New Zealand boleh dilihat di sini. Tak sedar, jam dah pukul 2:00 petang. Kami singah makan tengahari di Nandos, Christchurch kemudian ke terus ke Rosewood Court Motel lebih kurang pukul 3:00 petang dan berehat sepanjang malam. Esok, nak jalan jalan lagi . So kita rehat dulu, nak ketatkan balik skru lutut yang longgar.hehehe.
Ke mana Mira pergi esok? Apa tunggu lagi, bagi lah Team Ikhlas Tour sibuk melayan call, whatsapp atau email anda. Keep them busy because busy is Good. Sekarang merupakan musim cuti sekolah di New Zealand. Pasti ramai yang ingin membawa anak2 berjalan musim cuti sekolah ni atau pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga. Baru baru ini Mira dan keluarga travel ke South Island, New Zealand untuk menghabiskan cuti musim panas kami. Kami menaiki kapal terbang di mana perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam dari Auckland ke Christchurch. Walaupun perjalanannya sekejap, tapi dah setahun lebih kami tak naik kapal terbang. Ada juga lah perasaan nervous dalam hati tu.
Yang dewasa pun ada rasa nervous, bayangkan lah pula perasaan anak anak kan? Di sini Mira sharekan tips dari pengalaman Mira mengatasi rasa takut / bosan anak ketika menaiki kapal terbang. Umur 0 – 6 tahun: 1) Pilih tempat duduk yang selesa untuk anak kecil Bermula dari memilih tempat duduk lagi, pilihlah tempat duduk ‘priority’ atau yang mempunyai kawasan extra. Mira tak cadang tempat duduk paling belakang yang dekat dengan tandas sebab tempat laluan orang lalu lalang dikuatikiri mengganggu anak yang mahu tidur. Jika anak anda pertama kali menaiki kapal terbang, jangan duduk di tepi tingkap.takut dia gayat dengan perubahan ketinggian semasa take off atau landing. 2) Siapkan bekal makanan dan minuman Jika anak anda masih menyusu, beri dia susu ketika take off dan landing atau pun apape snack kegemarannya waktu ini. Pepatah yang mengatakan perut kenyang suka hati tu bertepatan dengan keadaan ini. Perhatian anak anda akan lari daripada rasa takut ketika dia seronok menikmati makanan dan minuman kegemarannya. 3) Bawa permainan kegemaran Jika anda membawa anak kecil, Mira cadangkan supaya anda travel light kerana focus utama anda ialah anak.Berikan anak anda beg khas untuk dirinya dan pilihlah mainan kegemarannya untuk di bawa naik kapal terbang.Tapi, harus diingat, anda dilarang membawa mainan berbentuk senjata seperti pistol, pisau,panah,bom mainan.Ianya dilarang imigresen.Mira terpaksa belajar perkara ini dengan cara susah. Mira pernah bawa pistol mainan yang ada lampu dan bunyi2 tu.tak pasal2 abang imigresen kena simpan.Ingat lagi wajah anak Mira ketika abag imigresen ‘simpan’ pistol mainannya.satu hal lagi nak pujuk pula beli mainan lain. 4) Siapkan aktiviti2 berlainan dan beri satu-satu Yang ini muslihat penting untuk parents.Katakanlah anda bawa 4- 5 mainan. Usah beri semua sekali gus. Biar dia main sampai bosan satu satu mainan tersebut. Jika anda kreatif, balutlah aktiviti2 berkenaan seperti hadiah dan dijadikan kejutan. Contohnya, Jika anak anda behave, anda akan reward dia dengan hadiah. Antara aktiviti2 yang Mira lakukan adalah seperti buku mewarna, puzzle kayu, sticker, main sep sep tom tom tom, main osom, baca buku, menonton movie, main abc dan macam2lah. 5) Pujuk anak tidur , Terbang waktu malam Timing kena cun orang kata.macam tu juga dengan anak2 ni. Mira mmg gemar terbang diwaktu malam kerana anak tak Nampak apa yang berada di luar dan lebih mudah memujuk anak untuk tidur. Biarlah anak main puas-puas sebelum terbang jadi mudah untuk mereka berehat.Kadang2 Mira suka anak mira tidur masa nak dekat2 boarding. Dukung je anak tu naik kapal terbang, 6) Bawa barang secukupnya Yang ni Mira bagitau bawa barang anak ye. Bukan barang ibu ayah yang banyak.heheheh.Siapkanlah selimut, ubat ubatan anak, susu, lampin,baju lebih, tisu basah, jaket, stoking dan minyak angina untuk anak2 anda. Bagaimana pula kalau anak dah besar. Jangan ingat bila dah besar sikit anak tak takut. Sekali lagi Mira terpaksa belajar perkara ini ‘ in a hard way’. Bayangkan tetiba anak anda menjerit “Oh No, We’re going down! Satu kapal tengok wei. Umur 7 ke atas: 7) Berbincang dengan anak Untuk anak yang dah besar sikit, kita bawa berbincang, cakap elok2. Beritahu dia its ok untuk rasa takut kerana semua orang ada rasa takut. Jika dia boleh faham, terangkan proses take off dan landing itu. Manage expectation anak anda. Mungkin anda boleh terangkan, memang normal rasa geli atau gayat bila ada perubahan ketinggian yang cepat seperti naik gelongsor.hahahha.Hopefully it makes sense to them. 8) Sediakan gadjet / entertainment yang secukupnya Jika anak dah besar skit, payah lah pulak nak bagi buku mewarna kan. Aktivitinya berubah lah skit.Lebih kepada teknologi. Install la game, movie dan lagu kegemaran untuk alihkan rasa takut. 9) Berdoa Bila anak dah besar sikit, boleh ajar dia berdoa. Didiklah anak untuk mohon perlindungan pada yang Maha Kuat. Boleh juga berzikir kalimat2 suci supaya tenang sikit hati anak anda. Mira pun buat juga dalam hati. Never say No for travelling. Selamat mencuba. Ke mana destinasi percutiaan anda seterusnya? Jom lah ke New Zealand. Team Ikhlas Tour sedia membantu. Call us now. |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|