Aktiviti family outing ke Rotorua dan Taupo sambil meninjau-ninjau tempat penginapan menarik. Pada mulanya kami ingin ke Ruapehu untuk bermain salji. Tapi terpaksa batalkan hajat kerana cuaca mendung dan angin bertiup agak kencang. Memandangkan kami ada banyak masa di Taupo dan Rotorua, kami gunakan untuk melawat beberapa penginapan di sekitar Rotorua untuk tetamu yang datang bercuti. Antara tempat penginapan yang kami lawati adalah farm stay kerana ada permintaan dari tetamu yang datang ke North Island yang ingin merasa pengalaman bercuti di kawasan desa/ladang.
Beberapa farm stay telah kami lawati, akhirnya dapat juga jumpa yang memenuhi citarasa dan objektif pakej kami. Fokus utama ialah pada harga yang berpatutan, lokasi yang berdekatan dengan bandar, mudah akses, tidak terlalu jauh terpencil dan host yang friendly. Western Springs Western Springs merupakan sebuah taman perlindungan hidupan liar di bandar Auckland. Taman ini didiami oleh pelbagai jenis burung termasuk juga itik, angsa dan ayam hutan. Di taman ini terdapat tasik semulajadi yang merupakan punca air minuman utama penduduk Auckland pada masa lampau, yang telah menjadi habitat burung-burung ini. Bersiar-siar dan berkelah di taman ini sambil memberi makan pada itik/angsa di tasik adalah salah satu aktiviti hujung minggu yang digemari penduduk setempat. Parnell Rose Garden Terletak di tengah-tengah bandar Auckland, Parnell Rose Garden ialah antara tempat yang mesti dilawati sekiranya anda tiba pada musim bunga atau awal musim panas (October sehingga Februari). Di taman ini terdapat bunga mawar pelbagai jenis dan pelbagai saiz dengan haruman yang mengasyikkan. Pada bulan November setiap tahun diadakan Parnell Rose Festival di sini yang menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan luar negara. West Haven Marina Auckland 'The City of Sails' adalah sebuah bandar yang paling banyak kapal layar dengan nisbah penduduk dan kapal layar adalah 4:1, iaitu nisbah tertinggi berbanding bandaraya lain. Kesempatan melawat dan bergambar di West Haven Marina dengan berlatar belakangkan ratusan kapal layar pelbagai jenis seharusnya tidak dilepaskan apabila telah sampai di Auckland. Mount Eden Volcanic Domain New Zealand merupakan sebuah negara yang penuh dengan kesan tinggalan gunung berapi. Ini menghasilkan kawasan tanah tinggi, bukit-bukau dan kawah yang menjadikan bentuk mukabumi yang beralun-alun. Di Auckland sahaja terdapat hampir 50 gunung berapi yang sudah tidak aktif. Mount Eden dengan ketinggian 196 meter adalah puncak paling tinggi di Auckland. Anda bukan sahaja dapat menikmati panorama menarik 360 degree di puncak Mount Eden, tetapi juga melihat kawah gunung berapi yang besar yang kini telah ditumbuhi dengan rumput hijau dan menjadi padang ragut kambing biri-biri. Nak petik strawberry, epal?? Hubungi kami untuk ke ladang
IKHLAS TOURS Ltd sedia membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet anda. Kami menyediakan pakej self-drive private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Kami beroperasi di New Zealand. Di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti pelancongan yang menarik, sama ada sightseeing ataupun aktiviti lasak, dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan kami disesuaikan dengan tema pelancongan anda. Kami menawarkan perkidmatan berasaskan :
Sama ada anda datang melancong untuk touring/sightseeing, memancing, bungee jumping atau mountain biking dsb, InsyaAllah kami sedia membantu. Kenapa dikatakan "private tour"? Bebas untuk customise pakej percutian mengikut destinasi pilihan dan bajet anda. Bebas untuk bercuti secara santai dan tidak terikat dengan travel plan yang rigid. Bebas membuat pilihan kereta sedan atau MPV kelas super saver, ekonomi atau premium. Kami menyediakan MPV hybrid yang lebih jimat petrol dan mesra alam. Anda juga boleh memilih untuk memandu Motorhome / Campervan. Anda mungkin bercadang untuk :
|
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |