Alhamdulillah, kami telah mendapat kelulusan untuk menjalankan operasi 'rental vehicles' di New Zealand. Ikhlas Rentals akan bermula dengan beberapa kenderaan di North Island. Kami sediakan Nissan Skyline 250 GT, untuk empat penumpang jelajah North Island. Kenderaan ini sesuai untuk Pakej Happy Family North Island Untuk keluarga lima atau enam penumpang, Toyota Estima Aeras dengan kapasiti tujuh penumpang amat selesa untuk Pakej Fun Family North Island Kenderaan kami dilindungi dengan 'comprehensive insurance'. Juga disediakan 'pre-programmed GPS untuk memudahkan navigasi di New Zealand. Setiap kenderaan juga memiliki 'Ceritificate Of Fitness', memastikan segala aspek keselamatan dipatuhi. Kami juga melantik AA Roadside Recovery Services untuk memberi khidmat Roadside Recovery di seluruh New Zealand. Sebagai permulaan, Ikhlas Rentals akan beroperasi di North Island. InsyaAllah kami akan kembangkan operasi di South Island dalam masa terdekat. Selain dari kenderaan Ikhlas Rentals, kami juga dilantik sebagai agen untuk tempahan kenderaan, campervan dan motorhome di North dan South Island. Kami banyak terima pertanyaan tentang kembara motorhome. Ramai yang kurang pasti dan mencari maklumat lanjut kerana teruja dengan kembara motorhome di New Zealand. Ramai yang pertama kali dan tiada pengalaman menggunakan motorhome. Sebelum mulakan kembara, kami akan cuba jelaskan beberapa perkara asas tentang pakej motorhome dengan bahasa yang mudah untuk difahami. Kita mula dengan kenali kenderaan ini. Ada yang sebut "motorhome", ada pula panggil "campervan", tidak kurang juga "caravan", ada pula sebut "RV". Sama ke semua kenderaan ini? Caravan Caravan adalah sebuah unit tanpa motor yang yang perlu ditunda dengan kenderaan lain menggunakan tow-bar. Caravan biasanya milik peribadi dan tidak banyak pembekal yang menyewakan caravan secara komersial. Untuk makluman, lesen Malaysia tidak boleh digunakan untuk menunda caravan. Hanya lesen New Zealand, Australia, US dan negara Eropah yang memiliki kelas menunda caravan atau trailer. RV - Recreational Vehicle RV adalah nama yang digunakan di US yang bermaksud "Recreational Vehicle". Di US, kebanyakan menggunakan chassis yang besar seperti chassis bas atau lori. Sebuah filem Hollywood RV lakonan Robbie Williams amat menarik menceritakan pengalaman keluarga yang menggunakan kenderaan ini. Campervan Campervan adalah sebuah van yang diubahsuai dan dilengkapi dengan tempat tidur dan dapur kecil. VW Kombi adalah antara kenderaan paling awal diubahsuai kepada sebuah campervan, yang menjadi icon campervan. Sehingga kini VW Kombi amat diminati dan mempunyai efek retro sebuah campervan yang unik. Di New Zealand terdapat banyak model yang diubahsuai kepada campervan, sama ada menggunakan chassis buatan Eropah seperti Mercedes dan VW atau chassis Jepun seperti Toyota Hiace. Kapasiti campervan biasanya diantara 2 hingga 4 penumpang. Motorhome Di New Zealand, kenderaan yang biasa di sediakan selain campervan adalah motorhome. Motorhome lebih besar dan lebih lengkap berbanding campervan. Kapasiti motorhome biasanya di antara 4 - 6 berth (berth = kapasiti tempat duduk/tempat tidur). Motorhome dilengkapi dengan dapur yang lebih besar termasuk oven, bilik air dengan tandas yang lengkap dan tempat tidur. Motorhome 6 berth dilengkapi dengan 3 unit double bed - bahagian atas pemandu, belakang pemandu (dining area) dan ruang belakang (family area). Chassis yang biasa digunakan biasanya buatan Eropah seperti Mercedes Sprinter/VW Crafter. Chassis ini lebih besar dengan engin diesel yang tahan lasak untuk kegunaan di New Zealand/Australia. Seterusnya kita fahami beberapa faktor yang mempengaruhi harga pakej motorhome/campervan Seperti membeli kereta, perlu diketahui model motorhome, kapasiti, insuran, aksesori dan sebagainya. Pakej motorhome juga bergantung kepada beberapa perkara tersebut. Oleh itu perlu ada sedikit pengetahuan asas untuk memilih pakej ini. Musim/Season Harga sewa motorhome bergantung kepada musim/season, iaitu harga Off Peak season, Shoulder Peak, Peak dan High-Peak. Kos motorhome amat tinggi pada pertengahan Disember hingga pertengahan Februari (high-peak season) kerana pada masa ini musim panas di New Zealand. Permintaan motorhome tinggi kerana penduduk tempatan dan pelancong Eropah mengambil peluang cuti Krismas/Tahun Baru ataupun lari dari musim sejuk di Eropah. Mereka membawa tukaran GBP atau Euro dan kos sewa masih lagi affordable menggunakan matawang mereka berbanding matawang nilai kecil dari rantau Asia Tenggara. Cuba elakkan memilih tempoh high-peak season untuk menempah pakej motorhome. Insuran Amat penting untuk fahami kelas insuran motorhome. Ada beberapa kategori insuran dengan harga dan tahap risiko yang berbeza. Perlu baca terma dan syarat untuk fahami liabiliti sekiranya berlaku perkara yang tidak dingini. Ramai yang mengambil risiko dengan tidak mengambil insuran tambahan kerana memilih kos yang rendah. Tanpa insuran tambahan, anda mempunyai liabiliti sehingga NZD7,500 @ RM21,000 sekiranya berlaku tuntutan insuran. Liabiliti ini boleh dikurangkan dengan kos insuran tambahan (liability reduction option). Setiap pakej motorhome Ikhlas Tours disertakan comprehensive insurance - liabiliti sifar (nil/zero excess liability) untuk pastikan perlindungan maksima. Powered Site / Non-Powered Site / Freedom Parking Di waktu malam, motorhome/campervan perlu tempat parking yang dibenarkan sama ada freedom camping site atau di holiday park. Terdapat dua jenis parking di holiday park - Powered site, lot parking beserta bekalan elektrik untuk motorhome atau non-powered site, parking tanpa bekalan elektrik. Freedom camping site biasanya terhad kepada beberapa unit motorhome sahaja dan agak jauh dari bandar. Hanya motorhome/campervan self-contained sahaja yang boleh menggunakan kemudahan parking ini. Kami syorkan guna kemudahan parking di holiday park yang menyediakan ruang yang lebih selesa, lebih selamat dan lengkap dengan lain-lain kemudahan seperti dump station (tempat lupuskan waste water), dapur, bilik air, laundry, dsb. Spesifikasi pakej motorhome Harga pakej motorhome juga ditentukan oleh kapasiti muatan, tahun pendaftaran kenderaan, transmisi manual atau auto. Juga peralatan tambahan seperti car seat untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun, GPS, snow chain, bike rack dan sebagainya. Kadar Tukaran Matawang Kadar tukaran matawang juga memberi kesan kepada harga pakej motorhome. Untuk merancang percutian, sila semak turun naik Ringgit Malaysia berbanding New Zealand Dollar. Cukai dan lain-lain caj Kadar sewa motorhome/campervan tertakluk kepada cukai perkhidmatan, Road User Charge RUC (caj menggunakan diesel) dan caj LPG. Sila semak terma dan syarat untuk pastikan harga pakej anda termasuk cukai/caj ini atau perlu dibayar semasa memulangkan kenderaan. Untuk memudahkan klien kami, setiap pakej Ikhlas Tours telah termasuk cukai dan caj-caj ini. Antara soalan yang biasa kami terima : Bila waktu sesuai kembara motorhome?
Pilihan utama kami ; Shoulder peak - awal September hingga akhir Oktober (Musim Bunga) atau awal April-awal Mei (Musim Luruh). Pilihan lain; awal off-peak (awal Mei) atau akhir off peak (akhir Ogos) - untuk dapatkan harga paling rendah. Elak pertengahan Disember hingga Februari (Summer) harga terlalu mahal dan agak kurang selesa berada dalam motorhome di musim panas. Perlu lesen memandu antarabangsa? Tidak perlu. Hanya lesen memandu kelas D (lesen kereta penuh). Pastikan ianya tidak luput tarikh semasa kembara dan pastikan bawa credit card untuk bond. Berapa bond diperlukan? Terma biasa penggunaan motorhome, bond sebanyak NZD250 diperlukan. Seperti menetap di hotel, bond di pegang secara credit card imprint. Bond ini akan dikembalikan bila kenderaan dihantar pada masa yang ditetapkan, dihantar dengan tangki minyak penuh dan waste water/toilet cassette dibersihkan. Macam mana menyelenggara motorhome? Motorhome/campervan memerlukan lebih penyelenggaraan berbanding kenderaan biasa. Banyak komponen tambahan untuk melengkapi sebuah motorhome umpama seperti motel bergerak. Antaranya, tangki air bersih, tangki air kumbahan, peralatan dapur, LPG, tandas dan sebagainya yang perlu diselenggara. Sebelum dibenarkan memandu, anda akan diberi taklimat untuk mengendalikan kenderaan ini. Adakah disediakan pemandu / tukang masak? Konsep kembara motorhome adalah santai - Kembara bersama keluarga dan rakan-rakan, memandu sambil menikmati keindahan alam. Kami tidak sediakan pemandu, tukang masak, tukang cuci, dsb. Harga pakej termasuk entrance fees? Tidak. Semua orang mempunyai minat & bajet berbeza. Kami hanya cadangkan aktiviti di setiap laluan bergantung kepada musim pengembaraan. Terpulang pada anda untuk masuk aktiviti berbayar atau free sightseeing. Boleh kami guna motorhome selama 2 hari? Motorhome/campervan hanya boleh disewa sekurang-kurangnya 5 hari ketika off-season dan 10 hari ketika high-peak season. Kami akan tiba di Queenstown, boleh pick-up motorhome di sana? Motorhome/campervan boleh diambil atau dikembalikan di 3 airport utama; Auckland, Christchurch dan Queenstown. Boleh kami mix kembara motorhome dan Leisure Package? Pakej kami fully customised, boleh combine Leisure Package (memandu kereta/ MPV di North Island )dan Motorhome di South Island atau sebaliknya mengikut kesesuaian masa dan musim. Kami beberapa family, keluarga saya ingin kembara motorhome manakala keluarga rakan saya ingin pandu SUV. Kami boleh uruskan kombinasi motorhome dan Leisure Package. Tuan akan kembara konvoi bersama dan bermalam di lokasi yang sama. Kami ingin pandu motorhome, tapi bermalam di motel. Tiada masalah, kami boleh uruskan bermalam di motel atau holiday park. Mengapa pakej Ikhlas Tours lebih flexible dan harga tawaran menarik? Kami syarikat berdaftar di New Zealand dan juga ahli Tourism Industry Association New Zealand. Kami mempunyai hubungan jangka panjang dengan pembekal motorhome, rental car, pembekal penginapan dan syarikat pengurusan aktiviti di seluruh New Zealand. Mereka menawarkan kami harga secara wholesale, maka kos operasi kami rendah. Kami mempromosi pakej New Zealand secara direct / online kepada klien dari Malaysia, Singapore, Brunei dan Australia. |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Terms & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2024 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +6421 209 1079
Email: [email protected] 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |