Hunua Falls merupakan salah satu Regional Park di New Zealand. Jaraknya hanya 60 km dari bandar Auckland. Daya tarikan yang ada di sini adalah air terjunnya yang cantik, dingin, nyaman dan boleh bermandi-manda. Sesuai untuk picnic bersama keluarga dan boleh juga tracking bagi yang meminati aktiviti outdoor. Air terjun yang sejuk dan cantik Picnic bersama keluarga
Auckland Domain merupakan taman yang tertua di Auckland. Jaraknya hanya 2.5 km dari pusat bandar. Di sini kita berpeluang melawat Domain Wintergardens yang terdapat bunga-bungaan cantik beraneka warna. Auckland War Memorial Museum pula menyimpan pelbagai sejarah New Zealand, dan ada kolam itik serta taman-taman hijau sesuai untuk aktiviti jogging dan bersiar-siar. Terdapat juga padang yang luas menghijau untuk mereka yang berminat dengan aktiviti sukan. |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |