Antara angan-angan dan impian Sekitar tahun 2000, kami kembara dari UK ke Scotland dan memilih caravan sebagai tempat menginap. Ramai yang memilih hotel sebagai tempat menginap, tetapi negara seperti UK, Scotland dan New Zealand terdapat pelbagai pilihan penginapan yang berbeza yang tidak terdapat di tempat lain. Kami suka mencuba sesuatu yang baru dan timba pengalaman berbeza dari kembara yang lain. Bermula dari situ kami berimpian untuk memiliki sebuah caravan. Alhamdulillah tahun 2018 kami buat satu investment dengan beli caravan dan berpuang untuk 'share' pengalaman UNIK ini bersama guests Ikhlas Tours. Apa beza Caravan, Motorhome atau CampervanSama objektif tetapi BERBEZA rupa CLICK posting dari blog kami untuk kenali CARAVAN, MOTORHOME dan CAMPERVAN. https://www.ikhlastours.co.nz/travelog/motorhome-campervan-rv-caravan Ada keunikan, kelainan antara kenderaan ini, ada pro & cons. Mengapa STATIC CARAVAN? Ikhlas Tours tawar pelbagai pakej/servis. Termasuk kendalikan pakej self drive, guided, SIC, full board dan lain-lain mengikut preference guests kami. Pakej kami "fully customised" untuk match dengan kehendak guests yang pelbagai. Kami pilih caravan untuk lengkapkan pilihan pakej / servis yang sedia ada. Ada guests kami yang ingin kelainan dari kembara mereka sebelum ini. Ada kala mereka beri request yang agak umum seperti "suggest kami sesuatu yang baru yang tidak terdapat di tempat lain". Ada guests yang ingin merasa pengalaman motohome, tetapi berfikir beberapa kali untuk drive motorhome yang saiznya agak besar. Statik caravan ini beri kelainan yang tidak terdapat dalam mana-mana pakej tour New Zealand lain, malah melengkapi pakej lain yang kami tawarkan. Tentang Ikhlas Caravan Kami pilih caravan buatan England - 4 Berth ABI TRISTAR AWARD. Caravan dari England memiliki beberapa ciri yang UNIK yang tidak terdapat pada caravan atau motorhome yang disewa secara komersial Hiasan dalaman, warna, layout, paneling, switches lebih RETRO, berbanding caravan/motorhome moden yang biasa terdapat di New Zealand. Ruang Tamu Day light setting - Sofa yang selesa untuk rilex dan santai. Tempat Tidur - Boleh tidur 4 orang Kitchen Dapur 4 burners, lengkap dengan Oven - kalau nak buat kek pun boleh!. Juga fridge yang tersembunyi dalam panel kayu - awesome Bilik Air Sink, Full Shower area, toilet macam dalam flight. Peralatan Moden / Green Energy Di lengkapi sistem solar untuk jana elektrik, LED lightings untuk jimat penggunaan tenaga elektrik. Ingin cuba? Sesuai untuk short / medium stay - melancong atau short stay accommodation Props untuk filem atau pemasaran produk Temporary work / admin office Honeymoon / Anniversary Atau saja-saja nak merasa pengalaman baru Mixed and Match Special!!! IKHLAS CARAVAN STAY boleh di gabungkan dengan pelbagai servis Ikhlas Tours Antaranya : IKHLAS CARAVAN-STAY + IKHLAS Tours North atau Combo Packages IKHLAS CARAVAN-STAY + IKHLAS Rentals IKHLAS CARAVAN STAY + Auckland sightseeing tours Hubungi Kamiikhlas.tours@gmail.com
facebook.com/ikhlastours www.ikhlastours.co.nz Suhaimi Mohamad ikhlas.tours@gmail.com +64 2120 91079 / WhatsApp Nor Zakiah Abdul Hamid ikhlas.tours@gmail.com +64 2239 81091 / WhatsApp Office Address 12 Ventura Street, Mangere, Auckland, New Zealand Kami agak teruja tengok gambar-gambar yang di hantar oleh guests kami sepanjang kembara mereka di New Zealand. Kebetulan cuti sekolah - Spring School Break, giliran kami pula bawa keluarga jalan-jalan makan angin. Tujuan utama bawa keluarga bercuti, tapi kami selang-seli dengan beberapa tujuan lain. Kata pepatah Melayu "serampang dua mata"...pepatah orang putih "Kill two birds with one stone" :D Kami "Guna Peluru Penabur jer lah", sebab dalam masa singkat kami perlu capai banyak matlamat. Master Plan Cuti dengan family, spring photo shoot, lawat tempat penginapan, test ride MPV, lawat outlet Halal, singgah masjid...etc. Ilustrasi Travel Plan kami - illustrator Kakak Nadia Lokasi Lord of The Ring - Dari Auckland kami singgah di Matamata, bandar kecil yang satu ketika dulu sunyi sepi, kini menjadi salah satu aktiviti utama kembara North Island, untuk melawat LOTR / Hobbiton Movie Set Photo Shoot - Rotorua Tulip Festival 2016 Kami teruskan perjalanan ke Rotorua - tujuan utama ke sini kali ni, tulips photo shoot.... banyak bunga tulip pelbagai warna sekitar Rotorua Government Garden dan pekan Rotorua. Aktiviti di Rotorua Di Rotorua banyak tempat menarik untuk keluarga, bersiar-siar di tepi Lake Rotorua, melawat Agrodome Farm atau Maori Thermal Village. Kali ini kami naik Gondola dan turun dari puncak bukit dengan meluncur luge. Jalan-jalan cari makanan halal Di New Zealand agak mudah untuk dapat makanan halal, sama ada bahan mentah halal untuk masak sendiri atau ke halal outlets. Kami singgah di beberapa cafe kebab halal di Matamata, Rotorua, Taupo dan Nandos di Hamilton. Sempat juga singgah Pak n Save, banyak bahan mentah halal boleh di dapati di sni. Business / networking visit Sepanjang tour, kami juga melawat beberapa tempat penginapan. Pertama kali bersua dengan beberapa pengurus motel yang biasa host guests kami di Rotorua dan Taupo. Lebih menarik kali ini kami ke Cambridge, melawat motel yang di usahakan oleh Rizal dan Faizah yang mula mengusahakan motel di sana semenjak 2 tahun lepas. Motel mereka begitu kemas dan selesa, dan ini menarik perhatian kami untuk menempatkan guests Ikhlas Tours di Cambridge motel. Ikhlas Rentals - Test Ride Kami juga gunakan slot family outing ini untuk test-ride Toyota Estima Aeras yang baru untuk kegunaan Ikhlas Rentals. Kenderaan Ikhlas Rentals digunakan untuk guests yang ambil pakej penuh North Island tour ataupun mereka yang hanya perlu menyewa kenderaan. Untuk tempahan MPV ini, sila klik di SINI Lawatan ke Masjid Kami juga sempat melawat masjid di Rotorua dan solat jamak/qasar di masjid Hamilton. Untuk senarai lokasi masjid di New Zealand, harap layari di SINI. (Credit pada Wan Hasbullah dan teman-teman yang banyak bantu kami publish page ini) Penutup
Sepanjang kembara singkat ini kami juga ambil peluang latih anak-anak belajar uruskan perniagaan secara practical. Abang Aleef banyak membantu hal-hal logistic seperti GPS dan tour guiding. Kakak Nadia uruskan akaun, GST dan minat dengan photography. Anak kami yang bongsu - Najiha suka posing sebagai model dan tidak kekok bila di hadapan kamera. Alhamdulillah, sambil bawa family makan angin, dapat juga kami selang-seli dengan bebarapa objektif sampingan untuk mantapkan lagi operasi Ikhlas Tours. KIA ORA! Assalammualaikum…Harap belum terlambat nak wish…Selamat menyambut Ramadhan Mubarak semua…kejap je kan…Alhamdulillah bertemu lagi bulan mulia… Apa khabar travel lovers? RIndunyaaa…dah lama tak sharing is caring kat sini…macam dah lama tak borak dengan kawan2 dah rasa…Sorry ya sebab lately ni busy dengan pelbagai urusan…tengok pada statistik bolg, Alhamdulillah, blog kembara New Zealand ini ramai juga peminat....terima kasih semua pada yang sudi singgah. Anyway…minggu ni topic agak straight forward tapi senang untuk buat rujukan… Pasti yang ramai nak tau kalau datang NZ mana tempat2 menarik… kena bayar ke tak untuk masuk…berapa plak kena bayar…kannn..kann…nak mencari kena pulak check sana sini…masa plak tak berapa nak ada…well… tak payah nak google website sana sini…InshaAllah Dira cuba buat summary dan cover seberapa banyak yang boleh…jimat masa uols kannn…senang skit nak buat bajet untuk rancang percutian kat NZ ni…hehe Selain aktiviti sightseeing/roadtrip boleh melawat tempat2 yang menarik dan banyak lagi aktiviti yang best boleh buat…tapi bajet kena up skit…hehe…kalau tau awal boleh la masuk bajet kan… Kita mula dengan North Island dulu ya…panjang gak ni kalau nak masuk segalanya…haha…kita masuk yang main attraction aje ya… Auckland 1. Auckland Museum Muzium yang penuh dengan kisah peringatan zaman peperangan dulu...Peminat muzium dan sejarah dan kalau ada masa boleh la melawat…nak tengok show kebudayaan Maori pun ada di sini
Lebih kurang macam Aquaria tapi dekat sini “Experience the Penguin” sangat cute and best…bukan budak je enjoy…mak pak budak pun layannnn…
Honestly yang ni sangat menarik terutama yang bawak anak2 datang bercuti…setiap Ahad minggu ketiga ada live show rides…setiap hujung minggu ada jer aktiviti yang best2…boleh check website calendar MOTAT (nama singkatan museum ni)
View dari menara…satu2nya bangunan tertinggi di tengah2 Auckland City
Untuk yang lebih adventurous boleh ler cuba aktiviti lasak ni…hehe
Matamata 1. Hobbiton Village Movie Set Tour Haaa yang ni paling ramai yang suka dan mesti nak pegi kalau datang…biasa la world class movie set harus la kannn...
Rotorua 1. Whakarewarewa Maori Village Yang berminat untuk alami dan lebih mengenali kehidupan kaum Maori di sini… very interesting history I must say…
Aktiviti menarik untuk keluarga terutama yang bawak anak2…boleh la tengok animal show kat sana…
Yang ni paling fun…layan naik Luge sambil feeling pemandangan yang cantikkk…paling best rides tu siap boleh race…rugi tak cuba…hehe…tapi kalau nak naik Gondola ke atas layan pemandangan saja pun boleh…
Meneroka alam semula jadi yang menakjubkan di kawasan gunung berapi paling berwarna-warni di New Zealand…ayat skema jap…haha…tapi serious…menarik dan lain dari yang lain
Taupo 1. Taupo Bungy Jump & Skydiving Dah sedia nak lompat ? “No turning back my friend!!!” haha…tapi priceless experience!
Waitomo 1. Waitomo Glowworm Cave Nikmati boat ride di bawah cahaya yang unik dan sangat cantik..World famous place jugak ni...sebahagian dari sejarah budaya dan alam semula jadi di sini yang berasal lebih dari 120 tahun
Yang ni memang rare kalau peminat aktiviti lasak nak cuba…naik tube layan rafting laluan sungai kat dalam gua yang penuh bercahaya dari Glowworms…perghhh memang layan…
Amacam??? review balik bajet? hehe...Sila lah hubungi Ikhlas Tours untuk bantu uols rancang percutian anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik mengikut bajet anda...
Nanti Dira cerita South Island pulak ya...penuh sangat kalau masuk North dan South...pening nak baca...Dira pun pening nak susun ayat...haha Till then...take care travel lovers...hope to see you guys soon in New Zealand ! |
Categories
All
Travelog - Ikhlas ToursJelajah New Zealand Categories
All
Archives
April 2019
|
Services | FAQ | Term & Conditions | ABOUT US | CONTACT
© 2023 Ikhlas tour limited. All rights Reserved.
|
WhatsApp: +64209 1079
Email: info@ikhlastours.co.nz 35 Whitney Street, New Windsor, Auckland, New Zealand |